Wednesday, December 19, 2012

edisi mengantok

yeah, aku bersiaran langsung dari pc opis. tengah buat paperwork program tiba2 otak aku sekali lagi mengalami STM. idea kreatif tidak terlahir, maka terpaksalah buat program lebih kurang sama.

baru lepas marah orang, sebab kerja mudah pun boleh salah. haih, pagi hari dah angin masuk dalam badan. tarik nafas dalam2, jangan moody. haish, nak marah juga.

mengantuk pun duk ada sebab kena keje malam je minggu nih :(

Wednesday, December 12, 2012

cita-cita saya

masa sekolah dulu, aku suka mengarang. kalo buat karangan mesti dapat A. huahuahua. masa tu aku ada terfikir nak jadi cikgu, penulis novel, penulis lirik ke, atau komposer lagu. aku masih ingat dalam form cita-cita, aku tulis tu. bila dah besar, cita-cita aku dak bertukar. seiring dengan tumbesaran aku. mulalah aku nak jadi doktor. masa tu kalau jadi doktor memang glemer gile. orang dengar pun dah rasa kagum. tu belum jadi betul2, baru sebut je tu. bila masuk matrik, aku mula muhasabah diri. result BIO aku tak segah okey, math pun sama, mana ntah silapnya, atau memang aku yang biol? aku suka menghafal, tapi bila nak hafal saintifik ni, otak aku tiba2 mengalami STM atau short term memory, hohoho. bila buat kira2, aku cuma pandai math moden, bukan add math. disebabkan itu, aku redha dengan keputusan mengambil jurusan yang xde math dan sains.

bila tahun kedua kat U, kurang asam tol kene amik statistic. aku kan tak berapa nak betul buat kira2, belajar gigih pun, aku tetap dapat B untuk stats. aku redha. yang lain2 okey la, tapi xdelah cemerlang sangat.

ok, aku tak tahu pe aku tulis sekarang. dari cita2 ke merepek. moralnya, buat je pe yang anda suka. aku suka goyang kaki, bulan2 dapat duit/income. tapi hakikatnya aku tetap kene keje weh.

Friday, November 23, 2012

zikir terapi diri

muhasabah sekejap

aku kira banyak dugaan tahun ni
ada yang berjaya dilalui
ada yang tak
tapi syukur, xdeklah teruk sangat

aku ambil contoh minggu lepas
aku cuti 5 hari, 13-17 nov
12hb tu gerak balik, boleh plak aku lom tukar minyak hitam
dahla terlebih dari km yang sepatutnya
untuk perempuan yang tak berapa nak berdikari bab kereta macam aku
maka haruslah aku takut2 nak drive jauh-kelantan okeh
maka cepat2lah aku g servis minyak hitam hari isnin tu
dahla petang kul 2 dah nak gerak balik
haish, dengan budak praktikal datang lapor diri pagi isnin
dengan majlis perpisahan boss lagi
dugaan betul sebab kesuntukan masa
but manage to resolve it

hari jumaat-di kampung
boleh plak astro call cakap aku  tak bayar lagi bil bulan 10
aik, aku rasa macam aku dah bayar
aku kat kg ok, mana nak cari bil
kalo tak bayar nak potong2
hello, call lah awal2, seminggu sebelum ke
ni esok nak potong hari ni baru nak call
bagus sangat
aku merasakan aku dah bayar, but demi tak nak kene potong g juga bayar
mujur bangau ada leh tolong bayar
setel

sabtu balik segamat
boleh plak, sampai2 umah, decoder astro aku tertera ERR
aik, dah bayar kan? laju2 call astro
"esok kami amik tindakan"
bagus
esoknya customer service call
"oh, masalah decoder tu"
baiki amik masa 2-3 hari, tukar beyond amik masa 5-7 hari"
bagus
akhirnya pada hari kelima datang budak astro datang tukar decoder

oh ye, ahad tu aku g shah alam
sensorang
boleh plak lock stereng aku rosak
rosak ok
aku yang gelabah cepat2 call kawan-kak sue
huhu
tak boleh bukak jugak
mintak tolong encik yang tengah tunggu wife dia habis ngajar tolong betulkan
setengah jam, tak boleh juga
call pembuka kunci
nak rm80
hoho, mahal, aku dahla xde duit
tetiba datang kawan aku ni
mr.rama, amik apa ntah kat tool box keta
pup, terbuka, tapi kunci tu rosak la
selamat rm80
syukur
walaupun lain bangsa
sudi juga tolong

moral
dugaan2 ni datang bertimpa2
stress, sebab aku jenis cepat mengamuk
but
masa tu dalam fikiran aku duk bermain2 ayar zikir yang dilagukan oleh hafiz hamidun
oh, ye masa cuti kat kg
sempat g tesco carik cd zikir terapi diri
alhamdulillah
bila dugaan datang
minda aku bermain2 zikir2 tu
mungkin sebab sepanjang perjalanan dan setiap kali naik kereta
cd tu memang selalu dimainkan
alhamdulillah

Wednesday, November 21, 2012

merepek

hai
ianya minggu yang sibuk dan penuh tekanan
ianya juga minggu yang sibuk dengan aktiviti keluarga
penat
penat untuk travel segamat-jelebu-shah alam-jelebu-segamat-kelantan-segamat
penat
memandu seorang dan kadang2 dengan adik atau ma
untuk outstation dalam masa terdekat ni memang tidak
badan letih
bila letih maka otak pun tidak secerdas dulu
mood swing berputar2 seluruh alam
sedikit tekanan mampu menggegar dunia
haish, belum meletup je lagi, tunggu masa
jangan dicucuk2
muka senyum dah lama hilang
muka hati kering dan xde perasaan muncul berkobar2
sangat bosan bila dengar orang mulut manis bercakap
sebab tengah xde mood
xpayahlah nak berpura2 sebab aku xde mood nak reflect muka manis kembali

sibuk
sibuk dengan urusan peribadi, kerja dan keluarga
tahun ni agak payah dilalui
penat sudah di sini
mahu saja jadi bussinesswoman
tapi ditentang
sebab xde tokoh jadi peniaga macam ma
ye, berat mulut dan tak bussiness-minded
xde bakat
sedar diri

kalau lagi...

bestnyer lah kalo..
ko call orang, main2 arah..buat tu buat ni
suruh kontek dia tu dia ni
jumpa dan suruh cari itu dan ini
hai
main call2, amin arah2..main suruh2
alahai
bestnyer jadik boss
tup2 kerja setel, siap, beres!

tak bestnyerlah kalo jadik kuli
terima call
baik boss
baik tuan
baik encik
baik puan
pastu nangis2 sebab kene marah
how dare u!

kalo dah segho HEBAT gak
mu buat sendirik la weh
tok soh suh aku
mu main sebut jah
aku hok tunggang terbalik wat
baguih dok ada

realitinya...aku lah si kuli tu

Friday, November 02, 2012

program-kursus-cuti-raya-temubual-tugasan

Oktober merupakan bulan yang agak sibuk.

program motivasi
ye, ada program dengan pihak luar. dan pada masa program dijalankan, aku tiada di kampus. dan my collegue pun tak ada jugak sebab masing2 sibuk berkursus dan mengiring program pelajar. terbaik lah. mujur my students degree boleh diharap. lepas 4x training, memang sepenuhnya program diserahkan kepada mereka. alhamdulillah, respon diterima amat positif.

kursus dan modul
ok, bertambah pula tugasan untuk menyiapkan draf modul kerjaya semasa hadir kursus. huhuhu, macam2 hal rasanya berlaku. ni pun terpaksa minta tunda tarikh hantar sebab tak mampu siapkan lebih awal dek kesibukan hal lain. mujur lah mereka memahami. so sekarang aku mesti gigih siapkan. dah janji. janji ditepati.

cuti dan raya
aku cuti 4 hari. sempena hari raya haji. oh, seronok jugak. sempat menjana ekonomi negeri sekejap. duit macam air je laju mengalir. peh, bila gaji ek?

temubual
oh, masa aku bercuti dapat pulak panggilan temubual. asalnya kami minta ramai-batch aku, last2 yang submit hanya dua, aku ngan kak wani. dan yang datang semua senior. oh, takut giler okeh, sebab first time. dan hasilnya agak mengecewakan. biasala, junior. siapa nak pandang. kadang2 tak faham dengan senioriti. bagilah peluang kepada yang muda pulak.huhuhu

tugasan
gigih menyiapkan tugasan yang perlu dihantar. habisla. semua mengejar tarikh akhir.need help!

Thursday, October 18, 2012

betrayed

ianya menyakitkan
baik mental atau fizikal
ia benar2 menyakitkan
menduga sejauh mana kepercayaan

Wednesday, October 17, 2012

mahu menangis tapi tak boleh

minggu ni betul2 memberi tekanan
emosi mahupun mental
dengan sikap sekeliling yang mendesak
mahu jadi gila

mahu menangis tapi tak mampu
dengan sikap mereka yang tidak reti bahasa
juga sikap yang tidak pandai berbudi
mencari bila susah
bila kita susah
kita bertanya
hilang

dengan sikap suka lepaskan kerja pada orang
bodohla
kan dah keluarkan ayat power aku

Tuesday, October 16, 2012

satu, dua dan tiga

satu
alhamdulillah
selamat pulang dari konvesyen
walaupun bosan, tapi boleh lah
dapat makan pavlova
double

dua
mood marah2 tetap berjalan lancar
xde tenang2
jangan buat silap ngan aku
kalo xnak kene sembur
dah malas nak cakap elok2
orang boleh marah aku
aku boleh marah orang balik
dulu x
sekarang jangan cari pasal
jangan buat aku rasa menyampah

tiga
bakal outstation lagi
sambung cuti raya haji terus
teruja
untuk mengeluarkan diri dari kesibukan
walaupun bebanan tetap ada

Tuesday, October 09, 2012

outstation

yeap
aku xmasuk opis dua hari
yeah
bagus juga untuk amik angin baru
sambil kerja
kursus
oh
jumpa kawan2
bergembira
sambil menimba ilmu
ceh

Monday, October 08, 2012

tekanan

budak2 group counseling aku kata aku quiet
oh
ye
aku memang tak banyak cakap
pendiam
kebelakangan ni lagilah
aku menjadi pendiam
kerana tidak mahu menjadi peramah
kerana bila sudah peramah
terlebih cakap
so
baik aku diam
mudah

baran
ye
aku memang baran
dari aku marah2
dan terlebih cakap
baik aku diam
sebab tak nak marah2
dan marah orang sebarangan

cepat marah
ye
aku memang cepat marah
jangan bagi aku tekanan
sebab aku akan marah balik
walaupun perihal kecil
sebab aku xde masa nak fikir positif

oh
aku sedang diselubungi aura negatif
bencinya
bila lah aku boleh jadi lemah lembut
sopan santun
suka senyum
seperti dulu

Friday, October 05, 2012

dokumentasi

oh
benci perkataan tu
memeningkan
saya orang sosial
maka saya lebih suka berkomunikasi
saya bukan orang conventional
dokumentasi saya 'out'
kontra sosial dan conventional
lemah
bila diminta menguruskan dokumentasi
punca kuasa
oh
mendengarnya saja sudah membingungkan saya
tolong
saya lemah
bab2 itu
saya cuba belajar
tapi itu bukan jiwa saya
tidak
jauhkan semua ini dari saya

Thursday, October 04, 2012

cinta datang dan pergi

ok
hari ni kita berbicara mengenai kisah lama
kisah yang terlalu lama
yang sukar untuk dibuang tapi pergi juga
sedikit demi sedikit
satu persatu
terluka begitu lama tanpa disedari
tapi bersyukur
kerana ia memberi pengalaman
mengajar saya lebih dewasa
lebih matang

saya gembira dengan kehidupan sekarang
ada matlamat untuk dicapai
ada sebab untuk meneruskan
segala-gala
walau dikelilingi bermacam cabaran
saya masih mampu berhadapan
walau kadang2 tersungkur ke depan
saya bangun
hanya memikirkan diri untuk berjaya
lebih baik dari mereka
bersama bangau...

Wednesday, October 03, 2012

rutin harian

isnin-jumaat
bangun jam 6.30 pagi
gosok gigi, mandi
iron baju, ejari
masak air, minum indocafe 3 in 1
kirim karipap pada orang
breakfast
buka lotusnote, baca emel, buat keje, layan apa yang patut, keje lagi...
jam 1 siap-siap balik rumah
singgah food court beli makanan
tak pun balik rumah main masak2
makan, sembahyang zohor
siap2 nak masuk ofis semula
keje lagi, keje, keje, keje
gosip kalo ada masa
petang2 lapar
buka stok makanan pe yang ada
kul 5 siap2 nak balik rumah
singgah foodcourt lagi kalo lapar
tak pun balik rumah terus
mandi dan sembahyang asar
bukak astro
tengok apa yang patut
kul 7 tukar channel
tengok cite cine- wajib
bila iklan cepat2 pergi sembahyang maghrib
haha
sambung balik cite cine sampai habis
sembahyang isyak
kul 9 mata dan start mengantuk
tidur
sedar2 jam 6.30 pagi

Tuesday, September 25, 2012

perkara yang saya mahu

ok, logik ke tak logik lantak la kan..

1. rantai leher emas dan cincin (sila cop duit sekarang!)
2. purse baru (purse coach dh buruk okeh)
3. kasut baru (walaupun baru bulan lepas beli kasut carlo rino, nak jugak lagi...)
4. baju baru (last baju baru masa raya hari tuh. giler lama xbuat baju baru...HARUS ada)
5. sebuah rumah (belum tahu lokasi kat mana)
6. sebijik laptop (harus okeh, tak kan nak pinjam je)
7. PB (hahaha...)
8. BANGAU lama supaya kembali seperti sedia kala

merungut lagi

okey, time to merungut lagi...

banyak keje tapi malas. gaji nak, duit nak, keje malas! adoi.
stres! sebab persekitaran stres. adoi, benda simple pun nak kene bagitau ke weh? hello, boleh fikir kot sendiri kan? kan?kan?

muka harus masam sepanjang bulan, sebab hati tidak gembira. okey, tak pandai nak cover2 okey, so tunjuk terus, jangan selindung.

sakit ati pun ye gak.

okey
bye!

Tuesday, September 18, 2012

Bad mood

Aktiviti menulis blog bukan lagi pilihan aku. Kadang-kadang blog ini ber'update', kadang-kadang tidak. Jarak antara satu entri ke satu entri dikemaskini sendiri menunjukkan betapa malasnya aku mahu menulis. Ok, malas dan tidak tahu apa yang mahu ditulis.

Cuma hari ini terlintas untuk update memandangkan aku dah tak tahu nak lepaskan kemarahan aku. Marah? Ya, aku patut marah pada diri sendiri. Benci! Sebabnya aku melakukan perkara 'bangang' dan cuai dengan tanggungjawab sendiri. Hakikatnya ia memakan diri sendiri. Macamanalah aku boleh terlupa? Selama ni aku yang duk remind orang. Kali kena kat batang hidung sendiri. Rasa macam nak menyumpah diri sendiri!!!!!

Lagi pun, aku rasa tahun ni tahun paling teruk bagi aku. Semua berjalan kurang lancar.

Thursday, June 07, 2012

self esteem tool kit

minggu ini adalah minggu yang teramat sibuk. kerana pelajar2 intake baru dip dah mula mendaftar. hujung minggu ni pelajar lama plak. walaupun aku tak terlibat sepenuhnya dengan  pendaftaran, tapi aku terlibat dengan orientasi. di tambah pula dengan beberapa hari sebelum pendaftaran tu aku bercuti ke kelantan dan cameron. dah lama tak naik bas, terasa kepenatannya apabila seat bas tu tak boleh nak adjust. hello, sakit pinggang masih terasa sampai ke hari ni. bukan tak nak drive dan bawa saga, tapi sebab kejap sangat cutinye.

saat2 ni aku terasa aku sangat2 perlukan sokongan moral dan bantuan kerja. terasa seperti sekeliling ni penuh beban dan menyesakkan otak. aku tak faham kenapa sekeliling tak boleh ikut rentak aku. or aku yang perlu ubah diri dan mengikut? sampai satu tahap, aku dah rasa tak boleh nak menangis, walaupun sekurang2nya ia boleh melegakan keadaan, tapi kali ni tak. terasa suara aku tersekat dikerongkong, tak boleh bersuara, air mata tersekat di kelopak mata, tak mampu nak menangis pun.

terasa amat penat sangat. dengan masa tak mencukupi, dengan ragam yang lembap, sampai tak tahu nak handle macam mana.

aku perlu cari golden key aku untuk atasi sume ni. mungkin juga aku perlukan wisdom box... atau pun apa2 kit yang sesuai, atau pun Yes-No medallion? bagila apa2 kit pun, memang perlu courage stick dan detective hat right now.

Wednesday, May 30, 2012

release tension

adalah amat bagus kita bercakap dengan seseorang yang boleh membuatkan masalah dan kegusaran kita hilang. bila cakap ngan dia je hilang semua  dan ringan beban. terima kasih bangau sebab dengar den berceritera semalam.. sampai double call, mujur ada maxis free, hohoho...

kebelakangan ni aku agak tensen sket. mungkin sebab budak nak masuk dah, pastu ngan ekspo lagi, ngan masalah aku sendiri, pastu ngan kebengangan pada orang lagi, dengan nak cuti lagi, hai... i am stress..

tolong2, stress!

Tuesday, May 29, 2012

terukir di bintang

jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
ku hanya mampu jadi milikmu
pastikan kau bahagia

hati ini bukan milikku lagi
seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir dibintang
tak mungkin hilang
cintaku padamu

Monday, May 28, 2012

merungut

jangan suka merungut atau mengeluh.. sebab ia bukan sikap yang baik. aku tahu, tapi aku tak merungut kat orang..aku cuma menulis. adakah itu konsepnya sama atau berbeza? harap tak de sape yang baca.

bila kita buat sesuatu kerja. walaupun kerja itu adalah kerja bersama, dan seorang sahaja buat kerja, tapi kenapakah kamu mahu nama tersebut? hello, ko tak buat apa pun weh, suka ati ko je sebut 'ko buat'. memang aku rasa nak menyumpah time tu jugak. tapi macam biasa, aku menyumpah dalam hati. perangai ko tetap tak berubah. sebab tu aku tak percaya nak tinggalkan apa2 keje pada ko sebab aku tahu jadi macam ni. tolongla, aku yang buat, pastu ko nak guna statement ko JE buat? hello, ko edit yang aku buat ok! kalo ko guna statement KITA pun aku masih boleh terima, sebab aku tahu sape buat keje sape tak. memang bodoh sombong betulla, tak tahu buat cara tak tahu, ni tak nak mengaku. berlagak tahu, pastu bukan nak tanya aku. aku setakat ni belum kedekut ilmu. dan aku tak lupa orang sendiri. memang ***** la.

28 mei

hari ni genap 3 tahun. oh..lama.memang pun. walaupun kita belum tahu ke mana langkah ini berhenti, semoga dipermudahkan segala perjalananan hidup ini.

Friday, May 25, 2012

oh, handbag baru ke tu?

haha, baru menerima sebiji handbag untuk diri sendiri. dari tettt... of coursela dari diri sendiri jugak sempena besday yang dah lama berlalu bulan lepas. kenapa beli handbag walaupun sembonia masih elok? sebabnya kalo tak beli, mesti akan habiskan untuk benda yang tak berfaedah yang tak nampak. so baik grab sesuatu yang real. hohoho... jangan risau, sembonia tetap di hati, dan di hati. selalu.

aku bersyukur kerana sejak dari kecil, jika nak sesuatu, masih mampu untuk guna bajet sendiri untuk dapatkan. sebab aku bukan dari keluarga berada. ingat lagi masa kecik dulu, eh..tak kecik sangat sebab masa tu dah PMR, jadi kumpul duit poket gi sekolah (sanggup tak makan time rehat) untuk beli walkman sony. oh, masa tu tak tau kenapa nak ada walkman, dah lupa reason beli, tapi yang aku ingat, ia menjadi pinjaman rakan2 sebab tak keje nak buat after PMR (gi sekolah tapi duk melepak kat hall..). ingat lagi, pakai baju kurung biru (pengawas lah i), pastu tebuk lubang kat poket baju, sebab nak letak walkman dalam poket baju kurung, masukkan wayar dia dalam lubang, pastu earphone,ditutupi oleh tudung biru. oh, cikgu2 tak tahu..

bila nak masuk U, beli sendiri handphone 3310 yang tengah glemer sangat time tu. dengan simcard maxis harga RM80. pakai no tu sampai sekarang. setia lah konon. beli handphone pun sebab nak belajar jauh, kene lalu laut china selatan. kalo tak, confirm xde handphone. sebab handphone bukan murah macam sekarang ye adik2. lepas tu tukar2 handphone guna duit PTPTN, hihihihi...beli  laptop juga... tapi combine dengan duit bonda sebab masa tu nak sangat encik BENQ warna biru ada lekuk2..cantik masa tu sampai termimpi2..

bila dah keje, beli kereta pinjam duit bank rakyat.. mesti pilih, oh, bulan2 bayar sendiri guna duit gaji. tak de harapan nak guna duit ayah bonda time tu sebab fama kan tak keje. kumpul2 duit gaji beberapa bulan baru beli kereta. tu pun berdikari. ok..dah melalut ke cerita dulu kala.

oh, to my handbag, welcome to our family. kehkehkeh.

Thursday, May 24, 2012

jatuh lagi

rasanya ni dah kali ke berapa dah jatuh ni. so kali ni jatuh lagi. mujur tak ramai orang. tak tahu nak gambarkan perasaan apa, sedih ke, malu ke, sakit ke. tapi sebab dah selalu sangat jatuh, aku cuma rasa sakit jela. mau tak sakit, nasibla tak terjatuh tersungkur, just terduduk. mujur la ada orang pegang aku. uwaaaaa... bukan sebab kasut tinggi tapi lantai tu licin. dahla xde signage baru pas cuci. alahai~~ nasibla dah lepas meeting tadi.. semua dah balik...

tragedi jatuh ni terbawa2 dari belajar sampaila ke tempat keje. adoila....

Wednesday, May 23, 2012

kecil hati

ye, aku sensitif. luaran nampak kuat tapi dalaman tak. aku sensitif apabila melibatkan tentang orang2 sekeliling. sebab tu aku amik pegangan tak nak baik sangat dengan orang sebab ni la. bila dah start baik dengan orang, kira rujuk 'orang' tersebut adalah kawan, then kawan tu marah ke, tak bagitau ke, buat tak tahu ke, tak peduli ke, tak update ke, tinggalkan ke, diejek ke, makanya aku akan rasa jauh hati.

sebab tu la aku tak nak baik sangat ngan orang. sebab aku tak boleh kene marah dengan orang terdekat. aku tak kisah kene marah ke, kene maki ke, ejek ke dengan orang luar yang tak berapa nak rapat dan kenal, tapi jika melibatkan kawan baik, atau yang terdekat, ia susah untuk diterima. sebab sebagai kawan, adalah tak patut buat macam tu, sebabnya kawan tu lah tulang belakang aku, supporter aku.. ni kalo kawan sendiri marah, aku memang buat cool, tapi jauh di sudut hati aku, aku terasa jauh, dan secara automatik aku akan menjauhkan diri. hello, marah atau tegur pasal benda tak de kaitan ngan aku, or pasal keje, tolongla... untuk baik macam dulu, rasa susah sangat...

satu lagi, tolongla jangan ejek aku if ko kawan aku. sebab bergurau pun ada tahapnya. tapi if bergurau tu tahap melampau sampai menjatuhkan maruah, menghina (walaupun ko tak rasa camtu), tapi sebagai kawan, ko tak patut cakap camtu, tolong tanya elok2 sama ada ia benar atau tak, sebab itulah istilah sahabat. bukannya ko buat lawak bodoh, usik2, gurau2, sebab sebagai kawan ko memang tak patut cakap camtu. aku tak kisah kalo yang cakap tu orang xdek kaitan ngan aku, tapi ko kawan yang gi makan sama2, berlibur sama2, mengutuk sama2, memang sangat tak boleh.

bila ko menjadi kawan baik aku, harap tolongla jangan buat cara hidup sendiri. sebagai kawan kita harus saling berkongsi cerita, bukannya aku nak tahu semua perkara, tapi at least, bila ia melibatkan perkara besar dalam hidup, tolongla, jika anggap sebagai kawan, hargailah kawan. jangan sampai aku pun tak cerita pape kat ko.

sebab tu la aku tak nak baik sangat ngan orang. sebab jadi macam ni!

Tuesday, May 22, 2012

k a w a n

sejak dari tadika, sekolah rendah, menengah, mrsm, matrik, unimas dan tempat kerja, dah bermacam2 kawan aku temui. kawan gembira, kawan sms, kawan sedih, kawan suka2, entahlah, banyak sangat nak describe.

masa tadika, kawan yang aku ingat ialah farhana, awanis dan marzuki... kehidupan tadika masa tu biasa je sebab aku xreti sangat nak explore dunia luar masa tu. i kan pemalu. tapi aku masih ingat yang bestfriend aku masa tu farhana dan awanis.

masa sekolah rendah, kawan aku sekelas lagi dengan awanis dan farhana. kemudian berkawan plak dengan bayani, hatiyah, suhaili..dan ramai juga (jenuhla nak tulis semua kan..)..  kawan persaingan belajar aku masa ni bayani, sebab suka compete no. 1 ngan dia time ni, sebab dia bijak math, i plak kan al-maklumlah tak suka math... masa ni, jugak suka sangat bergaduh. tak tahu kenapa, mungkin masih kanak2 maka tidak matang. alahai, sekolah rendah.

masa sekolah menengah, kelompok kawan makin bertambah. masih satu sekolah dengan farhana dan awanis tapi berlainan kelas plak. masa ni jumpa pula delima, hadi, irwan, munie dan juga masih sekelas dengan bayani. diorang ni geng aku sebab kami top 6 dalam kelas, berebut2 nak nombor satu time ni. tapi selalu aku ngan delima la yang bersaing.. hehehe... well (muka bangga).

bila masuk mrsm, kami semua terpisah, aku kat kuala berang, bayani kat mrsm beseri, delima kat mrsm pengkalan chepa, irwan kat mrsm kat n9 (dah lupa plak nama mrsm tu time ni..) dan munie kekal kat sekolah lama. bila kami pergi, munie lah jadi top student kat sekolah (hebat r mu...). tapi bila masuk mrsm, tetiba aku jadi macam b***h sket sebab aku tak score. ok, kita lupakan kisah lama.

bila masuk matrik jumpa plak ngan salina, fiza, dinie.. mereka ni roomate aku. pastu bestfriend plak ngan farhah.. bestfriend sampai leni ngan farhah ni...walaupun fa budak fizik dan aku budak bio, tapi leh masuk r. untuk pengetahuan korang, fa ni satu mrsm ngan aku tapi kelas lain2, so tak close sangat time tu. bila masuk matrik n bilik berdepan tu yang jadi rapat.

bilik masuk unimas, jumpala plak afzan, roomateku yang giler otai, suka buat assignment aku tanpa disuruh, suka baca buku psikologi aku (entah pape la ko afzan, patut ko baca buku bisnes ko tuh, aku rasa time tu ko ni silap pilih course kot, hahaha)... pastu jupe plak syimah, daya, kak ida, sarip, ros dan lain2.. masuk tahun dua aku sebilik ngan syimah plak  sampai tahun 3, bila tahun 4 serumah plak ngan kak ida, ros dan nurul.

bila masuk keje, tercampak plak kat bumi segamat ni... sensorang... kak ida dah jadi kaunselor upsi syimah jadi lecturer upsi, sarip plak kaunselor upm, ros plak kaunselor mrsm tapah, dan daya and nurul plak kaunselor sekolah (tak tahu sekolah mana..) . alhamdulillah semua classmates aku time tu dapat keje, cuma sektor yang berbeza2...

bila keje ni, jumpa plak rakan2 lain.. rakan sejawatan, rakan sekampus, rakan kerja dan macam2 istilah. aku bukan jenis friendly sangat, tapi bila aku dah mula rapat dengan orang, memang aku akan baik. tapi bila dah start baik, mulala nak gaduh, sebabnya bila dah rapat, kalo tak ajak makan, cakap salah sket, mula nak terguris. so bila keje ni, aku malas nak rapat sangat ngan orang. sebab aku tak nak jadi cam dulu2... aku lebih suka sendiri, tapi tak bermakna aku tak berkawan, cuma aku memilih. lagipun aku tak rasa orang hargai aku. so malas la nak jiwang2, baik teruskan hidup sorang. so bila kerja ni aku banyak habiskan masa dengan family terutama kakak aku yang duk kat jelebu tu. tiap minggu balik umah dia. sebab ngan family confirm tak gaduh n tak kecik2 hati.

ok..bye..

nak bercuti ke tak nak?

aku tak tahu nak amik cuti ke tak cuti sekolah ni. sebabnya aku baru je cuti seminggu awal bulan hari tuh.. tapi kakak aku duk mesej2 and called tanye tak nak cuti ke? sebabnya cuti sekolah kan, diorang semua cuti. aku je yang tak keje kat sekolah, so cuti tak sama. kalo nak cuti, kenalah cuti sebelum budak dip masuk..huhuhu..takkan nak cuti time budak baru masuk kan?

kakak aku suh aku cari tempat (hotel) kat Cameron, sebab nak g sane. selalu g cameron balik hari je, tak pernah bermalam. aku plak bukan familiar sangat booking-membooking ni. google pun tak jupe yang sesuai. any suggestion nak duk mana?

aku teringin nak g bercuti, tapi if aku amik cuti kali ni, just sekejap jela, tak boleh la berminggu2 kan, dah macam nak cuti kahwin la plak camtu, hohoho. cuti jela, percayakan orang sekeliling untuk uruskan semua benda ok.

ok la, back to work...semangat ni :)

Monday, May 21, 2012

sakit kepala

hai..
good morning
kembali bekerja selepas berMC dua hari.. sakit kepala
sakit kepala pun boleh MC ke? oho, biasanya kalo sakit kepala aku datang bila aku drive jauh, dekat2 nak exam (zaman sekolah dulu la).. tapi kali ni xde kene mengena dan doktor bilang mungkin aku ni dilanda stres. oh, stres? apa itu? oh itu, namanya tekanan. stres ke aku ni? hoho, tengok muka aku la, masam mencuka memanjang. pantang silap mulala aku nak melenting kan kan kan? berbalik kepada cerita sakit kepala aku, kepala aku berdenyut2 macam nak pecah. pastu tidur pun tak jadi apa, then petangnya aku muntah2..huhuhu..sedih tau sebab xde orang nak jaga aku yang sakit ni...

semalam pun sakit kepala drive dari  segamat-jelebu-shah alam-segamat
huhuhu..
ni pun xde mood nak keje.. (setiap hari pun xde mood aku ni..)
aku rasa aku kene g kursus motivasi la pasni, yeah...bulan 6 ni...(lambatnye bulan 6)
leh lukis2, joget2, main2 plastesin..hahaha..

Wednesday, May 16, 2012

bagusnya kamu

oh
entry kali ni cite pasal keje.. dalam kita bekerja, bukan semua orang kita suka, dan bukan semua orang suka kita. yup, gaduh tu tak payah cite la kan. dah macam budak sekolah rendah plak gaduh2 ni. memang la semua dah besar panjang, tapi perangai budak tu tetap ada. bak kata en.freud, dalam diri kita ni ada EGO, SUPEREGO dan ID (tak sia2 aku belajar teori..haha)..

aku bukan nak citer pasal gaduh. sebab jarang kot aku nak bergaduh melainkan dah melampau sangat. pantang betul aku orang kacau hidup aku. hari ni aku nak citer pasal jenis kategori orang yang suka sub keje, atau kata mudah, pass keje kat orang. contoh, bila kerja tu keje ko, then ko dengan bijak membahagikan tugas pada orang, walaupun dah sah2 keje tu keje ko. bagusnya adalah orang tersebut sangat bijak, otak geliga, tak  bagusnya adalah ko susahkan orang. aiyaa... ko suka suki jek arah2 orang macam boss walaupun gred ko lagi rendah. terbaikla.

aku tak faham kenapa ada kategori manusia yang suka menyusahkan orang dan tak nak buat sendiri. hello, memang sikap bantu membantu tu perlu tapi kali ni melampau la. malas la nak cakap lebih2 kang aku menyumpah orang plak. k bye!

Tuesday, May 15, 2012

tak de gambar cincin nak publish

entry ni aku tuju khas buat memberku yang baru bertunang dan tak jemput aku

aku xde gambar cincin nak post kat sini
sebab aku belum ada tunang
hahahaha

Monday, May 14, 2012

blackout

dua kali hari ni blackout. mula2 pagi tadi. masa nak ejari. terkocoh2 aku turun naik tingkat mencari mesin ejari yang berfungsi. mujur ada satu. tu pun beratur jugak la nk menEjarikan jari aku. nanti kan cukup bulan kate aku tak masuk keje plak. mujur dapat ejari pagi tadi. masuk je pejabat, pc plak xleh on. satu bangunan, bukan pejabat aku je rupanya. sebab? aku tak tahu. aku cuma tunggu dan tunggu sampai boleh guna. dekat sejam lebih la jugak. adakah itu satu alasan untuk aku mengular? oh tidak. mestilah tidak. memang zaman teknologi ni semua keje guna komputer. tapi cara manual pun kene tahu. kesimpulannya? aku kemas pejabat yang tak berapa nak kemas dan kebetulan ada konsultasi plak ngan cik aney yang terdatang awal untuk meeting ganti bos dia. so, aku buat kerja ok. so jangan kata aku mengular plak. hohoho...

tengah hari pukul 1 plak. balik2 rumah tetiba blackout. tak dapat la nak tengok superspontan ulangan kat astro warna. hahaha... kepala pening, so terpaksala aku makan pau goreng untuk alas perut. (tak kaitan ngan superspontan mahupunblackout). ingatkan rumah je, bila masuk opis semula, rupa2nya satu segamat blackout jugak (diorg cakapla)... dah petang2 camni, berpeluh aku dibuatnya.. memang mood untuk keje hancuss la sebab panas, berpeluh, lapar... so nak expect aku bertenaga optimum memang tidak la ok. so, berjalan2 mencuba jaket di hep sebab aku confuse saiz baju sendiri S ke M? berpuluh kali cuba last2 aku pilih M sebab S tu fit sangat dan singkat. M tu sebab labuh, aku kan muslimah. hohohoho..

sejam lebih baru ada letrik balik. hoho. kenapakah ada? kenapa tak tunggu sampai jam 5? ahaks, matila kalo bos aku baca ni, sebab aku malas. lepas je ada letrik, aku mula bekerja keras. adoi... menyiapkan kerja2 program bulan depan. rajin kan aku sebab bulan depan punya dan siapkan bulan ni. well, biasala kan. i kan bajet bagus walau pun tidak. sebab aku tak nak keje tu datang dalam mimpi aku sebab tak siap2. aku serik bermimpi pasal keje. baik mimpi pasal putera raja hensem datang meminang aku. bukankah itu bagus. tak perlu aku keje keras. duduk rumah goyang kaki, beli handbag banyak2. oh, tu sume mimpi ok. mimpi. balik pada realiti. sejuk plak aircond ni walaupun dah buruk berusia. sejuk, maka alasan untuk jadi malas datang lagi. dan lapar. apa jadi ngan diet aku? oh, aku berkobar2 makan oat kan? hari ni makan nasi sebab tak lalu nak makan. besok aku makan oat balik la ok.

oh, bila aku nak rajin ni?

aktiviti hujung minggu

oh.. shopping, salah satu perkara yang saya suka buat. sebab boleh buat saya rasa gembira. terutama bila beli handbag. huahuahua.. tapi kali ni tak beli handbag pun. beli kain pasang.

pagi tu breakfast kat muar, makan mee bandung, sate,  nasi goreng ayam dan mihun soto. oh, aku tak makan sume, tu menu kami la sekeluarga. pastu odw balik singgah kedai emas beli rantai tangan. pun bukan aku beli tapi kakak aku beli sebab harga emas masa tu RM167, murah ek?

balik dari muar pergi jakel temankan kakak aku beli kain untuk dia dan keluarga dia. owh, sangat teruja teruma bila melihat kain yang harga RM98 semeter. semeter ok. kali la plak ngan 4 meter. hohoho. tapi tak beli pun sebab belum sampai level nak pakai kain macam tu. baik aku beli cincin emas. so just beli kain untuk cikgu-cikgi sekolah kakak aku, beli baju raya  anak2 dia. so sempat belikan sepasang jela kain untuk diri sendiri tu pun ditaja oleh kakakku. termimpi2 plak kain RM98 semeter tu. bak kate jurujual tu, if beli ni, aku jela pakai kain ni kat sini, huahuahua. tapi tak beli ok walau pun duk dalam jakel tu 2 jam lebih. pastu jumpa bos jakel minta diskaun. hahaha, boleh la sket kurang harga. xsia2 tebalkan muka.

pastu g nirvana beli lauk pauk untuk masak makan malam sebab dalam freezer rumah aku tu memang xde stok ok. yela, i kan bujang, setakat telur dan sardin tu ada la. oh ye, memandangkan dah lambat sangat, dan anak2 kat rumah dah kebulur, maka abang ipar aku dengan jayanya memasak nasi dan goreng telur untuk anak2 dia alas perut sebab kitorg keluar rumah dari jam 3 petang, kul 8.30 malam baru balik rumah, tu setakat g segamat je pun. bila balik rumah, kak long dah bebel2 cakap diorang kebulur dah. hahaha, bagus sungguh ibumu dan cik su mu kan  bila g shopping.  balik rumah prepare dinner. setakat ayam goreng kunyit, ikan goreng, ikan masin goreng, sambal kicap dan sayur cendawan tumis. terbaik la. makan plak ngan ulam pucuk misai kucing.

oh ye, lupa, singgah jap kedai hp beli hp kakak aku- galaxy y. hohoho. tu yang lama tu, sebab tunggu tokey tu install segala bagai. wah, sangat sibuk hujung minggu aku.

Friday, May 11, 2012

biasiswa DAN kahwin

majikan aku offer biasiswa kepada yang berminat. tapi aku tak tahu nak minta ke tak. sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku nak. aku rasa aku kena jumpa kaunselor kerjaya la. mungkin kene kaunseling kot aku ni. sebab dah besar panjang pun masih tak tahu pe yang nak buat. aku biasa orang atur untuk aku. sebab aku jenis malas nak buat keputusan. sebab aku malas nak fikir. sebab aku malas. ok, MALAS. aku pun tak tahu. bila jadi kat diri sendiri, aku akan jadi macam ni, tapi bila jadi kat orang lain, aku akan jadi sangat bagus bagi nasihat, kenapa hah? ok, masalah ni bukan rumit pun, setakat aku nak apply ke tak je, tapi seminggu aku duk fikir. bosannya! aku lebih suka sambung belajar guna duit sendiri sebab aku memang dah menabung tentang ni dari masuk keje lagi. so aku rasa aku mampu teruskan sendiri sebab aku tak nak terikat. ok, tu masalah juga ok. sebab aku keep pushing cupcake aku suh fikir untuk aku. boleh tak awak buat keputusan untuk hidup saya?

kita masuk cerita bab kahwin pulak. kawan baik aku dah bertunang. tu pun tak bagitau aku. mungkin aku bukan kawan baik dia sangat kot. sampai ati u tak bagitau i tau. macam i cakap la kan, no hadiah tunang ye. tunggu u kawen i bagi, tu pun kalo u jemput pakai kad. bukan pakai emel, then i kene print sendiri ok, kalo camtu i pun pos hadiah u guna sampul pos ekspress RM2.50 tu je ok. oh ye, dah tersasar tajuk. bila sume rakan seangkatan nak kawen, so tinggal la aku terkontang-kanting. uwaa.. so bila plak aku nak kawen? aku pun tak tahu. kadang2 aku rasa apa yang aku buat sia2, sebab hala tuju aku, tak tahu kat mana. tapi aku pun tak sure sama ada kawen tu keutamaan aku ke tak sekarang. arghh, bosannya la kalo kene fikir pasal ni semua. MALAS. aku nak biar masa je tentukan.

ok, bye

Thursday, May 10, 2012

diet extreme

aku tengah makan breakfast oat sekarang ni. kenapa? sebab aku nak kurus. kurus ke dengan makan oat? mungkin ye mungkin tak. tapi setakat ni hasilnya amat memuaskan. sebab dah turun sket. sket jela sebab aku baru start seminggu ok. takkan nak expect kurus keding kot kan... selain dari bebas kolestrol, oat ni bagus untul siapa yang nak diet. sebab bila ko makan pagi dalam kuantiti secawan, ia akan mengenyangkan perut anda sampaila tengah hari atau petang. tapi perut aku perut malaysia kan, so sampai tengah hari jela bertahan. bila part tengah hari tu mula la mengingau carik nasik ok. tapi ok la kan, sebab ko akan bertenaga, macam aku ni, bertenaga dari 8 pagi sampai 1 petang. so jam 1 tu aku akan makan benda lain contohnya nasi la, tapi amik dalam kuantiti sedikit ok. jangan la ko makan berpinggan2, tak de pekdahnya diet macam tu. so amik dalam satu senduk nasi ke. secawan nasi ke, aku amik semangkuk nasi la. agak2 la kan.

rasa oat ni, biasa je. sebab cara aku ialah oat  secawan campur milo sesudu besar dan gula satu sudu kecik. terpulangla kan. sebab aku tak leh nak telan kalo oat ngan air je, or oat ngan susu je, mesti letak milo sket, buat pembangkit selera. gula letak la, kalo tak tawar sangat, mana best nak telan. tapi letak sket la, janganla secawan plak kan.

masa aku menulis ni pun aku tengah makan oat. bagus kan? walaupun amik masa nak habiskan, tapi slow2 la kan. kate nak diet.. rasa dia susah nak explain. ada orang suka, ada orang tak. bagi aku boleh la. sebab aku nak diet dan jaga kesihatan. huahuahuahauhau....

kalo xde oat aku akan makan bisku jacobs tu. aku makan yang original je, boleh je kalo ko nak makan hi-fibre ke, apa2 pun. tapi aku prefer yang biasa je. makan tu kuantiti biar berpada la. aku amik dalam 3-4 keping jela. dah cukup. jangan bantai setin plak. xde makna diet macam tu kan.

tapi tengah hari mesti makan nasi/sesuatu yang bersup macam mihun sup ke,tomyam sup ke. sebab perut aku perut malaysia. petang aku tak makan, if lapar sangat makan kuih je sebiji. tu je. malam aku tak makan langsung la. kawal2... kate nak diet. tapi buah ngan sayur boleh amik sepanjang masa ok.

exercise? aku buat kalo aku ingat dan ada masa. bagusnya ialah ko diet ngan exercise la. tapi terpulang pada individu. ni pandangan aku je. ok, babai..

Wednesday, May 09, 2012

segar bugar ke?

yeah... baru balik dari bercuti selama seminggu. best sungguh bila tak payah buat kerja dan mengadap komputer selama 8 hari... lega bila tak perlu jawab telefon dan berdepan dengan orang segala bagai. sangat best walau pun hujung2 tu ada ler sms masuk.. aiiya, ngak best betul la, lumrah, sape suh ko cuti lama sangat kan?

aku cuti balik rumah je pun, setakat jalan2 dekat2 je.. bawa mak dan adik keluar. kesian jugak, mujurla aku drive. Oh ye, aku drive sendiri, seorang. patut balik ngan cik aniey orenjes, tapi sebab masalah teknikal (cik aney bangun lambat, aku plak keluar awal, pastu tak telefon dia.. ahh bagus kan..), so dah dua perhentian last2 masing2 balik sendiri2... oh, kalau la mak aku tahu aku balik sendiri (tapi tak bagitau..)

pastu balik rumah, rumah tengah renovate. semua orang kampung kate renovate umah sebab aku nak kawen. alangkah bagus kalo betul camtu. tapi tidak ye wahai orang kampung aku semua. kitorang renovate rumah sebab umah bahagian tengah tu dah kene makan dek anai2. jahat anai2 ni, makan habis kayu2 tu.. so cuti hari tu, aku jadi tukang rumah jap...walaupun keje aku setakat tengok dan tolong2 beli jubin je.

pastu aku shoping la, macam biasa menjana ekonomi rakyat kelantan. bagus sungguh, duit mengalir macam air je. beli skirt, tudung bawal dua tone (tengah hot tudung tu le ni kat sane...), pastu beli hadiah kawen staf2 yang aku xsempat g sebabnye aku cuti lame gile. pastu g tesco beli barang dapur. oh, suka g tesco sekarang, aku pun tak tahu nape aku suka shoping kat tesco. tak sempat g tempat biasa ' rantau panjang' sebab malas nak g, cuaca kat kelantan panas sangat time tu, nak jalan2 pun rasa malas. tak sempat nak buat rebonding rambut.. hohoho... so cuti akan datang kene listkan la pebenda yang tak menyempat ni.

oh ye, so aku dah balik ke SG, bukan singapore tapi segamat sekarang ni. serius mood malas. sebab pagi2 masuk keje dah penuh keje atas meja ok, dengan kene g meeting luar lagi. aku baca emel pun pening sampai inbox aku penuh pastu siap mention kuota inbox aku dah extra terlebih k...yela, sape suh attach file banyak sangat n suh buat laporan banyak sangat kan. ok, dah siap sume keje, aku kan excellent, hohohoho...

ok la, banyak plak tertulis kali ni. huahuahuahua...

Tuesday, April 24, 2012

wish me luck

Baru selesai minggu yang agak stres. Alhamdulillah, walaupun tak confident, tapi hopefully akan dapat yang terbaik. Setelah berpenat lelah, korbankan masa senggang dan berlibur, harap2 usaha yang dicurah itu berbaloi. Kalo tak, tak tahula nak kata ape...

Wednesday, April 18, 2012

S I L A S A B A R

Mood malas kini kembali lagi. Bukan tak ada kerja, tapi tak ada mood untuk teruskan kerja.

Mood lapar datang lagi. Bukan belum makan tapi mungkin lunch tadi tak baca bismillah, so petang2 macam ni perut mula mintak makanan lagi. Ok, diet cuma bertahan seketika, tu pun sebab ramai komen dah membesar.

Mood nak mengamuk pun datang juga sebab ada orang bikin panas. Aiiyaaa...bila saya suruh tu buatla cepat sikit boleh? then bila minta dari saya, janganlah desak2 boleh tak? Ye, company ni bukan saya punya, tapi saya punya sukala... then boleh tak faham tanggungjawab? tak ke rasa bersalah bila asyik mengular? aiyoo, pastu bikin orang susah maa... menyusahkan!!

Ye, hidup ni kene banyak tolak ansur. Ah ye, tapi kalo tak faham integriti, cmne nak tolak ansur weh...

Malas komen banyak2. Bye!

Tuesday, April 03, 2012

keluar mulut buaya, masuk mulut naga

yup, terbaik lah. baru je lega, tetiba dapat plak beda lain. ujian betul. dah tak tahu nak gambar macam mana, nak bersyukur ke, nak  menyumpah?

yup, dalam keadaan camni dah tak boleh nak keluar ayat2 baik. buat sesuatu biar ikhlas. yup, ikhlas pun ada batas kot. tak kan sampai kene pijak?

sebab tu aku cakap kuman seberang laut nampak, gajah depan mata ko boleh buta tak nampak!

ok, dari semalam lagi nak buat amukan, tapi macam biasa, aku mengamuk diam2. sampai satu tahap aku rasa nak blah dah. bukan apa, tak tahan bila ko diperkotak katikkan. mmg tak nampak mata kasar, makan dalam ok.

ok. bye

Wednesday, March 14, 2012

U P D A T E

Dah lama tak update blog ni. Kalau la blog ni sebuah rumah, agaknya dah tentu penuh sawang.

Dah masuk tahun 2012 dah, tapi baru hari ni rasa rajin nak update. Sangat sibuk dengan macam2.

Macam2?

Wah, tahun ni saya dah start buat perkara baru, untuk kemajuan diri, mencapai visi dan misi. Macam bagus bunyinyer kan. Kadang2 dalam hidup ni perlu ada pembaharuan.

Tahun ni juga banyak benda tak best berlaku. sedih (T_T)....

Tapi hidup kene gembira selalu.

Rasanya nak kene amik cuti panjang pasni, sebab dah tensen gile ngan keje. Ok, kaunselor pun perlu cuti k.

Bye