Baru-baru ni, banyak betul perkara berlaku, macam-macam ujian mendatang. Dan di sini, saya ingin berkongsi kisah dua sahabat saya. Kerana saya tahu saya tidak banyak membantu, tapi saya mahu mereka tahu yang saya sebenarnya ambil tahu walau pun mungkin cara saya tidak seperti itu.
Kisah pertama, kisah sahabat yang baru sahaja kehilangan sesuatu yang amat berharga. Kelahiran yang sememangnya amat dinantikan tapi belum sempat menjengah ke bumi, telah di panggil menemui-Nya. Dugaan yang amat berat. Walau pun dia tidak mempamerkan kesedihannya, namun saya tahu jauh di sudut hati dia, dia benar-benar terasa kehilangan. Dia cuba menjadi kuat, kerana dia ketua keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya cuba untuk berempati, walau pun saya tahu saya tak mungkin rasa sebagaimana yang dia rasa. Kerana saya bukan di tempatnya. Saya berkongsi cerita dengannya, cerita kawan saya, yang mengalami peristiwa yang sama seperti dia. Dengan harapan ia dapat membantu, walau pun mungkin tidak sepenuhnya. Kadang-kadang Allah tarik satu nikmat, untuk memberi hamba-Nya nikmat yang lebih baik, kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Allah mahu menguji keimanan hamba-Nya. Memang perit bagi yang mengalami, tapi segala yang tersurat pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita tidak akan mengetahui, hingga tiba saat yang sepatutnya. Saya tahu dia tabah, dan saya berharap dia akan terus tabah.
Kisah kedua, kisah sahabat saya yang ditikam belakang oleh rakan sekerja sendiri. Saya selalu beranggapan, setiap individu memang ada sifat baiknya walau sejahil mana sekali pun. Tapi betul lah kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Kita tidak akan tahu hati budi seseorang. Mungkin nampak baik tapi sebenarnya tidak, mungkin juga nampak buruk, tapi mempunyai budi pekerti yang tinggi. Teruknya sikap segelintir manusia, terutama yang suka membawa mulut dan menabur fitnah. Tidakkah mereka terfikir akibat yang bakal diterima kelak? Dunia ni bulat, lama-kelamaan, perkara-perkara jahat yang kita buat pada orang, pasti terkena balik pada kita, kalau tak terkena pada kita pun, pasti juga akan menimpa sanak-saudara atau cucu-cicit kita. Kalau terlepas sekali pun di dunia, di akhirat pasti mendapat balasan jua. Tapi, kenapalah insan yang diberikan akal fikiran, mempunyai pendidikan yang bagus tidak pernah memikirkan baik buruk sesuatu tindakan yang di lakukan. Mudah benar melukai hati orang. Mudah benar mencaci orang. Mudah benar menabur fitnah. Moga Tuhan memberikan kekuatan kepada sahabat saya. Moga Tuhan kurniakan kesabaran yang tinggi kepadanya. Walau pun saya tahu perkara ini benar-benar memberikan impak yang amat besar kepada dia, tapi saya tahu dia kuat, jika tidak masakan dia bisa bertahan sehingga ke saat ini.
Ujian, boleh datang dalam pelbagai bentuk. Moga-moga mereka berdua, dan juga saya sendiri akan berjaya mengharungi apa jua perkara mahu pun rintangan yang datang. Sesungguhnya, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Yup, sesungguhnya Dia lebih tau. Tapi ntah la..sebagai manusia kita pun xtau kan setakat mana kita mampu utk bertahan, mampu bersabar. W/pun dimata org keje mcm kita ni mcm perfect je. Apepun kita tetap manusia biasa. Yang ada hati & perasaan...
ReplyDeleteHuhu, diam mungkin lebih baik dari berkata2, i pnjm ayat u
ReplyDeletehihi..tu kata2 i bila masa i baik. skrg ni, diam x menjamin apa2. so ada baiknya laser je sape yang mulut x reti bahasa tu. huhu
ReplyDeletehuhu, ntahla u..i kn jenis diam je kalo org kate pape, huhuhu
ReplyDeleteberkata2 lebih baik dr diam.. hihi...
ReplyDeletepening la u ni..huhuhu
ReplyDeletepening mkn actifast..hehe
ReplyDeletehampes la u
ReplyDelete