oh.. shopping, salah satu perkara yang saya suka buat. sebab boleh buat saya rasa gembira. terutama bila beli handbag. huahuahua.. tapi kali ni tak beli handbag pun. beli kain pasang.
pagi tu breakfast kat muar, makan mee bandung, sate, nasi goreng ayam dan mihun soto. oh, aku tak makan sume, tu menu kami la sekeluarga. pastu odw balik singgah kedai emas beli rantai tangan. pun bukan aku beli tapi kakak aku beli sebab harga emas masa tu RM167, murah ek?
balik dari muar pergi jakel temankan kakak aku beli kain untuk dia dan keluarga dia. owh, sangat teruja teruma bila melihat kain yang harga RM98 semeter. semeter ok. kali la plak ngan 4 meter. hohoho. tapi tak beli pun sebab belum sampai level nak pakai kain macam tu. baik aku beli cincin emas. so just beli kain untuk cikgu-cikgi sekolah kakak aku, beli baju raya anak2 dia. so sempat belikan sepasang jela kain untuk diri sendiri tu pun ditaja oleh kakakku. termimpi2 plak kain RM98 semeter tu. bak kate jurujual tu, if beli ni, aku jela pakai kain ni kat sini, huahuahua. tapi tak beli ok walau pun duk dalam jakel tu 2 jam lebih. pastu jumpa bos jakel minta diskaun. hahaha, boleh la sket kurang harga. xsia2 tebalkan muka.
pastu g nirvana beli lauk pauk untuk masak makan malam sebab dalam freezer rumah aku tu memang xde stok ok. yela, i kan bujang, setakat telur dan sardin tu ada la. oh ye, memandangkan dah lambat sangat, dan anak2 kat rumah dah kebulur, maka abang ipar aku dengan jayanya memasak nasi dan goreng telur untuk anak2 dia alas perut sebab kitorg keluar rumah dari jam 3 petang, kul 8.30 malam baru balik rumah, tu setakat g segamat je pun. bila balik rumah, kak long dah bebel2 cakap diorang kebulur dah. hahaha, bagus sungguh ibumu dan cik su mu kan bila g shopping. balik rumah prepare dinner. setakat ayam goreng kunyit, ikan goreng, ikan masin goreng, sambal kicap dan sayur cendawan tumis. terbaik la. makan plak ngan ulam pucuk misai kucing.
oh ye, lupa, singgah jap kedai hp beli hp kakak aku- galaxy y. hohoho. tu yang lama tu, sebab tunggu tokey tu install segala bagai. wah, sangat sibuk hujung minggu aku.
Monday, May 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment