Thursday, July 09, 2009

Perlu kamu

Apa perancangan hidup awak?

Apa respon anda bila ditanyakan soalan sebegini? Bagi yang mempunyai perancangan hidup yang jelas, sudah tentu mempunyai penerangan yang panjang lebar. Saya? Bukannya saya tidak pasti. Tapi apa yang saya mahu agak mustahil untuk dikecapi.

Seawal menjejaki ke alam pekerjaan, saya bercita-cita untuk sambung belajar. Bagi saya pada masa tersebut, pelajaran adalah segala-galanya. Saya rela menghabiskan seluruh kehidupan saya dengan mencari ilmu, mendapatkan kelulusan setinggi yang boleh. Sekarang? Niat itu masih ada, cuma tidak tahu bila. Bukanlah lost atau hilang matlamat hidup, cuma saya ingin mengikut kata hati.

Saya terdiam bila ditanya soalan ini. Adakah saya benar-benar tidak tahu apa yang saya inginkan pada masa hadapan? Tidak. Cuma saya takut jawapan saya akan membuatkan si penanya serba salah. So, biarlah rahsia. Kadang-kadang lebih baik diam dari terlebih cakap, betul tak?

2 comments:

  1. Bagi saya pada masa tersebut, pelajaran adalah segala-galanya. Saya rela menghabiskan seluruh kehidupan saya dengan mencari ilmu, mendapatkan kelulusan setinggi yang boleh.

    Wah..bg i pulak duit lah segala-galannya. Huhu..

    ReplyDelete