Showing posts with label my journal. Show all posts
Showing posts with label my journal. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

terukir di bintang

jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
ku hanya mampu jadi milikmu
pastikan kau bahagia

hati ini bukan milikku lagi
seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir dibintang
tak mungkin hilang
cintaku padamu

Monday, May 21, 2012

sakit kepala

hai..
good morning
kembali bekerja selepas berMC dua hari.. sakit kepala
sakit kepala pun boleh MC ke? oho, biasanya kalo sakit kepala aku datang bila aku drive jauh, dekat2 nak exam (zaman sekolah dulu la).. tapi kali ni xde kene mengena dan doktor bilang mungkin aku ni dilanda stres. oh, stres? apa itu? oh itu, namanya tekanan. stres ke aku ni? hoho, tengok muka aku la, masam mencuka memanjang. pantang silap mulala aku nak melenting kan kan kan? berbalik kepada cerita sakit kepala aku, kepala aku berdenyut2 macam nak pecah. pastu tidur pun tak jadi apa, then petangnya aku muntah2..huhuhu..sedih tau sebab xde orang nak jaga aku yang sakit ni...

semalam pun sakit kepala drive dari  segamat-jelebu-shah alam-segamat
huhuhu..
ni pun xde mood nak keje.. (setiap hari pun xde mood aku ni..)
aku rasa aku kene g kursus motivasi la pasni, yeah...bulan 6 ni...(lambatnye bulan 6)
leh lukis2, joget2, main2 plastesin..hahaha..

Wednesday, December 15, 2010

poem

cuba berlagak biasa
meski hati terasa
cuba rasa gembira
meski hati terluka
cuba berpada-pada
walau tidak rela

terus menjaga hati
lebih dari diri
terus mengukir seri
walau tidak pasti
terus menambat hati
walau tahu akan pergi

cuba tidak cemburu
tapi tak sanggup menipu
cuba untuk membatu
tapi tidak mampu
cuba berteleku
akhirnya rebah di situ

tolong jangan menangis
tapi hati terguris
tolong jangan sedih
tapi rasa pedih
tolong berlagak biasa
boleh, tapi sampai bila?

Tuesday, November 30, 2010

Ku ada kamu

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
(Ku Ada Kamu - Adira)

Wednesday, September 29, 2010

"This I Promise U"

Oh
seorang manusia yang tak puas hati macam aku selalu mengungkit
nak2 bila aku rasa kata2 itu umpama janji
walaupun tidaklah disebut sebagai janji
tapi ia juga umpama harapan
buat aku yang suka hidup dengan harapan untuk buat diri sendiri rasa lebih gembira

Oh
seorang manusia seperti aku juga suka merajuk
and of course jeles ok
suka naik angin
aku mengaku aku bukan penyabar ok

dan
seorang manusia seperti aku
merasakan diri ini tidak penting
walaupun dah macam-macam orang buat untuk buktikan pada aku bahawasanya aku ini penting

oh
aku kira aku memang tak mudah berpuas hati
dan sekarang
aku sedih kerana orang lupa apa yang dia pernah cakap

korang selalu ingat tak apa yang korang pernah cakap kat orang?

Tuesday, September 21, 2010

Kan betul, anak itik yang hodoh tak kan jadi angsa swan yang cantik!

Oh, kan aku dah cakap, anak itik hodoh tak kan jadi angsa swan yang cantik. So, nak cakap cmne lagi?
Pergila carik angsa swan BARU yang baik hati tu, yang tak berkira, yang sentiasa ada bila susah dan senang, yang tak pernah lokek, dan segala yang baik-baik belaka.

Thanks!

Balik kampung

Oh, sangat seronok. Rasa tak mo balik semula ke Segamat. Duk umah, tenang je, dapat shopping banyak2, dapat makan macam2, dapat minum teh beng tiap2 hari, kene buli n pow ngan Danish n Danial, ceh!

Terima kasih asmahani amik n hantar saya balik...

Rasa tak sabar nak cuti panjang lagi

Tuesday, September 07, 2010

Sepasang kurung raya

aizat = sepasang baju melayu
aku = xdek

uwaa... :(

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wednesday, August 18, 2010

I K H L A S

Setiap kali kita berbuat kebaikan dan menyatakan ia sebagai perbuatan ikhlas, tapi jauh di sudut hati kecil masih berharap agar kebaikan itu terbalas.

Pabila kita tidak berpuas hati pada orang, kita akan cepat melupakan segala kebaikan yang orang pernah lakukan kepada kita. Malah, lebih mengingati kesilapan yang dilakukan walau pun kecil. Keburukan menutupi kebaikan.

Pabila kita tidak gembira, kita merasakan tiada siapa yang peduli tentang kita. Tapi cuba tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar kisah pada orang sepenuhnya? Pernahkah kita fikir yang orang lain punya masalah sendiri, yang tidak mahu dikongsi. Put yourself into someone's shoe supaya kita lebih berempati (kalau mampu).

Pabila orang cuba berbuat baik, kita mula mencipta jurang makin dalam. Kita selalu beranggapan kitalah yang terbaik, orang lain paling teruk. Kita takkan mengakui kesilapan sendiri, tapi meletakkan kesalahan pada orang lain.

Banyakkah budi yang ditabur , mahupun kebaikan yang telah dilakukan, andai kita mengharap balasan setimpal?Kita tak pernah bersyukur dan berpuas hati pada layanan orang.

Bak kata En.Aizat, jangan terlampau berharap apa orang buat pada kita sama macam yang kita buat baik pada orang. Hubungan tanpa syarat ialah hubungan yang tidak mengharap balasan.

Susah dan senang

En.Aizat, terima kasih kerana berada bersama saya bila saya menempuhi fasa kegelapan, menenangkan bila saya sedih, memujuk bila saya marah, menyokong bila saya dihina. Wahai episod sedih dan nasib tidak baik, pergilah jauh-jauh...

Tuesday, August 10, 2010

Gembira

Jalan-jalan sambil dengar lagu Aizat
Terima kasih belanja mineral water (hahahaha...)
Makan pizza meatball ~ beef
Terima kasih cheese cake Secret Recipe..hohoho
Lepas ni chocolate indulgence pulak ye :)
Mungkin dua tiga hari ni hati saya kembang ceria...

Wednesday, July 28, 2010

Kerja di bidang yang anda suka

Pernah tak orang datang kepada anda dan bertanya, adakah anda bekerja dalam bidang yang anda suka?

Kadang-kadang, kita minat lain, belajar lain, kerja lain.

Pelajar-pelajar selalu tanya soalan ni,:
"Saya apply course lain, dapat course lain, camne tu miss?"

Kawan-kawan selalu cakap, :
"Aku tak seronok dengan kerja aku sekarang, tak de hati buat kerja, xde passion..."

Kita akan lebih gembira kalo buat perkara yang kita suka. Yup, betul. Ia mempengaruhi kecintaan anda dalam bekerja. Kadang-kadang bila stress bekerja, kita akan rasa nak berhenti, cepat putus asa. Ia makin buat anda stress bila anda melakukan perkara yang anda tak suka, atau lebih tepat, tak suka keja tu, tapi dapat keja tu. Kita tak boleh nafikan, ia mungkin dah tertulis sebagai sumber pendapatan kan?

Alangkah seronok kalo dapat buat atau bekerja tentang yang kita suka. Contoh, kita minat melukis, kita pun bekerja sebagai pelukis. Jadikan hobi sebagai satu pekerjaan. Tapi tak semestinya juga, jika ia kurang memberikan pendapatan yang memuaskan, kita akan stress juga tak mendatangkan hasil.

Susah nak cakap kan?

Ramai bertanya, aku suka tak ngan kerja sekarang?
Oh...

Adakah anda berada di track yang betul?

Friday, July 23, 2010

Getaran negatif berputar

Ada beza antara penggunaan KAU dan KITA. Kata nama KAU dan KITA tiba-tiba membina jurang antara kita. Aku kira ia agenda kita, maka aku beria-ia. Ataupun mungkin termasuk dalam sebahagian agenda kita. Tapi kata-kata ko itu membuktikan banyak benda. Ia bukan agenda kita tapi aku. Maaf kerana aku memasukkan KITA dalam agenda itu. Tapi serius, aku terluka...

Nota : aku masih belum dapat mempraktikkan LOA, banyak vibration negatif menyelubungi aku sekarang :(

Wednesday, July 14, 2010

Gula hati

Aku rasa sedih ngan gula hati aku. Mungkin memang patut aku merasa sedih dan berduka. Aku jugak salah, tapi aku jugak geram.

Mungkin aku ni tak berapa baik. Aku bukan rajin sangat, tapi dah buat terbaik lah...

Aku geram sebab ditinggal bodo, tanpa sepatah kata yang aku kira melalui ayat yang boleh aku faham, bukannya bahasa isyarat atau mana-mana signal yang aku leh tangkap. Aku kira kalo kita bersungguh dengan apa yang kita cakap, kita akan berusaha sedaya yang boleh untuk cakap, mungkin melalui telefon atau sms. Atau mungkin dengan pelawaan yang lebih berulang.

Patutkah kita merasa agak bengang dengan situasi ditinggal bodo? Bagi aku yang mempunyai tahap kesabaran yang minimum serta tahap baran yang optimum, aku rasa aku berhak untuk berasa agak bengang. Justeru aku akan mengambil tindakan yang drastik tanpa berfikir panjang tanpa mengambil kira perasaan mana-mana pihak walaupun pihak tersebut banyak menjaga hati aku. Sori, aku memang emo ok!

Then, kerana sikap anda yang sangat drastik telah membuat pihak lain berasa kecewa ngan anda. Yup, orang memang patut rasa kecewa ngan aku. Cumanya, aku ingin tahu, adakah kerana itu ia telah menutupi segala perbuatan kebaikan yang pernah aku lakukan sebelum ini? Mungkin aku telah membuat orang jauh hati ngan aku.

Tika ini, aku tak tahu nak cakap apa. Diam diri lebih baik sebab aku memang tak patut disayangi sebab aku bukan baik dan suka tolong orang.

Take care!


Friday, June 25, 2010

Kenangan pahit

hati pecah...

Susah untuk buat orang faham tentang sesuatu perkara. Walaupun ianya mudah, tapi belum tentu ia akan memahamkan banyak orang.

Ada sesetengah perkara, kalau diungkit, ia akan meninggalkan menghidupkan bekas yang telah lama berparut. Cuba bayangkan jika kamu telah melupakan sesuatu perkara, kemudian ada pihak cuba mengingatkan kamu tentang ia, adakah kamu tidak akan rasa apa-apa? Betul, jika kita benar-benar telah melupakan kenangan pahit, jika diungkit sekali pun, kita tetap biasa, steady, tiada unfinished business. Tapi sekiranya masih tersimpan sedikit rasa tidak puas hati, ataupun sedikit unfinished business, kita akan berasa tidak selesa, mudah marah, dan cuba menyalahkan pihak yang mula mengungkitkan perkara tersebut.

Saya bukanlah jenis yang cepat lupa, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan tentang anda, kehidupan anda. Bagaimana sebelum ini hidup anda dieksploitasi, berbuat baik tapi tetap diambil kesempatan di atas kebaikan yang diberikan. Hidup sekarang membuatkan saya lebih berhati-hati, dalam segenap segi, kerana saya tidak mahu melalui perkara sama untuk kali kedua.

Jika kamu merasakan saya berkira, ye memang. Walaupun jauh disudut hati saya saya bukanlah jenis yang macam tu, malah saya akan berasa bersalah kerana kenangan pahit saya telah membuatkan saya berkira dengan anda. Malah saya menyalahkan diri saya kerana tentang perkara tersebut, membuatkan saya menjadi perengus, pemarah, baran dan semua sifat tidak baik terbit dalam diri saya.

Saya mohon maaf kerana kerana melibatkan anda dalam perkara ini. Maaf juga kerana tidak berjaya membuat anda faham. Jika anda mempunyai persepsi tidak baik tentang saya, saya tidak menyalahkan anda, kerana saya tahu saya tidak sesempurna mana.

Thursday, June 17, 2010

Di batas akhir senja

Telah lama kududuk tertegun
Merenungi dan menghayati semua
Di penghujung senja yang merah menguning
Hatiku gelisah resah tak menentu
Cinta kita berdua seperti dalam lamunan
Di batas akhir senja
Bahagia yang nyata seperti dalam lamunan
Di batas akhir senja

Wednesday, June 16, 2010

Menunggu pagi

Apa yang terjadi dengan hatiku
Kumasih disini menunggu pagi
Seakan letih tak menggangguku
Kumasih terjaga menunggu pagi

Tuesday, June 15, 2010

Jauh mimpiku

Pernah kusimpan jauh rasa ini
Berdua jalani cerita
Kau ciptakan mimpiku
Jujurku hanya sesalkan diriku
Kau ciptakan mimpiku
Dan itu hanya sesalkan diriku
Ku harus lepaskanmu
Melupakan senyummu
Semua tentangmu tentangku hanya harapku
Jauh ku jauh mimpiku dengan inginku

Monday, June 14, 2010

12 Jun 2010

11 Jun
Bab Satu
Apa perancangan masa depan ko?

Awak tahu tak soalan awak tu boleh buat saya berduka sepanjang hujung minggu?  Kalo awak jadi saya apa awak nak buat?

12 Jun
Bab Dua
Susahnya nak cakap jujur kan?

Kau akan pergi
Cuma cepat atau lambat
Kadang2 rasa macam waktu tu dah dekat
Walaupun sekerasnya menafikan
Dan hidup dalam berpura2 macam biasa
Tapi jauh di satu sudut
Jurangnya semakin besar
Dipujuk hati yang goyah
Moga2 kembali seperti dulu kala
Tidak berubah
Tapi hakikat payah diubah
Siapa yang tak mahu bahagia
Cuma bentuknya mungkin berbeza
Mudahnya perjalanan hidup orang
Mengapa susahnya hidup ini?
Mengapa makin dicapai makin jauh?
Mengapa susah nak bernoktah?
Mengapa tidak sama macam orang lain?
Mula menyalahkan takdir
Mula membanding diri
Maka dipujuk lagi hati yang goyah
Malah merancang untuk menjauh
Sebelum ditinggal jauh
Berdoa dalam hati
Moga impian terkabul
Seperti diharap
Bukan seperti dijangka...

Khayalan tingkat tinggi

Awal ku melihat
Kuyakin ini bukanlah yang biasa
Mengagumkan
Melemahkan aku melihat tatap matanya

Garis tawanya
Waktu berhenti apabila ku memandangnya
Mengagumkan
Melemahkan aku melihat tatap matanya

Khayalan ini setinggi-tingginya
Seindah-indahnya
Tepat ku memikirkannya

Bila ku dapat ku simpan wajahnya
Memegang indahnya
Berpura memilikinya

Yang kunanti saat memegang tangannya
Sampai nanti tetap memegang tangannya