Thursday, December 26, 2013

Dan kenapa?

Kenapa bila kita jumpa 'the right one', dia bukan untuk kita? Kenapa bila kita jumpa yang serasi, dia tetap bukan untuk kita? Kenapa bila kita jumpa seseorang yang akan membuatkan kita leka untuk berbual, terasa tidak jemu malah melindungi kita, dia bukan ditakdirkan untuk kita? Kenapa? Kenapa bila kita dah jumpa, dia sudah berpunya? atau telah ditanda? Kenapa lambat sangat kita jumpa? Kadang-kadang kita rasa hidup ini tak adil Kenapa kita tak jumpa dia dulu? Kenapa baru sekarang kita sedar pasal dia walaupun sebenarnya dia memang dah ada depan kita? Dan bila masa kita sedar, dia sudah dimiliki? Atau hanya kita saja yang tidak bertuah? Kenapa setiap masa kita tak bertuah? Bila kita jumpa 'the right one', dia bukan untuk kita? Habis tu sampai bila kita akan jumpa yang untuk kita? Susahnya nak jumpa yang serasi Tapi setiap kali jumpa, pasti bukan untuk kita Adakah kita sendiri tidak layak Untuk mendapat yang begitu rupa? Kita sedih Sebab kita lambat jumpa dia Dan bila kita jumpa Dia sudah jauh dari kita

Friday, November 01, 2013

Merenung bulan

Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih


Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan


Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan

Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan

Thursday, October 31, 2013

Journey through life

I never thought that I can make such decision. It seems like it just happen yesterday. But finally, I managed to get through it. Alhamdulillah. This couple years had teach me to be bold, strong and achievable. It leads me to pursue my dreams. "Shoot for the moon, even is I miss, I will be land among the stars".The end of a journey is just around the corner, and  a new journey is starts to begin.
 
 
End. 

Monday, July 22, 2013

puasa di perantauan

Beginilah nasib anak perantau. Tinggal berjauhan dari keluarga, makanan berbuka pun ala kadar sahaja. Kadang sedih pun ada apabila rakan-rakan berkongsi menu juadah bermacam-macam, dengan sentiasa berbuka bersama keluarga.

Tapi macam nilah nasib, bukan tak biasa. Semenjak tinggal di asrama pun dah biasa buka menu asrama, menu orang bujang.

Dah kerja pun sama je. Alahai.

Thursday, July 04, 2013

cakap bila perlu, diam bila patut

Minggu sibuk lagi. Kali ni dengan mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat. Aku bukanlah orang yang suka masuk meeting. Sebab aku tak suka menokok tambah, mengeluarkan idea, dan bercakap seperti seorang yang bijak pandai. Diam adalah yang terbaik. Sebab diam pun, kita buat bahagian kita, kita bukan pandai cakap jer...Dulu masa ada boss, selalu kene wakilkan dia masuk meeting, kadang-kadang rasa macam tak puas hati juga kenapalah kene masuk meeting, aku bukan reti nak cakap apa. Tapi, lama-kelamaan baru tahu niat dia sebenar. Dia nak pindah, so dia banyak suruh aku sebab nak aku belajar dari awal, jadi tak dela aku culture shock nanti. Sekarang? Tetap rasa tak best juga, tapi kene buat. Tapi memang suka diam, sebab rasa macam kalau lontarkan idea pun bukan ada orang kisah dan amik tahu. Lagipun, kata-kata generasi Y tidak sehebat X. Tiada bombastic. Ia straight to the point, ayat budak tak matang. But then, diam jelah. Lagipun aku bukan pandai bercakap, puji-memuji, haish. Kita nak buat macam-macam, but bila suarakan, ia disekat. Hello, tadi tanya, lainkali jangan tanya lah weh. So, itu juga boleh mematahkan semangat yang berkobar-kobar. Pengalaman dihalang, sekat, dipangkah, diattack, akan menyebabkan pelaku memilih untuk berdiam diri walaupun ada idea bernas sekalipun. Biarlah mereka yang bijak pandai menguruskannya. Ya, itu tanda kekecewaan, walaupun mulut seakan mahu memberi pandangan, ia terkunci di situ sahaja. Simpan. Diam.

Thursday, June 27, 2013

Dua cerita

Terperangkap dalam Lif

Ya, ia berlaku sebulan yang lepas. OMG. First time. Pengalamannya hanya Tuhan yang tahu. Moga2 tidak akan berulang lagi. Pada masa tu aku ada kursus di JB, di sebuah resort. Selesai program jam 11 malam, aku, rakan sebilik dan seorang urusetia mahu pulang ke apartment kami. Berjalan laju2 sebab dah malam, lagipun mengantuk teramat. Sanggup tak minum malam semata2 mahu sampai awal ke bilik. Alih2 terperangkap dekat 15 minit. Mujur ada line telefon, dapatlah aku call urusetia lain. Huhu. Nak dijadikan cerita, akak urusetia dan rakan sebilik aku dah start panic dan bising2. Siapa yang tak bising dan takut. Tengok cerita dalam movie, terperangkap sampai kehabisan oksigen.OMG. Aku pun dah start membayangkan macam2. Yang aku paling tak boleh lupa, akak urusetia bertanya aku apa yang patut dilakukan, minta kaunseling. OMG, kaunseling dalam lif jam 11 malam? Jawapan aku, " Kak, tarik nafas, bertenang, jangan gelabah, tarik nafas, tenang". Aku sendiri tak sangka aku mampu control kedua mereka, Tuhan je yang tahu betapa cuaknya aku masa tu. Mujur ia hanya berlaku 15 minit, kami tiada mengalami masalah bernafas, dan dapat diselamatkan. Alhamdulillah.
 
 
RISDA
 
Semalam selesai berkongsi ilmu dengan makcik2 ushawan kecil-kecilan. Ya, makcik2 memang sporting.

Wednesday, June 26, 2013

ingatan mesra

bila bersama orang bermotivasi, kita pun turut termotivasi
bila bersama orang yang tiada motivasi, kita pun turut hilang motivasi
berkawan berpada-pada

hidup ini rumit
pada yang merumitkan
hidup ini ringkas
pada yang meringkaskan
terpulang pada diri sendiri menentukan

kerja banyak bila ditanguh
padahal bebannya tidak seberapa
jika ikut perancangan sebenar

bila tiada kerja tidak mencari kerja
mood honenymoon sepanjang masa
payahnya mencari yang tiada kerja tetapi mencari kerja
bukan tunggu kerja datang bergolek didepannya


sendiri fikirlah
gaji bulan-bulan yang didapati
berbaloikah dengan kerja yang dibuat?

Thursday, June 20, 2013

dunia

Minggu ni terasa minggu yang amat sibuk dan padat. Dengan komitmen kerja dan tugas di luar kerja hakiki, maka ia memadatkan lagi.Ye, semua orang sibuk, aku tahu, bukan aku je yang sibuk, okey.

Baru balik dari berkursus. Konon mahu retreat dan fresh minda. Tapi, ia menyesakkan lagi. Keliru dengan tugasan yang pelbagai. Multitasking. Yup, kami buat semua, dari kuli sampai jadi bos, kata multitasking. Suruh fotostat, angkut kertas 14 berim-rim, laminate, shred paper? Beres, jadi penceramah dan bagi arahan pun boleh. Kata multitasking, campak saja semua, bias di beresi.

Waduh. Pening den, bila disuruh expose berlebihan. Katanya, "walaupun program kecil, tapi biar promosi lebih, buat besar-besaran biar satu dunia tahu", ok aku telah menokok tambah ayat satu dunia tu, tapi pointnya adalah biasa semua tahu kita buat program. Fine, aku dahla jenis mulut diam, tak suka expose. Tapi kene suruh plak macam tu, ianya bukan aku. Dilema.

Satu lagi, baru pas belajar dalam The Apprentice, " It is ok to talk, sometimes, and not just doing". Jadi, aku tak boleh terus buat kerja je, diam dan kerja, tapi kene lebihkan cakap. Nampak gaya kena tukar personalitilah lepas ni, cakap harus gempaq, buat kerja jatuh no.2.

Dunia-dunia.

Thursday, June 06, 2013

terima cabaran

Pagi tadi baru saja menyuarakan keinginan untuk mengubah angina. Alih-alih dapat offer untuk satu task yang mencabar. Mencabar bagi saya kerana mana mungkin saya mampu untuk selesaikan tugas berkenaan. Perlu ada keberanian dan ilmu penuh didada. Hmm...
 
Hmm lagi. Berfikir berpuluh kali, amik ke tak nak. Kalau terima, ia satu cabaran dan pengalaman baru. Sampai bila saya mahu buat kerja sama sahaja, berurusan dengan golongan sama je. Ia bagus untuk saya pertingkatkan diri dan kepakaran, ia benar-benar mencabar menghadapi golongan senior. Tolak? Ya, saya kurang berkeyakinan, takut dikata cakap tak serupa bikin. Saya juga juga manusia biasa, tapi kita melihat dari sudut dan perspektif berbeza. Yang penting amalan, amalkan atau dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aishh...
 
Risau? Sudah tentu, bila saya tanya pandangan rakan seangkatan, semuanya memberikan respon negatif. Katanya "Jika tidak tahu, jangan buat". Ya, benar, ilmu saya masih belum sampai tahap 'dewa', usia saya terlalu 'muda' untuk bercakap perihal itu, saya masih setahun jagung. Tapi, sampai bila kita mahu jadi macam ni saja? So-so?
 
Tanya pula pada rakan baik, "Terima, inilah peluang untuk improve diri, tingkatkan expertise". Ya, mereka bukan di bidang saya, tapi galakan mereka positif. Masih ada masa untuk saya buat homework pasal ni.
 
Saya perlukan cabaran, saya dah bosan buat perkara sama.

Khamis

Minggu ni minggu orientasi pelajar, walaupun aku tak terlibat secara langsung, aku masih terlibat menjadi AJK. Yup, nama saja AJK, tapi ianya bukanlah sehebat mana. Ya, aku merasakan kerjaya aku makin merudum,  malah suam-suam kuku sahaja.

Bukan aku tak bersyukur, tapi rasanya aku perlukan suasana baru, tempat baru, aku berkira-kira mahu memohon pindah, tapi banyak faktor pula yang muncul, masalah, den poning.

Aku sendiri tak tahu apa yang aku mahukan, pencapaian bagaimana yang aku mahu atau anjakan macam mana. Tapi aku tahu keseronokan itu makin lama makin pudar tak seperti awal-awal dulu.

Ya, aku tak pandai berkomunikasi, malah tak pandai ambil hati, malah tak pandai expose kan diri. Aku tak suka cakap banyak, kerja tarak, aku lebih suka buat kerja, diam-diam. Ya, itu kelemahan aku, tidak pandai glemerkan diri. Apatah lagi bermanis mulut, puji-pujian dan seangkatan dengannya. Mulut ini berat untuk mengukir senyum atau mengangguk dan mengganggap semua betul, yes, dan yes. Malah ekspresi muka bengang, tak puas hati, menyampah lebih terserlah tatkala aku tak suka tanpa perlu disorok-sorok. Ish, susahnya menjadi plastik. Sopan-santun dalam senyuman manis sukar muncul di wajah aku.

Menonton The Apprentice Asia bersama Encik Tony, masih-masih terngiang-ngiang ayat beliau, "dalam bisnes akan ada 'kekejaman', kita akan buat apa saja untuk menang". Itu dalam bisnes. Realitinya, ia ada di mana-mana.

Monday, June 03, 2013

tolonglah buat kerja betul-betul

Hari ini bukan in the good mood. Why? Wat happen?

Oh ya, kepenatan teramat sangat. Drive memanjang, masa dihabiskan atas jalan. Urusan 3 jam, tetapi memandu 6 jam. bagus.

Itu satu hal.

Hal lain, rasanya hari ni patut uruskan perihal kerja dan duit. Ish, bila orang tu cuti, semua orang tak tahu dokumen tu dengan siapa. Hello, kata multitasking. Berapi je hati aku pagi ni. Menyebabkan apa yang dirancang habis tergendala. Teruknya service. Saya pun kerja juga, tapi bila cuti walaupun saya cuti atau outstation, saya masih follow-up. Jika tak penting tak apa. Tapi ini menyusahkan orang OK!
Aku dahla tengah tak de duit sekarang ni weh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 28, 2013

homesick

Homesick. Itulah yang aku rasa sekarang. Terasa mahu memohon pindah balik ke kampung halaman. Ia lebih mudah. Setiap hari boleh berulang-alik dari rumah. Tapi ia mungkin juga mustahil melainkan kampus di Kelantan ditambah cawangannya. Ish...semua yang ada di cawangan sedia ada adalah rakyat tegar Kelantan, atau yang berkahwin dengan orang Kelantan. Jadi, peluang aku hanyalah sekiranya kampus baru dibuka. Huhuhuhu. Tapi aku yakin dengan ketentuan-Nya.
 
Sejak remaja aku dah terbiasa tinggal jauh dari keluarga. Semenjak Tingkatan 4. Mungkin semasa sekolah, matrik dan universiti, rasa homesick tidak terasa sangat. Tapi bila bekerja, ia terserlah. Setiap masa rasa mahu balik ke kampung. Tenang dan tak perlu fikir pasal kerja.
 
Beruntung sesiapa yang dapat kerja dan dekat dengan keluarga. Setiap minggu boleh balik ke rumah. Aku perlu memandu sejauh 8-9 jam untuk tiba di rumah.
 
Aku bukan jenis yang suka keluar bersosial. Ya, aku introvert. Aku bergaul dengan mereka yang benar-benar rapat. Bukan tidak peramah, cuma aku lebih selesa bersendirian dan menghabiskan masa dengan ahli keluarga. Mujur ada kakak aku yang tinggal di Negeri Sembilan, bolehlah aku balik ke rumahnya dan habiskan masa di sana.
 
Esok aku akan berkursus. 3 hari. Jauh dari hiruk-pikuk kerja. Ok, bye.

Monday, May 27, 2013

rezeki

Alhamdulillah, aku panjatkan syukur menerima rezeki yang tidak terjangka. Keputusan yang aku buat setahun lepas rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya. Walaupun berhempas pulas, mengeluarkan wang ringgit, meluang masa dan tenaga, tanpa disangka-sangka ada rezeki yang Allah aturkan untuk aku. Walaupun tanpa diminta, syukur sangat-sangat. Semoga menjadi pemangkin untuk aku terus berusaha lebih gigih. Walaupun terasa sedikit tekanan kerana terpaksa mengekalkan sebaik mungkin, tapi aku akan usaha bersungguh-sungguh, kerana aku yang memilih jalan ini. Semoga tindakan aku diberkati Allah, semoga dicelikkan akal, dimudahkan pemahaman, dan dilancarkan segala urusan berkaitannya. Semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya, insyaAllah.

Thursday, May 23, 2013

J O D O H

Jodoh.
Ia bukan perkara mudah. Ada orang kenal sekejap, terus kahwin. Ada orang kenal bertahun-tahun, baru kahwin. Ada orang kenal pandang pertama, terus kahwin. Ada orang kawan berpuluh tahun, akhirnya tiada jodoh. Ia tidak semudah disangka.

Meniti usia akhir 20-an membuatkan isu jodoh menjadi-jadi. Tidak 'laku' kah? Tiada orang berminat kah? Memilih sangat kot. Bila lagi? Ish...

Ia bukan urusan semudah meng'order' makanan. 'Order' terus dapat. Kalaulah semudah itu. Yang di 'order' belum tentu sedap, entah-entah indah khabar dari rupa. Luar nampak elok,dalaman belum pasti.

Ada orang diam-diam ubi, tiba-tiba kahwin. Bila masa bercinta?

Ada orang bercinta bagai nak 'rak' akhirnya putus juga. Bercinta 'expose' sehabis mungkin, akhirnya berkahwin dengan orang lain. Ia di luar kemampuan jangkaan.

Bila usia makin berusia, bila pendidikan makin tinggi, bila kerjaya makin kukuh, maka satu penanda aras diletakkan- ciri-ciri jodoh idaman. Selagi belum jumpa seperti yang disenaraikan, maka belum ada jodoh. Macam-macam.

Jodoh.
Kadang-kadang kita rasa kita telah bertemu, tetapi milik orang. Tiada jodoh.

Jodoh,
Bila kita bertemu, hati tidak pasti sama ada benarkah itu jodoh kita. Keliru.

Jodoh. Ia terlalu subjektif. Panjatkan doa. Lambat atau cepat. Semuanya urusan-Nya.

Wednesday, April 17, 2013

seperti dulu

dah lama tak update blog
serius, aku bukan jenis yang suka update
dulu mungkin rajin, tapi kebelakangan ni banyak benar kerjanya
kerja peribadi dan kerja hakiki
akaun FB pun jarang benar update
instagram apatah lagi
malas sungguh
lebih suka menjelajah blog orang lain
lebih suka baca status FB orang lain
tak suka sharing pasal sendiri

lastweek memang sangat sibuk
sampai terpaksa amik cuti
menguruskan perihal diri
nak tengok tv pun xde masa

minggu ni banyak pulak keluar
outdoor
bagus juga
tak jenguk pejabat

minggu ni jugakla ada orang ajak aku bergaduh
penat la
penat nak memikirkan perihal orang yang tak nak fikir pasal aku
penat nak ulang banyak kali
penat
penat nak uruskan pasal orang yang memang ada ramai orang lain

lebih baik bawa diri
jauh-jauh
sebab tak ada orang akan faham
pasal aku
sebab tak ada orang nak amik tahu seperti dulu

Friday, February 22, 2013

welcome to my life

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Do you ever wanna run away?
Like somehow you just don’t belong
And no one understands you

No you don’t know what it’s like
When nothing feels all right
You don’t know what it’s like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you’re down
To feel like you’ve been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one’s there to save you
No you don’t know what it’s like
Welcome to my life

lambat atau cepat

ia suatu perasaan aneh
pelik
terasa sedih tapi tak mampu menangis
sebak tapi ditahan-tahan
agar air mata tidak jatuh

sudah penat memikirkan nasib
yang melukut di tepi gantang
sukar mahu meluahkan
kerana sudah pasti tidak akan ada yang benar-benar memahami
dipendam-pendam jauh ke dalam

terasa mahu bercakap
tapi mulut umpama dijahit
bimbang jika kata-kata sendiri
boleh mengguris hati sendiri

teringin berkongsi cerita
apa yang di rasa
apa yang di lalui
tapi tetap tidak mampu
kerana tahu tidak akan ada yang benar-benar memahami

menerima nasib diri
kerana sudah tiba masa
akan ditinggalkan
hanya yang membezakan
LAMBAT atau CEPAT sahaja
sudah pasti akan ditinggalkan

Wednesday, February 20, 2013

kekalahan

aku jenis yang tak boleh terima kekalahan
maksud aku, dari segi peribadi
kalau kalah pertandingan 5S
atau pun kualiti
tak de masalah
sebab memang aku tak minat sangat

tapi dari segi belajar, kerjaya dan peribadi
bila aku aim pada sesuatu
dan tidak dapat
ia membuatkan aku kecewa
kecewa kerana kelemahan diri
kecewa kerana aku tidak cukup berusaha
kecewa kerana aku tidak bersungguh2
adakalanya memang sudah tertulis bukan rezeki kita
tapi ia ambil masa
untuk menerima
kekalahan ini

Friday, February 15, 2013

kuala lumpur

tak suka
sebab jem, jalan pusing2
bagi aku yang tak terer drive ni, ia satu masalah
apatah lagi kalau setiap minggu nak kena ulang alik ke sana

Thursday, January 31, 2013

selsema dan kerja kuat

oh, tanda-tanda selsema mula menjelma
bilik office sejuk sangat, tiba-tiba bila keluar office panas sangat
badan terkejut dengan suhu yang berubah secara mendadak

hujung minggu ni bekerja kuat
sehingga bulan Mac
oh, macam mana ni?
every weekend kena kerja ni
huhuhuhu

Wednesday, January 30, 2013

b e n c i

aku memang tak suka membenci orang. ia perasaan yang tidak sihat mahu pun elok untuk diri sendiri. bila emosi negatif menyelubungi, ia membuatkan perasaan tidak tenteram. walaupun benci itu bukan sebab kesalahan diri sendiri, tapi orang lain, bila kita mula rasa sakit hati, menyampah dan mula membenci, ianya menyakitkan. aku cuba untuk elak, walaupun tak suka. ia bukan yang aku suka. walau pun mulut cakap benci, perasaan mungkin tak cakap macam tu.

try to avoid this. jangan benci orang. sebab tak ada faedah pun. walau pun orang buat jahat pada kita. just let it go. of course lah kita rasa marah, tapi marah sampai bila, nak pula bila hati jenis lembut.

tapi, satu benda that you need to know. it is easy to forgive, but not to forget. cuma belum sampai tahap dendam lah. ai yoo, dendam pun tak bagus juga untuk health. so? it is a learning and coping process. i just need time to adjust it.

Ya Allah, hope for the best.

Tuesday, January 29, 2013

bila ada kepentingan

hari ni nak bercerita mengenai kawan yang suka wujud bila ada kepentingan
oh, wujud
datang bila perlukan sesuatu
bila nak kan sesuatu
atau bila dah tiada pilihan
tak rasa bersalah ke
orang ada di sisi kamu bila kamu perlukan
tapi kamu hidup dengan dunia kamu
wujud bila ada kepentingan

Tuesday, January 22, 2013

outstation

yup, banyak keluar dari pejabat bulan ni. bagi diriku yang suka duduk rumah, keluar lebih dari 4 kali di kira banyak. aku berputar2 dari timur ke selatan. awal bulan dari timur, kemudian ke selatan, dan selatan lagi, dan barat daya. okeh, aku main letak barat daya tuh, geografi aku failed.

penat? of course lah, aku kan perumah. duk umah je keje aku. suka. sebab boleh layan tengok cerita-cerita yang tak disempat di tengok kat tv. bila banyak keluar ni, aku pun malas. sebab aku kan perumah. perumah mesti suka duk rumah aje.

hujung minggu ni keluar lagi lah. uwaaaa....

Thursday, January 17, 2013

khabar gembira

alhamdulillah, sekurang-kurang hidup aku tidak semendung sebelum ni. dapat juga jemputan ceramah luar kat sekolah. takut pun ada sebab takut tak mencapai ekspektasi pihak sekolah. banyak nak kena prepare bahan ni. huhuhuhu

Wednesday, January 16, 2013

jangan putus asa

When you start giving up, you start falling down...

alhamdulillah, mujur minda aku masih boleh berfikiran positif. mujurlah aku termotivasi pagi. kadang-kadang kita perlukan kata-kata hikmah seperti di atas. supaya kita boleh buat penambahbaikan minda.

ok, aku sepatutnya tak boleh putus asa. baru terjatuh sikit sudah mula kecewa teramat. biasalah tu gagal. betul, tapi kebiasaannya itu jarang berlaku. ok, aku yang gelabah lebih. mesti ada penyelesaian kan?

Ya Allah, permudahkan lah urusan aku, semoga semuanya berjalan lancar, baik dari segi kerja, mahu pun peribadi.

harap-harap Allah permudahkan segalanya. setiap kesulitan mesti ada penyelesaian.

Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati dan mindaku, Kau berikanlah aku petunjuk terbaik dalam dalam menyelesaikan kesulitan ini

Semoga aku tidak terus jatuh gedebuk lagi selepas ini. Amin..

kegagalan

banyak betul dugaan tahun ini
kegagalan demi kegagalan

Friday, January 04, 2013

tudung mahal tudung murah

selamat tahun baru 2013
tahun ni sama je macam tahun2 sebelum ni

oh, nak ceriter pasal tudung, apa komen kamu bila orang macam nak memperlekehkan kita pasal tudung? yelah, sekarang kan sibuk tudung fareeda bagai, yang harga ratus2 tuh. kakak aku pun ada pakai, tapi aku tak la. nak dijadikan cerita, ada hamba Allah yang agak obses dengan tudung mahal ini. yelah, tudung mahal kot, aku pakai tudung murah jek... sob..sob...sob. siap tunjuk2, puji2 tudung mahal dia, sebab masa tu aku pakai tudung murah. ok, fine. sebenarnya, aku telah cuba memakai tudung mahal tersebut, tapi nampak kurang sesuai dan tidak terletak kat muka aku. buat mukaku makin nampak tua 10 tahun dan mempunyai anak 4. so, untuk yang dah kahwin sesuailah kot. even my mum and sis pun cakap benda yang sama. tak sesuai lagi sekarang. so bukan masalah duit ok. tapi bila fikir balik, pakai baju harga rm 30-50, tudung rm200++, macam kureng ajo. so, nak dijadikan cerita, aku selesa dengan tudung murah, yang penting duit ratus2 tu aku nak beli barang kemas emas banyak2.