minggu ini adalah minggu yang teramat sibuk. kerana pelajar2 intake baru dip dah mula mendaftar. hujung minggu ni pelajar lama plak. walaupun aku tak terlibat sepenuhnya dengan pendaftaran, tapi aku terlibat dengan orientasi. di tambah pula dengan beberapa hari sebelum pendaftaran tu aku bercuti ke kelantan dan cameron. dah lama tak naik bas, terasa kepenatannya apabila seat bas tu tak boleh nak adjust. hello, sakit pinggang masih terasa sampai ke hari ni. bukan tak nak drive dan bawa saga, tapi sebab kejap sangat cutinye.
saat2 ni aku terasa aku sangat2 perlukan sokongan moral dan bantuan kerja. terasa seperti sekeliling ni penuh beban dan menyesakkan otak. aku tak faham kenapa sekeliling tak boleh ikut rentak aku. or aku yang perlu ubah diri dan mengikut? sampai satu tahap, aku dah rasa tak boleh nak menangis, walaupun sekurang2nya ia boleh melegakan keadaan, tapi kali ni tak. terasa suara aku tersekat dikerongkong, tak boleh bersuara, air mata tersekat di kelopak mata, tak mampu nak menangis pun.
terasa amat penat sangat. dengan masa tak mencukupi, dengan ragam yang lembap, sampai tak tahu nak handle macam mana.
aku perlu cari golden key aku untuk atasi sume ni. mungkin juga aku perlukan wisdom box... atau pun apa2 kit yang sesuai, atau pun Yes-No medallion? bagila apa2 kit pun, memang perlu courage stick dan detective hat right now.
Thursday, June 07, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment