haha, baru menerima sebiji handbag untuk diri sendiri. dari tettt... of coursela dari diri sendiri jugak sempena besday yang dah lama berlalu bulan lepas. kenapa beli handbag walaupun sembonia masih elok? sebabnya kalo tak beli, mesti akan habiskan untuk benda yang tak berfaedah yang tak nampak. so baik grab sesuatu yang real. hohoho... jangan risau, sembonia tetap di hati, dan di hati. selalu.
aku bersyukur kerana sejak dari kecil, jika nak sesuatu, masih mampu untuk guna bajet sendiri untuk dapatkan. sebab aku bukan dari keluarga berada. ingat lagi masa kecik dulu, eh..tak kecik sangat sebab masa tu dah PMR, jadi kumpul duit poket gi sekolah (sanggup tak makan time rehat) untuk beli walkman sony. oh, masa tu tak tau kenapa nak ada walkman, dah lupa reason beli, tapi yang aku ingat, ia menjadi pinjaman rakan2 sebab tak keje nak buat after PMR (gi sekolah tapi duk melepak kat hall..). ingat lagi, pakai baju kurung biru (pengawas lah i), pastu tebuk lubang kat poket baju, sebab nak letak walkman dalam poket baju kurung, masukkan wayar dia dalam lubang, pastu earphone,ditutupi oleh tudung biru. oh, cikgu2 tak tahu..
bila nak masuk U, beli sendiri handphone 3310 yang tengah glemer sangat time tu. dengan simcard maxis harga RM80. pakai no tu sampai sekarang. setia lah konon. beli handphone pun sebab nak belajar jauh, kene lalu laut china selatan. kalo tak, confirm xde handphone. sebab handphone bukan murah macam sekarang ye adik2. lepas tu tukar2 handphone guna duit PTPTN, hihihihi...beli laptop juga... tapi combine dengan duit bonda sebab masa tu nak sangat encik BENQ warna biru ada lekuk2..cantik masa tu sampai termimpi2..
bila dah keje, beli kereta pinjam duit bank rakyat.. mesti pilih, oh, bulan2 bayar sendiri guna duit gaji. tak de harapan nak guna duit ayah bonda time tu sebab fama kan tak keje. kumpul2 duit gaji beberapa bulan baru beli kereta. tu pun berdikari. ok..dah melalut ke cerita dulu kala.
oh, to my handbag, welcome to our family. kehkehkeh.
Friday, May 25, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment