Friday, May 29, 2009

Memberi dan menerima

Memberi dan menerima. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Kata orang jika kita berbuat baik pada orang pasti akan mendapat balasan yang baik juga. Tapi andai kita berbuat baik tapi masih di balas jahat atau yang tidak baik macam mana pula? Ah, buat baik berpada-pada tapi buat jahat jangan sekali. Fikirkan sejenak, setiap kali kita berbuat baik, adakah kita mengharapkan balasan sebenarnya? Memberi dan menerima tanpa syarat... tanpa mengharapkan balasan, bukankah itu yang lebih baik?

Tuesday, May 26, 2009

Mungkin nanti ada kasih...

Sunyinya tidak berteman, carilah selagi bersemangat...

Saya terpanggil untuk menulis entri ini setelah menerima panggilan telefon daripada seorang kawan, kawan baik saya semenjak di bangku sekolah lagi. Perbualan malam tu sangat menarik. Isu jodoh (ahh..balik-balik isu yang sama, hmm).

Kawan saya ni bukanlah tidak cantik, menarik, sedap mata memandang, tidak pernah bercinta dan memiliki budi pekerti yang baik. Jika saya adalah lelaki saya tidak akan teragak-agak untuk mengambilnya sebagai suri. Dia menyatakan kerisauan kerana masih belum berpunya. Ibu bapa di rumah tak usah cerita. Kadang-kadang sudah naik lali setiap kali bertemu sanak saudara yang tidak putus bertanya, ”Bila hendak kahwin?”...

Saya tersenyum. Memahami? (mungkin)... Memang sunyi tidak berteman. Lebih-lebih lagi kawan saya ini bukanlah jenis workaholic, juga bukan jenis bersosial. Banyak masa dihabiskan di rumah. Apabila usia meningkat, punya harta dan kerjaya tapi masih hidup keseorangan, sudah tentu ia terkesan di dalam hidupnya.

Zaman sekarang mungkin tidak sama macam zaman dahulu. Saya ambil contoh kisah ibu saya sendiri, berkahwin di usia 13 tahun, memiliki anak pertama di usia 14 tahun, ish. Jika dibandingkan dengan keadaan sekarang, usia 13 tahun itu saya habiskan di sekolah, masih di Tingkatan 1, alahai...

Kenapa zaman sekarang wanita lambat kahwin? Takut? Berhati-hati? Belum lagi berjumpa dengan Mr. Right? Risau pengalaman lama berulang? Rasa-rasanya macam-macam jawapan yang boleh kita dengar. Tepuk dada tanya minda. Wanita sekarang mungkin tidak sama macam wanita zaman dulu. Wanita dulu mengelek anak, wanita sekarang mengelek briefcase. Mungkin kerana fenomena wanita sekarang kebanyakannya lebih berpendidikan, lebih berkerjaya, pendek kata banyak yang lebih la, mungkin kerana itu lelaki merasa sedikit rendah diri untuk mendekati wanita seperti ini. Tapi, hendak seribu daya bukan?

Saya tamatkan perbualan malam itu dengan memintanya memperbanyakkan berdoa. Dan jangan lupa untuk mencari kerana jodoh tidak hanya datang bergolek depan mata. Carilah selagi bersemangat. Mungkin nanti ada kasih menanti untuknya.

Wanita itu diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah. Bukan daripada rusuk tubuh untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu dibahagian dada dan berdekatan dengan tangan. Bermakna perlunya tangan untuk membela dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang.

Wallahualam.

Monday, May 25, 2009

Jatuh tangga II

Hari ni saya mencuba memakai kasut bertumit tinggi. Tidaklah tinggi mana pun saya kira, agak-agak dalam 2 ½ inci mungkin, hehe. Setelah insiden jatuh tangga tempoh hari, buku lali saya mengalami sedikit kecederaan, sekarang pun masih terasa sakitnya, tapi hari ini hati saya ingin mencuba memakai heels. Akibatnya, sakitnya masih terasa, menusuk-nusuk je buku lali ni, sengal semacam je. Sebenarnya, sepanjang hujung minggu lepas saya hanya terbaring di katil, sengalnya buku lali kaki terasa sampai ke lutut. Saya tak tahu kenapa. Rasanya insiden jatuh tu tak lah seteruk mana. Nampaknya terpaksalah saya balik menukar kasut hari ni, dan pergi mengurut hujung minggu ni, hmm :(

Friday, May 22, 2009

Melukut di tepi gantang II

Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan...

Sedih pula dengar lagu Aisyah ni, mendalam maksudnya, mungkin menceritakan perihal dalam konteks percintaan. Tapi peribahasa ini boleh diguna pakai dalam semua sudut, mungkin dari konteks persahabatan, pekerjaan atau pun kehidupan. Kaya sungguh peribahasa orang zaman dulu, macam mana la mereka terfikir untuk mencipta peribahasa ni ek? Dulu saya ingatkan melukut ni perbuatan, tapi masa di universiti pensyarah saya kata melukut ni sejenis tumbuhan, jadinya melukut di tepi gantang ni tumbuhan kecil, sangat kecil yang duduk bertenggek kat tepi gantang tu la, lebih kurang macam tu lah kot penerangannya.

Gantang = suatu alat sukatan lama, alat yang digunakan untuk menyukat (biasanya beras)
Melukut = Melukut atau lemukut ialah pecahan-pecahan beras yang halus, hujung beras
Melukut di tepi gantang = sesuatu yang tidak dihargakan sangat

Kadang-kadang saya pun diibaratkan seperti melukut, ada atau tiada sama sahaja, tiada erti. Keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. Huhu...

Buah embacang masak serangkai
Burung dekut meniti batang
Saya dagang tidak terpakai
Macam melukut di tepi gantang

Thursday, May 21, 2009

Jatuh tangga

Pagi tadi, jam 12 tengah malam (lebih kurangla), nak dijadikan cerita, saya jatuh tangga, terseliuh, uwaa, dan hari ni, kaki saya bengkak, huhuhu. Tapi masih boleh berjalan lagi la, walau pun sedikit terhenjut-henjut. Semalam, setelah siap menyemak kad aktiviti pelajar di rumah kawan, saya dan housemate pun bergegas pulang. Kami masing-masing membawa dua kotak yang berisi kad, kotak tu bukanlah berat mana pun, cuma mungkin sebab suasana gelap dan saya tak nampak anak tangga, maka jatuhla saya, gedebuk! Adoi..mahu menangis je rasa, tapi masih boleh kontrol cun.

Dah lama sebenarnya tak jatuh, sejak masuk kerja inilah kali kedua. Kali pertama semasa treasure hunt teambuilding. Masa zaman belajar kat U tak usah cakapla, banyak kali la juga. Jatuh depan fakulti (malu, nasib baik tak ramai orang), jatuh depan pos pengawal (kaki masuk lubang, ish, dalam banyak-banyak kaki yang lalu-lalang, kaki saya juga la yang masuk, ish...) dan yang lain-lain tak ingat sangat dah, huhuhu... Masa di tempat praktikal lagi teruk, jatuh terduduk depan staf luar yang datang berkunjung ke pejabat saya masa tu, kebetulan lantai tu baru lepas di cuci, dah ada tulis lantai basah, tapi tu la, nak dijadikan cerita, saya tak ternampak pula papan tanda tu, uwaaa...

Jatuh dan saya ni ibarat tak boleh berpisah, akan berlaku di mana-mana. Tapi kali ni paling teruk, sebab saya dah rasa sakit dan kaki membengkak. Semalam kawan saya dah urutkan. Saya paling tak suka minyak panas atau minyak gosok dan juga sesi mengurut, huhuhu... Tak suka, tak suka..jatuh pun tak suka juga (T_T)

Wednesday, May 20, 2009

Melukut di tepi gantang

Saya paling bencikan perpisahan. Memang setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Tanpa perpisahan tidak akan berlaku pertemuan. Itulah yang dinamakan kehidupan. Yang datang pasti pergi, yang pergi tak semestinya tak akan kembali. Tapi saya tetap tidak sukakannya. Ia menyakitkan.

Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan...

Tuesday, May 19, 2009

S.E.P.I

Aku melihat bulan

Sepi...

Aku melihat bintang

Sepi...

Aku melihat diri

Sendiri...

Dan aku melihat dia

Pergi...

Monday, May 18, 2009

Lost in the middle of nowhere

Bahagian I

Saya betul-betul tiada mood minggu ni. Banyak termenung dari bertindak. Memikirkan perjalanan hidup. Dua hari lepas saya bertemu seorang kawan. Kawan ke? Mungkin tidak sebab dia tak pernah menganggap saya sebagai kawan pun, apatah lagi insan penting, jauh panggang dari api. Atau saya ini musuh? Yang pasti, dia bukan kawan, bukan musuh, dan juga bukan teman istimewa, entahla, mungkin sekadar kenalan walaupun dah hampir sedekad kami kenal. Ah, manusia, berubah juga akhirnya.

Banyak cerita yang kami kongsikan, tak faham betul dengan perangai dia, kejap baik sangat, kejap baran sangat, entah, unpredictable. Tapi bercakap dengan dia membuatkan saya celik hati, dan celik akal mungkin. Rupa-rupanya saya ni sekadar pandai bercakap, tapi tidak reti bertindak. Lain pula dengan dia, diam tapi berperancangan, ada hasil. Cemburukah saya? Yup, sedikit cemburu, kerana saya tahu dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai apa yang dia mahu. Ah, saya pun dulu begitu (dulu k, bukan sekarang). Saya perlukan dia, untuk rujukan, tapi dia susah untuk didekati, dia akan datang bila dia mahu, dan pergi bila-bila masa dia suka.

Bahagian II

Kebelakangan ni, saya selalu tercari-cari arah tujuan hidup saya.. apa yang saya nak, apa yang saya nak buat, ish.. semua masih kabur... malah saya juga terasa bahawa saya telah melupakan atau mungkin terlupa tentang impian saya yang satu tu...

Saya sekarang tidak macam diri saya yang dulu. Saya tidak sukakan diri saya yang sekarang, tiada azam, dan hanya berserah. Saya langsung tidak berjuang. Kalau dulu saya DARE untuk berbuat apa saja untuk mendapatkan apa yang saya mahu, tapi kini, saya hanya berserah, menanti dan terus menanti apa yang bakal terjadi kepada diri.

Bahagian III

Saya masih mengharapkan dia akan membantu, sekurang-kurangnya memberi pandangan. Tapi dulu mungkin tak macam sekarang. Manusia berubah (T_T)

Friday, May 15, 2009

Saya susah tidur lena

Sejak kebelakangan ni, bila tidur je selalu terjaga, then hati berdebar-debar. Kata kawan saya, mungkin benda tu duk tengok kita. Ish, tak suka betullah, kenapa ye? Saya memang jenis sering terjaga malam, sebelum-sebelum ni tak pernah pula, tapi sejak praktikal di hospital tahun 2007 (waktu tu saya tinggal di rumah pelawat selama 4 bulan) saya selalu tak lena tidur. Adakah puncanya kerana saya sering disogokkan dengan pelbagai cerita pelik yang ada di sana? Huhu, saya memang tak suka cerita-cerita macam tu. Masa saya tengok cerita Mistik (ala yang Rita Rudaini berlakon asyik gelak-gelak tu) tu pun saya tak dapat tidur seminggu. Cerita Ju-On tak payah cakapla, memang saya tak pernah tengok.

Sejak dari tu, saya memang susah tidur lena. Sekarang ni pun, ish, bila terjaga mesti payah nak tidur balik. Saya mesti akan membayangkan yang bukan-bukan, huhu. Teringat pula masa akhir tahun lepas, seorang kawan bercerita yang dia jumpa benda itu. Tempat kejadian pula tidak jauh dari rumah saya sekarang, hasilnya, sebulan saya tak dapat tidur lena.

Kadang-kadang semua ni adalah khayalan kita, sebab selalu fikir bukan-bukan itu yang sering terbayang bukan-bukan. Isk..isk...huhuhu, bilalah dapat tidur lena ni? Alahai, akibatnya, hari ni saya betul-betul tiada mood sebab tak cukup tidur, mata pun dah jadi macam mata panda (@____@)

Thursday, May 14, 2009

Cartoon

Saya suka tengok cerita kartun. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab ia nampak kiut dan comel. Sampai sekarang pun saya masih tengok cerita kartun terutama cerita Spongebob. Ala, kartun span yang warna kuning tu, Spongebob ni boleh cakap Melayu tapi kat TV9 je la. Spongebob ni rajin bab kerja, memang boleh jadi pekerja contohla (boleh ke saya jadi macam dia, huhu). Tapi dalam cerita tu saya lebih sukakan Patrick si tapak sulaiman, sebab dia hampeh sangat-sangat. Saya layan je semua cerita kartun kecuali Transformers atau mana-mana yang sewaktu dengannya. Kurang gemar cerita kartun yang ganas atau aksi. Saya suka tengok cerita kartun Jepun yang cakap Melayu macam Detective Conan, Atasinchi, Fruit Basket dan banyak lagi (tak dapat nak senaraikan semua sebab banyak sangatla). Malah saya juga selalu beli komik Detective Conan, buat koleksi. Cerita Wonder Pet pun saya tengok, yang selalu nyanyi lagu macam ni - "kami tak besar, kami tak kuat, bila kerjasama semua jadi mudah", bagus cerita tu, untuk pupuk semangat teamwork, teambuilding pun boleh juga. Sekarang ni saya layan cerita Upin dan Ipin pulak, betul..betul..betul...

Masa zaman sekolah dan matrik dulu, saya suka melukis, melukis kartun. Malah saya sering mengabadikan lukisan kartun saya di kad-kad ucapan good luck atau bookmark untuk dijual oleh kelab sekolah. Wang hasil jualan pula akan disalurkan kepada kelab. Saya tak kisah, janji saya puas dan orang suka apa yang saya lukis. Saya pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi seorang pelukis kartun macam Leen Mafia (ala, pelukis dalam komik Ujang tu, sekarang jadi pensyarah UiTM), tetapi ditentang hebat oleh ibu saya. Kata dia kerjaya pelukis kartun ni tak ada masa depan. Tapi saya tengok ramai je pelukis kartun yang berjaya. Akhirnya cita-cita saya terkubur macam tu je, huhuhu...

Bila dah masuk U, minat ini tak diteruskan, saya jarang melukis, sekarang pun dah rasa malas. Minat tu masih ada, tapi mungkin tidak seperti dulu. Huhuhu...

Wednesday, May 13, 2009

Merepek

Cerita kerja - Semalam, buka email dan ternampak iklan kerja kosong as student counselor di MMU, terfikir nak apply ke tak, hmmm. Semalam juga berusaha mencari sedikit info tentang psikologi, ada klien nak tahu pasal ni, dan saya bukanlah expert dalam semua bidang, jadi sebelum saya nampak bodoh apabila di tanya soalan macam-macam lebih baik saya prepare apa yang patut. Tunggu punya tunggu klien tu tak juga datang. Jadinya saya mencari lagi info lain berkaitan isu sosial semakin menjadi-jadi sekarang. Dengan pekerjaan yang saya ada sekarang nampaknya semua perkara kena tahu. Susah juga, kadang-kadang otak ni agak sukar untuk memfilter semua benda, pernah terfikir untuk menukar profesion lain, mungkin menjadi suri rumah yang berjaya, buat bisnes jualan langsung ke atau mana-mana pekerjaan yang ringan dan tidak sarat dengan pelbagai fakta, tapi ada ke? Orang kata saya bertuah belajar ilmu ini, yes, saya akui. Saya belajar banyak perkara, dan kena tahu banyak perkara dan pernah berhadapan dengan bermacam-macam kes luar biasa. Bila difikirkan balik, ada seronok dan ada tak seronoknya, kadang-kadang lebih baik tahu sedikit dari tahu banyak.

Cerita nafsu - Semalam juga saya keluarkan cash money dari mesin ATM hampir 5k, ish…kalaulah boleh bawa pergi joli ni best juga, shopping ke, ada 3 benda yang saya nak beli tahun ni, laptop (nak ganti laptop saya yang dah K.O, tapi saya sayang lagi kat BenQ tu, tapi kos untuk baiki lebih kurang beli laptop baru, so nak tak nak kenalah beli baru, huhuhu), satu lagi ialah camera digital (saya bukan suka ambil gambar, sebab tu saya rasa saya susah sangat nak senyum dalam gambar, tapi ni keperluan, untuk kerja sekarang, sebab bos saya dah nak pindah, jadi lepas ni tak boleh pinjam camera dia lagi dah, huhuhu) dan yang last ialah handphone (handphone yang saya ada ni pun dah nazak sangat dah, kena baling, dijatuhkan atau terjatuh semua dia dah pernah rasa, nombor dan huruf pun dah tak berapa nak nampak, huhuhu), tapi hakikatnya satu pun saya belum terbeli lagi, sebabnya saya mesti akan terbeli benda lain dulu, hehehe. Ish, kalau lah saya ni jahat, saya bawa lari juga la duit ni kang. Tapi hakikatnya duit tu bukan milik saya, saya cuma pemegang je.

Cerita perut - Pagi ni, mmm..lapar….Nak dijadikan cerita, tadi mungkin langkah kanan kot masa nak turun pergi kafetaria, terserempak pula dengan bos yang baru balik dari sesi latihan football, hehehe, bos la kena belanja anak buah tul tak? Erkk, dah habis makan, tapi rasa macam lapar lagi (agaknya tak baca Bismillah masa makan tadi). Hmmm, perut dah mula menyanyi lagi sekali, versi rap, nampak gaya kenalah selongkar apa-apa yang patut nak bagi kat perut ni, kalau perut tak cukup kenyang macam mana nak ada tenaga nak buat kerja tul tak? Ada mee Maggi, ada biskut Tiger, jajan, air Sprite, hmm, nak makan mana satu ek? Macam mana boleh ada banyak makanan ni? (ceh, buat-buat tanya pula, hahaha).

Ok, nak sambung kerja, tapi malas sungguh nak tekan kalkulator ni, uwaaa....

Tuesday, May 12, 2009

My Junior, Memel

Semasa kat sekolah lama (Form 4-5), setiap kelas senior (masa tu saya di Form 5) akan ambil satu kelas angkat (Form 4), kemudian setiap pelajar senior akan dibahagi-bahagikan dan mendapat seorang atau lebih junior, lebih kurang macam adik angkat la. Pada masa tu, saya ditakdirkan mendapat seorang junior lelaki (pemilihan dibuat secara undian) , nickname dia Pokemon dan nickname saya masa tu Soledad (pengaruh lagu Westlife yang tengah top masa tu, huhu).

Pokemon atau nama sebenarnya Muzammil a.k.a Memel (nama gelaran saya bagi kat dia) tersangatlah pemalu orangnya. Saya suka mendera dia (bukanlah penderaan fizikal tau, mungkin sedikit penderaan mental, huahuahua). Dia ni jenis tak berapa nak tinggi tapi sangat kiut, muka dia lebih kurang macam Ally Iskandar. Rasanya sepanjang saya jadi senior angkat dia, saya ni tak lah banyak membantu pun. Lebih kurang dia ni hidup terabai la (jahat kan saya ni? Huhu).

Saya masih ingat semasa Minggu Aktiviti kat sekolah saya (masa minggu aktiviti, kami tak belajar, banyak aktiviti main je, kehkehkeh), saya terlibat dalam satu pertandingan Choral Speaking. Semasa hakim sibuk mengira markah, saya mengendalikan waktu selingan tersebut, dengan tidak semena-mena saya dengan baik hatinya menjemput si Memel ni naik ke pentas dan menyanyi. Dia masa tu tak tahu saya ni senior dia (kami sepatutnya merahsiakan identiti sehinggalah ke akhir tahun baru identiti sebenar terdedah, sebab tu kami guna nickname, tapi memandangkan saya mempunyai agen risikan yang hebat, maka awal-awal lagi saya tahu identiti sebenar Memel, fuh..panjang pula penerangannya). Terketar-ketar si Memel ni, banyak kali juga la kena dengan saya, memandangkan saya banyak terlibat dengan program, so banyak kali juga la dia dapat merasa naik ke pentas kat dewan besar sekolah kami tu. Nasib dia la, siapa suruh terambil saya sebagai senior (sebab saya tak ada budak junior lain untuk dibuli kot. AMARAN : Jangan ikut perangai saya k).

Itulah kisah saya dengan Memel, sekarang ni saya tak tahu dia kat mana, mungkin dah bekerja, dan rasanya mungkin dia dah tinggi kot, tapi tak naklah terserempak dengan dia, mesti dia akan balas dendam balik sebab saya suka kenakan dia, huhuhu. Tapi niat saya masa tu baik tau, nak suruh dia yakin berhadapan dengan audience (ek??)... berani bercakap di khalayak ramai (ye ke?), dan lain-lain lagi... Hehehe, sekian dulu cerita saya dengan junior saya, si Memel. Kalaulah saya dapat jumpa dia, saya memang nak mintak maaf pun, huhuhu.

Monday, May 11, 2009

Kisah saya dan Matematik

Saya amat tak suka matematik. Dari kecil sampai besar, saya tak pernah bijak dalam kira-kira. Saya masih ingat masa sekolah rendah, saya tak pernah dapat A dalam subjek Matematik. Otak saya memang lambat faham ilmu berkaitan kira-kira ni. Saya pernah dihukum gara-gara tak dapat nak jawab soalan perimeter dan luas, huhuhu. Tapi mujurlah masa peperiksaan UPSR yang sebenar, akhirnya saya dapat juga merasa nikmat mendapat A dalam subjek yang paling saya benci. Mungkin graf peratusan markah untuk subjek tersebut telah direndahkan pada masa tu (ni andaian saya lah) sebab tu kot saya dapat A.

Teringat pula masa di sekolah menengah, Form 3, cikgu Matematik saya amatlah garang. Tiap-tiap minggu dia akan adakan ujian Matematik. Lebih kurang macam latih tubi. Saya betul-betul tensen dengan subjek ni, tapi memikirkan cikgu yang garang itu, saya menjadi takut dan rajin, sebab kalau tak dapat A, kene rotan, huhuhu. Tapi bila difikirkan balik, bagus juga cara dia, yela, tak pasal-pasal saya rajin buat latihan, hehehe.

Bila masuk Form 4, saya pindah sekolah, cikgu Matematik kali ni amatlah sporting, bila dah sporting ni, saya pun jadi malas, latihan kadang-kadang buat, kadang-kadang tiru, alahai, jahil betullah masa tu. Subjek Matematik kira boleh tahan lagi, masih boleh diterima akal saya ni, tapi subjek Matematik Tambahan amatlah membunuh. Dalam kelas, sayalah antara insan-insan terpilih yang akan menidurkan diri dalam kelas. Bukan sebab tak suka cikgu tu, tapi cikgu tu terlampau bijak sangat sampai saya tak faham langsung apa yang dia ajar, huhuhu. Akibatnya, saya gagal (tak pernah gagal seumur hidup saya, kali ni memang amat dahsyat). Tapi mujurlah masa peperiksaan sebenar, saya masih boleh tersenyum, tak sangka, dalam tidur dan tak buat kerja rumah masih boleh dapat keputusan macam tu, hehehe.

Bila masuk U, saya ingatkan Matematik dah tinggal sejarah, tapi sangkaan saya meleset. Saya kena belajar satu subjek yang dinamakan Asas Statistik sebagai syarat wajib untuk ambil subjek Kaedah Penyelidikan. Memandangkan kursus saya kene buat tesis, nak tak nak memang kena ambil subjek tersebut. Dan macam biasalah, saya dan matematik bukan bagai isi dan kuku. Adoi, tak sukanya, tapi nasib baiklah keputusannya baik walaupun tak lah secemerlang mana, huhuhu.

Ingatkan bila dah kerja ni, saya dah putus hubungan dengan Matematik, tapi masih juga terhubung secara tidak langsung. Saya masih kena buat kira-kira, saya dilantik menjadi bendahari kelab, alahai (^_^")

p/s : Entri ini ditulis dikala saya memeningkan kepala saya dengan kira-kira untuk siapkan akaun kelab ni. Cik Pretty janji nak tolong (sebab dia budak akaun, akaun dapat A, sudah tentu dia lebih bijak daripada saya). Huhu, tapi dia busy pulak, uwaaaa (T___T)

Hari Ibu

Semalam hari ibu, dah call my mum and wish her.

Saya sebenarnya bukanlah jenis orang yang suka tunjuk atau express apa yang saya rasa. Saya jenis yang payah benar tunjukkan perasaan saya. Masa zaman kanak-kanak dulu, saya tak pernah tahu pun pasal hari ibu ke, hari jadi ke, sebab family saya bukan jenis yang akan menyambut benda-benda macam tu. Cuma bila kami adik-beradik dah besar, dan pandai fikir, barulah saling mengingati. Tapi macam biasa, ayah dan ibu saya jenis selamber je, mereka memang payah nak ingat tarikh-tarikh ni, macam hari jadi saya sebelum ni (bulan April), boleh pulak ayah saya ingat bulan Mei, huhu, tapi saya tahu mereka sayangkan saya. Dan saya juga sayangkan mereka.

Friday, May 08, 2009

My Senior, Superslackers

Never been to a place like here
Never seen it anywhere
Very eager
I wonder
Since its new it has no tangles
Isolations have no flower
Very near i scower
But anyway
I guess i wasn't needed here

Chrome (Butterfingers)

Lagu ni dah lama dah, sekitar tahun 2000 kalau tak silap, masa saya Form 4, tapi masih menjadi one of my favourite song. Saya bukan suka sangat band Butterfingers ni, tapi lama-kelamaan suka pula dengar lagu-lagu dia. Band ni sangat kreatif, baik dari segi lagu, muzik, design cover kaset & CD dan nama band dia pun agak kreatif, Butterfingers… ke Buttercup? Hehehe. Itu pun senior saya si Superslackers yang perkenalkan band ni, dia selalu bagi saya pinjam kaset Butterfingers ni, suruh saya dengar, niat dia supaya saya cepat pandai bahasa Inggeris (ye ke?). Hampir tiap-tiap hari dia akan tulis surat (bukan surat cintan cintun tau), bagi lirik lagu-lagu band ni (dan juga lagu-lagu Inggeris yang lain) di samping satu perkataan bahasa Inggeris dengan maksud perkataan tu sekali. Banyak juga la perkataan baru yang saya belajar daripada dia. Bagus kan dia? Seorang senior yang amat concern pasal juniornya yang tak berapa nak pandai bahasa Inggeris ni (^_^") . Teringat pula kat dia, agak-agak kat manalah dia sekarang ek, hmm, dah lama lost contact dengan dia since dia masuk UiTM Arau selepas dia habis SPM. Miss him.

p/s : lagu ini dan juga diri saya – amat serasi bersama, huhuhu (~_~)
psttt..untuk cik pretty pun sesuai gak lagu ni..huhuhu

Thursday, May 07, 2009

DIA lebih tahu

Baru-baru ni, banyak betul perkara berlaku, macam-macam ujian mendatang. Dan di sini, saya ingin berkongsi kisah dua sahabat saya. Kerana saya tahu saya tidak banyak membantu, tapi saya mahu mereka tahu yang saya sebenarnya ambil tahu walau pun mungkin cara saya tidak seperti itu.

Kisah pertama, kisah sahabat yang baru sahaja kehilangan sesuatu yang amat berharga. Kelahiran yang sememangnya amat dinantikan tapi belum sempat menjengah ke bumi, telah di panggil menemui-Nya. Dugaan yang amat berat. Walau pun dia tidak mempamerkan kesedihannya, namun saya tahu jauh di sudut hati dia, dia benar-benar terasa kehilangan. Dia cuba menjadi kuat, kerana dia ketua keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya cuba untuk berempati, walau pun saya tahu saya tak mungkin rasa sebagaimana yang dia rasa. Kerana saya bukan di tempatnya. Saya berkongsi cerita dengannya, cerita kawan saya, yang mengalami peristiwa yang sama seperti dia. Dengan harapan ia dapat membantu, walau pun mungkin tidak sepenuhnya. Kadang-kadang Allah tarik satu nikmat, untuk memberi hamba-Nya nikmat yang lebih baik, kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Allah mahu menguji keimanan hamba-Nya. Memang perit bagi yang mengalami, tapi segala yang tersurat pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita tidak akan mengetahui, hingga tiba saat yang sepatutnya. Saya tahu dia tabah, dan saya berharap dia akan terus tabah.

Kisah kedua, kisah sahabat saya yang ditikam belakang oleh rakan sekerja sendiri. Saya selalu beranggapan, setiap individu memang ada sifat baiknya walau sejahil mana sekali pun. Tapi betul lah kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Kita tidak akan tahu hati budi seseorang. Mungkin nampak baik tapi sebenarnya tidak, mungkin juga nampak buruk, tapi mempunyai budi pekerti yang tinggi. Teruknya sikap segelintir manusia, terutama yang suka membawa mulut dan menabur fitnah. Tidakkah mereka terfikir akibat yang bakal diterima kelak? Dunia ni bulat, lama-kelamaan, perkara-perkara jahat yang kita buat pada orang, pasti terkena balik pada kita, kalau tak terkena pada kita pun, pasti juga akan menimpa sanak-saudara atau cucu-cicit kita. Kalau terlepas sekali pun di dunia, di akhirat pasti mendapat balasan jua. Tapi, kenapalah insan yang diberikan akal fikiran, mempunyai pendidikan yang bagus tidak pernah memikirkan baik buruk sesuatu tindakan yang di lakukan. Mudah benar melukai hati orang. Mudah benar mencaci orang. Mudah benar menabur fitnah. Moga Tuhan memberikan kekuatan kepada sahabat saya. Moga Tuhan kurniakan kesabaran yang tinggi kepadanya. Walau pun saya tahu perkara ini benar-benar memberikan impak yang amat besar kepada dia, tapi saya tahu dia kuat, jika tidak masakan dia bisa bertahan sehingga ke saat ini.

Ujian, boleh datang dalam pelbagai bentuk. Moga-moga mereka berdua, dan juga saya sendiri akan berjaya mengharungi apa jua perkara mahu pun rintangan yang datang. Sesungguhnya, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Wednesday, May 06, 2009

Today is the RAJIN day (^_^")

It’s been a long time that I never used English, well, my English is very bad of course, even I had learned it for almost 15 years, but only then I have a tendency to learn it. Haha. If u noticed, I’m trying and pushing myself to write down in English, through my blog, even though I know there is a lot of grammar problems, and broken English of course, so please ignore any grammar mistakes k, huhuhu, practice make perfect right? I’m learning….

I went to the bank and post office this morning, settled down a lot of things. Felt so scared to drive, I hate driving. But thanks God, I’ve been accompany by puan ustazah, hehehe, my tourist guide, well, even it’s been a year I stayed here, I’m still not familiar with the JALAN here, hahaha, that’s why I hate driving, huhu. Besides, I’m not really CEKAP in driving, not like Cik Pretty who experts in car racing, muahaha.

I have to finish up my monthly report and submit it to PKK Shah Alam. Actually, I’m planning to do so at the end of this month, hehehe, how lazy I am right? Well, so do Cik Pretty, both of us are lazy (or maybe it is just me) well, just don’t have good mood to finish it right on time, hehehe. However, it seems like I have to push myself to do it by the end of tomorrow, uwaaa (i_i)

Hmm, k, gtg for now. I need to be RAJIN today, today only tau… (^_^")

Tuesday, May 05, 2009

Still "xde hati" :(

Hmm, I'm still lazy and lazy and lazy, just like Garfield (makan and tidur all da time), don't know what take me so long to be RAJIN, well, I admitted that I had been procrastinating lately, really?

Well, I know that I'm not progressing "well", I wasted so much time already, did not accomplish anything. Am I? Hmm, still “xde hati” to think about work lately.....

Is it the time to face the reality? I guess so, huh. I better set up a plan, a big big plan in a big big world I guess, huh! But still “xde hati” to start anything…

I really hope that I can be just like before, the time that I used to be so RAJIN and DARE to do anything to achieve my goal. Huhu... can i? It seems like mission impossible. Arghh!!!

Monday, May 04, 2009

Menjauh

Kata pepatah, kuman seberang laut boleh nampak, tapi gajah depan mata tak nampak… Saya tak berapa pasti sebenarnya susunan pepatah tu betul ke tak, tapi lebih kurang macam tu lah bunyinya.

Manusia, mudah benar nampak kesilapan orang, tapi buta benar menilai diri sendiri. Mudah benar menegur kesalahan orang tapi payah ‘bangat’ membetulkan kesilapan sendiri. Yup, amat sukar membetulkan sikap yang tak betul yang sudah lama benar sebati dalam diri. Tapi sekiranya mahu menegur orang, molek benarlah kiranya membetulkan diri sendiri terlebih dahulu. Kalau mahu menjadi model atau contoh, tunjukkanlah peribadi yang baik-baik. Kalau mahu orang mengikut, perlihatkanlah sikap terpuji, sehingga orang berasa segan. Tapi ini tidak, menegur tapi tidak diperbetul.

Menegurlah secara berhikmah. Saya lupa dari mana saya baca, tapi terdapat banyak cara untuk menegur orang. Pastinya, bukan secara membabi buta. Saya percaya, setiap apa yang berlaku pasti ada sebab musababnya. Setiap kesilapan yang terjadi sudah tentu ada puncanya. Dan, seharusnya kita memberi peluang kepada mereka yang melakukan kesilapan untuk membela diri. Bertanya, mendengar dan barulah menilai atau menghukum. Bukannya secara berterusan menyerang dan terus menyerang.

Pilih kasih? Berat sebelah? Keduanya membawa erti yang sama. Kalaulah mahu diwujudkan keadilan, terapkanlah sikap adil tersebut. Bukan sekadar cakap-cakap. Dan terapkanlah kepada semua, bukan untuk yang tertentu. Kata orang, kalau mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tapi kalau sudah menjadi buluh yang keras macam mana pula? Setiap kesulitan pasti diiringi dengan penyelesaian. Yang penting, adil. Tapi masih wujudkah keadilan tersebut? Hakikatnya, itulah yang berlaku sekarang. Mulut memang senang berbicara, amalan masih tetap yang sama.

Saya benar-benar tawar hati. Benar-benar tiada hati. Mati hati.

Hanya Kau Yang Mampu

Saya kekal dengan Aizat, hehehehe...

p/s: sebenarnya saya tiada topik untuk ditulis, jadi sepanjang cuti ini saya suka menceritakan perkara-perkara yang jarang saya lakukan iaitu bercuti dan membuat perkara remeh-temeh.. Dan Aizat? Muahaha, saya sukakan dia (^_^)

Saturday, May 02, 2009

UNGU atau Aizat?

Hari kedua cuti... mula-mula macam malas nak ikut kakak and her family pergi kenduri kahwin, bukan apa, saya tak berapa nak suka suasana ramai orang, rasa macam kurang best, tapi memikirkan kalau tak ikut maknanya kena duduk rumah sorang-sorang pun rasa macam tak best juga, so nak tak nak pergila juga. Best juga pergi kenduri kahwin kali ni, dapat makan cendol, mungkin itulah salah satu budaya kenduri yang saya rasa agak best di negeri adat pepatih ni :)

Rasa macam nak makan dua mangkuk cendol, tapi memikirkan tentang diet yang tengah diamalkan sekarang ni, terpaksalah lupakan niat tersebut. Cuti kali juga benar-benar menguji kesabaran selera saya. Apa tidaknya, macam-macam dugaan makanan datang menguji, rasa macam nak makan semua, tapi terpaksa juga tahan nafsu makan tersebut, semalam pun dah makan tom yam bermangkuk-mangkuk, itu pun nasiblah hirup tom yam saja, tanpa nasi, alahai…nak kurus punya pasal.

Balik dari kenduri, layan cerita Hindustan pula. Walau pun ceritanya tak berapa nak best, tapi tengok juga memandangkan tiada cerita lain untuk ditonton. Kemudian layan youtube pula, cari-cari klip video Ungu dan Aizat (tu sebabnya entri ini bertajuk UNGU atau Aizat? hehehe). Sebenarnya saya tengah survey caller ringtone baru menggantikan yang sedia ada. Sayang pula nak buang lagu nyanyian boyfriend saya si Aizat tu (Aizat boyfriend saya? Muahaha…'koya') Tapi memandangkan lagu Ungu ‘Cinta Dalam Hati’ tu macam best juga, rasa macam nak tukar pula (sebenarnya lirik lagu tu yang sedih semacam je, teringat cerita lama, huhuhu~~~). Ke lagu Aizat 'Fikirlah'? Semua lagu Ungu best, lagu-lagu Aizat pun sangat best, susahnya nak pilih, alahai (^_^")... Kesimpulannya, tunggu saja lah caller ringtone mana yang akan saya pilih, masih melayan youtube, argh..banyak pula lagu-lagu best, susah pula nak pilih, Ungu kah pilihan hati ku, Cinta dalam hati? Atau kekal dengan Aizat? Just wait :)

Friday, May 01, 2009

Cuti-cuti@Melaka+N9

Rasanya dah lama saya tak bercuti. Kalau cuti pun, cuma berehat di rumah, tidur dan makan. Since insiden yang agak menyakitkan hati berlaku petang semalam, hari ni saya benar-benar mahu keamanan (insiden apa? argh…sakit hati bila ingat, menitik juga air mata untuk kesekian kali ke berapa ntah :(

Berbalik kepada my story hari ni, thanks to my kakak sebab sudi datang menjenguk adik dia yang malas nak berjalan ni dengan membawa saya jalan-jalan kat Melaka. Hari ni, berjaya juga saya naik Menara Taming Sari. Jika sebelum ni macam-macam alasan saya akan bagi untuk mengelak, bukan apa, gayat, huhuhu.

Sesudah jalan-jalan@Melaka, kami bergerak ke Negeri Sembilan, ke rumah kakak saya. Nampak gayanya 3 hari ni akan dihabiskan di sana. Dan untuk esok, tak tahu lagi nak ke mana..hmm..ke mana ya??