aku tengah makan breakfast oat sekarang ni. kenapa? sebab aku nak kurus. kurus ke dengan makan oat? mungkin ye mungkin tak. tapi setakat ni hasilnya amat memuaskan. sebab dah turun sket. sket jela sebab aku baru start seminggu ok. takkan nak expect kurus keding kot kan... selain dari bebas kolestrol, oat ni bagus untul siapa yang nak diet. sebab bila ko makan pagi dalam kuantiti secawan, ia akan mengenyangkan perut anda sampaila tengah hari atau petang. tapi perut aku perut malaysia kan, so sampai tengah hari jela bertahan. bila part tengah hari tu mula la mengingau carik nasik ok. tapi ok la kan, sebab ko akan bertenaga, macam aku ni, bertenaga dari 8 pagi sampai 1 petang. so jam 1 tu aku akan makan benda lain contohnya nasi la, tapi amik dalam kuantiti sedikit ok. jangan la ko makan berpinggan2, tak de pekdahnya diet macam tu. so amik dalam satu senduk nasi ke. secawan nasi ke, aku amik semangkuk nasi la. agak2 la kan.
rasa oat ni, biasa je. sebab cara aku ialah oat secawan campur milo sesudu besar dan gula satu sudu kecik. terpulangla kan. sebab aku tak leh nak telan kalo oat ngan air je, or oat ngan susu je, mesti letak milo sket, buat pembangkit selera. gula letak la, kalo tak tawar sangat, mana best nak telan. tapi letak sket la, janganla secawan plak kan.
masa aku menulis ni pun aku tengah makan oat. bagus kan? walaupun amik masa nak habiskan, tapi slow2 la kan. kate nak diet.. rasa dia susah nak explain. ada orang suka, ada orang tak. bagi aku boleh la. sebab aku nak diet dan jaga kesihatan. huahuahuahauhau....
kalo xde oat aku akan makan bisku jacobs tu. aku makan yang original je, boleh je kalo ko nak makan hi-fibre ke, apa2 pun. tapi aku prefer yang biasa je. makan tu kuantiti biar berpada la. aku amik dalam 3-4 keping jela. dah cukup. jangan bantai setin plak. xde makna diet macam tu kan.
tapi tengah hari mesti makan nasi/sesuatu yang bersup macam mihun sup ke,tomyam sup ke. sebab perut aku perut malaysia. petang aku tak makan, if lapar sangat makan kuih je sebiji. tu je. malam aku tak makan langsung la. kawal2... kate nak diet. tapi buah ngan sayur boleh amik sepanjang masa ok.
exercise? aku buat kalo aku ingat dan ada masa. bagusnya ialah ko diet ngan exercise la. tapi terpulang pada individu. ni pandangan aku je. ok, babai..
Thursday, May 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment