Thursday, July 16, 2009

Striker

Adakah saya akan kehilangan dia? Kata dia...

"Apa maksudnya jika kita tak hormati keputusan orang yang kita sayang yang rasional pada keadaannya…? Bermakna kita dah tak hormati dia dan bila dah tak hormati dia bermakna kita memang dah tak sayangkan dia lagi…"

Kami bergaduh? Rasanya tidak, dia pun kata tidak, tapi kenapa dia diam? Kami berbeza pendapat dan saya tertingi suara (saya ni jenis emosional bila bercakap, huhu). Memang dia sangat cool, tak mudah marah atau melenting, punya tahap kesabaran yang tinggi, tapi dia tetap manusia biasa. Saya tahu dia sedikit terasa walau pun dia tak memberitahu saya. Tapi saya harap tekaan saya kali ini silap, tapi instinct saya jarang menipu, hmm…

Saya tahu saya tak patut bercakap kasar dan meninggi suara. Terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata? Memangla buruk padahnya. Walau pun berkali-kali dia bertegas bahawa dia tak marah dan tak apa-apa, tapi saya tetap tidak berasa tenang hati. Mulut saya ni pun memang tak ada insurans (kadang-kadang). Bila terlampau obses dengan kerja dan mahu mempertahankan hak, saya tidak akan mempedulikan orang lain. Dan bila dah jadi macam ni barulah rasa nak menyesal.

Saya cuba sms tapi tak berbalas, cuba call tapi tak berjawab. Pelik, tak pernah-pernah dia macam ni. Mungkinkah dia sudah mula jauh hati dengan saya? (T_T)

6 comments:

  1. uit u blom ambik insurans lg ke?? bkn ke u kata dah. huhu...
    ala rilex la u..kumbang bkn sekor...

    ReplyDelete
  2. ceh la u, ni bukan kumbang, orang..uwaaa

    ReplyDelete
  3. ler org ke..ingatkan mawas..kih3

    ReplyDelete
  4. u ni buat lawak bodo lak, i tgh sedih ni tau, nk buat keje pn xdek mood, ilang semangat, nape dia xkontek i?

    ReplyDelete
  5. salam singgah,
    Dila ka ni, Dila yg sgt pendiam tu...?! Well, nice reading ur blog, I would say that u have a very good skill of writing, keep it up!!

    Pn Fa,
    (ingat lagi ke?!)

    ReplyDelete
  6. hehe, time kasih Puan,saya ingatla kat Puan,Puan sihat?

    ReplyDelete