Kisah ini berlaku pada seorang teman saya…
Kawan saya ini elok paras rupa, kerjaya pun bagus, budi bahasa pun baik, pendek kata moleklah semuanya. Cuma… masih belum berpunya… Ada kisah di sebalik kisah, ditakdirkan berpisah dengan si dia, mungkin tiada jodoh. Sehingga itu, dia tak punya sesiapa.
Saya menyuruhnya mencari (pandai-pandai jek saya ni), kerana jodoh tak datang bergolek depan mata bukan? Sekurang-kurangnya berusaha. Hendak dijadikan cerita, beliau dikenalkan kepada seseorang oleh teman lama. Mulalah episod-episod persahabatan dalam hidupnya.
Dalam masa yang sama juga, rakan sekerja beliau juga ada menunjukkan minat untuk berkawan rapat dengannya. Ah sudah... kata beliau... Dua pilihan dalam masa yang sama tapi sangat-sangat kontra personaliti mereka berdua.
Lelaki pertama, rupanya biasa-biasa sahaja, tapi penuh ilmu di dada, alim-alim juga orangnya. Menyatakan hasrat untuk mengambil beliau sebagai suri. Merancang itu dan ini jika sudi hidup bersamanya. Berusaha memenangi hati kawan saya ini.
Lelaki kedua, biasa-biasa juga orangnya, tapi dari segi kerja mungkin lebih bagus sedikit dari yang pertama. Tapi teramatlah slow tindak-tanduknya. Sekejap macam mahukan kawan saya, sekejap macam tidak. Kurang bersunguh-sungguh. Ish, tak faham saya. Pemalu agaknya.
Kawan saya ini macam lebih berat kepada yang kedua, mungkin kerana dekat dan satu tempat kerja (ini pada pemerhatian saya la...). Tapi kesungguhan seseorang lelaki dapat ditonjolkan melalui usaha yang dicurahkan. Agak-agak andalah, siapakah pilihan kawan saya? Yang pertama kah? Atau yang kedua kah? Mahu hidup bersama yang bersungguh atau yang tak bersungguh?
Kadang-kadang saya tidak faham dengan kaum lelaki (bukan semua lelaki k), kenapa tidak mahu mencuba jika benar-benar mahu. Mestikah menunggu si perempuan untuk memulakan semuanya. Memanglah zaman kini zaman teknologi, tapi kita masih punya adat ketimuran. Takkan perigi nak cari timba, tul tak?

for me...xdek dh istilah perigi crk timba ke apa. i x setuju la tang tu. hmmm apepun toksah la kita nk betikam lidah. so kesimpulan yg dpt dibuat ialah..... kalo dh jodoh, insyallah x kemana. adam diciptakan utk hawa. begitu juga sebaliknya. (ceewah bermadah pujangga la pulak di pagi2 jumaat ni (*_*)......................
ReplyDeleteceh...yela..tu pendapat u
ReplyDeletehttp://masjid.me/2009/06/16/cinta-rasulullah-dan-siti-khadijah/
ReplyDeleteIsh...terasa macam citer kat TV tu yang SMS ya atau tidak ...tapi apa2 pun takder isu perigi cari timba. Dan ambil masa timbanglah betul2. Perkahwinan bukan untuk sehari, ambil masa...fikirlah..
ReplyDeletehmm..sy pernah mengalami keadaan ni dila....memg sukar tuk membuat keputusan....
ReplyDeleteakhirnya....sy memilih siapa yg lebih menyayangi diri sy...menerima sy seadanya....blh memahami diri sy.....
kdg2 org memilih berdasarkan paras rupa..bg sy tidak...sy memilih berdasarkan segalanya...rupa paras hny sementara....yg kekal perasaan di hati...
chewahhhhhh
Kak Nurzea & Hasmat : memilih orang yang disayangi atau yang menyayangi, kawan saya memilih yang menyayangi, kerana dia tahu kebahagiaan menunggu dia...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete