Tuesday, September 18, 2012

Bad mood

Aktiviti menulis blog bukan lagi pilihan aku. Kadang-kadang blog ini ber'update', kadang-kadang tidak. Jarak antara satu entri ke satu entri dikemaskini sendiri menunjukkan betapa malasnya aku mahu menulis. Ok, malas dan tidak tahu apa yang mahu ditulis.

Cuma hari ini terlintas untuk update memandangkan aku dah tak tahu nak lepaskan kemarahan aku. Marah? Ya, aku patut marah pada diri sendiri. Benci! Sebabnya aku melakukan perkara 'bangang' dan cuai dengan tanggungjawab sendiri. Hakikatnya ia memakan diri sendiri. Macamanalah aku boleh terlupa? Selama ni aku yang duk remind orang. Kali kena kat batang hidung sendiri. Rasa macam nak menyumpah diri sendiri!!!!!

Lagi pun, aku rasa tahun ni tahun paling teruk bagi aku. Semua berjalan kurang lancar.

No comments:

Post a Comment