majikan aku offer biasiswa kepada yang berminat. tapi aku tak tahu nak minta ke tak. sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku nak. aku rasa aku kena jumpa kaunselor kerjaya la. mungkin kene kaunseling kot aku ni. sebab dah besar panjang pun masih tak tahu pe yang nak buat. aku biasa orang atur untuk aku. sebab aku jenis malas nak buat keputusan. sebab aku malas nak fikir. sebab aku malas. ok, MALAS. aku pun tak tahu. bila jadi kat diri sendiri, aku akan jadi macam ni, tapi bila jadi kat orang lain, aku akan jadi sangat bagus bagi nasihat, kenapa hah? ok, masalah ni bukan rumit pun, setakat aku nak apply ke tak je, tapi seminggu aku duk fikir. bosannya! aku lebih suka sambung belajar guna duit sendiri sebab aku memang dah menabung tentang ni dari masuk keje lagi. so aku rasa aku mampu teruskan sendiri sebab aku tak nak terikat. ok, tu masalah juga ok. sebab aku keep pushing cupcake aku suh fikir untuk aku. boleh tak awak buat keputusan untuk hidup saya?
kita masuk cerita bab kahwin pulak. kawan baik aku dah bertunang. tu pun tak bagitau aku. mungkin aku bukan kawan baik dia sangat kot. sampai ati u tak bagitau i tau. macam i cakap la kan, no hadiah tunang ye. tunggu u kawen i bagi, tu pun kalo u jemput pakai kad. bukan pakai emel, then i kene print sendiri ok, kalo camtu i pun pos hadiah u guna sampul pos ekspress RM2.50 tu je ok. oh ye, dah tersasar tajuk. bila sume rakan seangkatan nak kawen, so tinggal la aku terkontang-kanting. uwaa.. so bila plak aku nak kawen? aku pun tak tahu. kadang2 aku rasa apa yang aku buat sia2, sebab hala tuju aku, tak tahu kat mana. tapi aku pun tak sure sama ada kawen tu keutamaan aku ke tak sekarang. arghh, bosannya la kalo kene fikir pasal ni semua. MALAS. aku nak biar masa je tentukan.
ok, bye
Friday, May 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment