Friday, July 31, 2009

Bersungguh dan tak bersungguh...

Kisah ini berlaku pada seorang teman saya…

Kawan saya ini elok paras rupa, kerjaya pun bagus, budi bahasa pun baik, pendek kata moleklah semuanya. Cuma… masih belum berpunya… Ada kisah di sebalik kisah, ditakdirkan berpisah dengan si dia, mungkin tiada jodoh. Sehingga itu, dia tak punya sesiapa.

Saya menyuruhnya mencari (pandai-pandai jek saya ni), kerana jodoh tak datang bergolek depan mata bukan? Sekurang-kurangnya berusaha. Hendak dijadikan cerita, beliau dikenalkan kepada seseorang oleh teman lama. Mulalah episod-episod persahabatan dalam hidupnya.

Dalam masa yang sama juga, rakan sekerja beliau juga ada menunjukkan minat untuk berkawan rapat dengannya. Ah sudah... kata beliau... Dua pilihan dalam masa yang sama tapi sangat-sangat kontra personaliti mereka berdua.

Lelaki pertama, rupanya biasa-biasa sahaja, tapi penuh ilmu di dada, alim-alim juga orangnya. Menyatakan hasrat untuk mengambil beliau sebagai suri. Merancang itu dan ini jika sudi hidup bersamanya. Berusaha memenangi hati kawan saya ini.

Lelaki kedua, biasa-biasa juga orangnya, tapi dari segi kerja mungkin lebih bagus sedikit dari yang pertama. Tapi teramatlah slow tindak-tanduknya. Sekejap macam mahukan kawan saya, sekejap macam tidak. Kurang bersunguh-sungguh. Ish, tak faham saya. Pemalu agaknya.

Kawan saya ini macam lebih berat kepada yang kedua, mungkin kerana dekat dan satu tempat kerja (ini pada pemerhatian saya la...). Tapi kesungguhan seseorang lelaki dapat ditonjolkan melalui usaha yang dicurahkan. Agak-agak andalah, siapakah pilihan kawan saya? Yang pertama kah? Atau yang kedua kah? Mahu hidup bersama yang bersungguh atau yang tak bersungguh?

Kadang-kadang saya tidak faham dengan kaum lelaki (bukan semua lelaki k), kenapa tidak mahu mencuba jika benar-benar mahu. Mestikah menunggu si perempuan untuk memulakan semuanya. Memanglah zaman kini zaman teknologi, tapi kita masih punya adat ketimuran. Takkan perigi nak cari timba, tul tak?

Thursday, July 30, 2009

Kasih Kekasih


Bukankah jika kita berkongsi perasaan, maka kita harus berkongsi segala-galanya? Termasuk beban yang digalas? Jika benar kita saling berkongsi, bukankah kita harus saling mengambil berat antara satu sama lain. Berkongsi masalah bersama, biarpun sekecil-kecil masalah, apatah lagi yang besar-besar. Bukanlah hendak menyusahkan pasangan tetapi istilah berkongsi itu boleh dilihat dari pelbagai sudut. Mungkin berkongsi pandangan atau nasihat. Ia tidak semestinya tertumpu kepada kewangan semata-mata.

Apa guna saling berkasih, saling menyayang tetapi tidak diserikan dengan perkongsian hati dan juga jiwa. 'Bercinta bagai nak rak', tetapi bila susah, masing-masing menguruskan hal sendiri, alone. Jika benar menyayang, ambillah tahu perihal pasangan, bukan sekadar menabur kata-kata kasih dan sayang semata-mata.

Cuba kita renung kembali ke dalam diri. Ucapan sayang begitu senang diungkap, tapi pernahkah kita benar-benar mengambil berat secara telus akan pasangan. Tonjolkan kasih sayang dengan sikap care, bukan sekadar hanya bertanya 'awak dah makan ke belum' setiap hari. Bukan tidak perlu, tapi perlu lagi ditambah dengan pelbagai rencah lagi.

Berkasih di saat susah dan senang, itulah istilah kasih sejati. Tapi kasih kepada Yang Esa jangan pula dilupai.

Wednesday, July 29, 2009

J U J U R

Perlu ke kita jujur dengan pasangan kita?

Saya bertanya housemate saya soalan ini. Kata dia, tak perlu jujur, kalau kita jujur pun belum tentu pasangan kita jujur pada kita. Ermm... betul juga. Tambah dia lagi, mungkin kalau masa bercinta tidaklah perlu terlalu jujur, bila dah berkahwin baru jujur.

Ooo...camtu ek?

Bukankah kita perlu jujur sentiasa? Bagi saya come clean adalah satu perkara yang penting. Jujur dan berterus-terang haruslah diadun bersama untuk memberikan impak yang maksima terhadap perhubungan. Sekali kita berbohong, sejuta kali pasangan kita akan ingat.

Tepuk dada, tanyalah minda masing-masing. Well, bergantung juga pada keadaan, bukanlah menyembunyikan kebenaran atau berbohong, tetapi kadang-kadang bukan semua perkara harus diberitahu. Jika terlampau berterus-terang boleh mencetuskan masalah, lebih baik diam jika itu cara yang terbaik.

Tuesday, July 28, 2009

S A Y A N G

Tetiba je rasa nak buat survey. Entahla, kebelakangan ni saya banyak terkeliru dengan istilah sayang ni. Saya telah buat survey kat beberapa insan terpilih, dan ini jawapan mereka… Jom kita tengok apa kata survey.

Kalau kita sayangkan seseorang, tentu kita tak akan melukakan atau melakukan apa jua perkara yang boleh melukakan hati orang tersayang, betul tak? Jika kita melukakan hati orang tersayang, bermakna kita dah tak sayang kat orang tu, betul ke?

Far : Betul…betul…betul…

Kak Maz : Bagi akak sayang & terluka ni abstrak.... secara biasanya statement yg pertama diguna pakai... untuk statement kedua boleh jadi begitu, boleh juga jadi kerana sangat sayang, kita terpaksa lukakan hati orang yang tersayang demi kebaikan dia... contohnya la, kalau kahwin dengan kita menjadikan dia anak derhaka (sebab ibu bapa tak restu), kerana sayangkan orang tu kita terpaksa tinggalkan dia (luka & terluka) kerana tak nak dia menjadi anak derhaka...

Hani : Hmm… betul.... kalau kita dah sayang seseorang, kita takkan melukakan hati orang tu.. kalau dia terasa hati dengan kita, kita bukanlah dipanggil melukakan hati dia, tapi TERlukakan hati..kan?..hehe..Melukakan, bunyinya macam sengaja..sengaja bermakna dengan niat... ada kemungkinan kita dah tak sayangkan orang tu... tapi bagi saya, sekali saya dah sayang kat orang, kenapa pula kita nak melukakan dia, kecuali kalau ter... luka ni sakit tau.. jadi, jangan lukakan hati orang..

Kak lizah : Bagi akak, mungkin akak bukan jenis yang sanggup berubah kerana pasangan, UNLESS and UNTILL dia bagitahu rasional kenapa dia nak akak buat macam tu... dan of course kalau apa yang dia cakap tu tak masuk akal, akak akan kekal dengan prinsip hidup akak.

Saiful : Tak betul. Kadang-kadang kita tak niat nak sakitkan hati...

Kak Wani : Kurang tepat...

Kak Edda : Tak semestinya.. kadang-kadang disebabkan terlalu sayang la, dia terpaksa menyakitkan hati kita..

Hisham : Kalo kita sayangkan seseorang tu, insyaAllah kita tidak akan menyakitkan atau melukan hati dan perasaan dia, tp kita kena ingat yang kita ni manusia juga tak terlepas daripada melakukan kesalahan, so rumusannya pasangan haruslah saling bertoleransi, jangan terus membuat keputusan yang si dia tidak sayang pada kita tanpa usul periksa dulu..

Cik Pretty
: Tak semestinya. tepuk dada, tanya hati...

Kak Aisyah
: Mengikut pengalaman mcm tu la..bila dah tak rase sayang ... suka-suka je nak sakitkan hati... tapi tu bagi orang yang keras hatinya, kadang-kadang terpaksa korbankan sesuatu even benda yg kita sayang.. maybe terbaik utk kita. Yang penting kasih sayang tu anugerah... berdoalah untuk mendapat kasih sayang tersebut :-)

Saya
: Bergantung pada situasi. Tapi jika kita sayangkan orang tu, kita akan berusaha sedaya upaya untuk tidak melukakan hati orang yang paling kita sayangi, seboleh-bolehnya biar kita yang terluka asalkan orang yang kita sayang bahagia dan gembira... (T_T)

Monday, July 27, 2009

Senyumku menawan?


Someone said that I have a good smile… =)

Really? Nak tergolek pula bila teringat. Kejadian ini berlaku tengah hari semalam bila saya diminta untuk membentangkan tajuk Mind Setting untuk kumpulan saya. After presentation, setiap ahli kumpulan akan memberi komen mengenai perbentangan tersebut. Saya tahu saya tidak bagus untuk deliver tajuk yang saya tidak expert. Lebih-lebih lagi apabila presentation tersebut harus dibentangkan in English..uwaaa (T_T)

But, mostly komen yang saya terima agak positif (mungkin kerana mereka semua kesian pada saya agaknya) dan yang saya tak boleh lupakan ialah bila dipuji seperti ayat di atas. Hahaha, mungkin kerana mahu meng'cover' kepanikan saya di depan semua serta kehabisan idea kerana sudah tak tahu nak cakap apa, maka saya akui saya memang banyak tersengih... daripada bercakap.

Tapi kenapa tak ada orang yang terpikat dengan senyuman saya ek?

To Cik Pretty : I tahu u mesti jeles+bengang baca entri nih, ahaks...

Friday, July 24, 2009

Teori Pemusatan Klien

Ada tiga perkara yang harus dimiliki oleh individu yang ingin menceburi profesion seperti saya. Tiga konsep asas ini harus diamalkan. Tiga perkara itu ialah genuine atau ketulenan, unconditional positive regards atau penerimaan tanpa syarat dan empathy atau empati. Saya masih tertanya-tanya sama ada saya benar-benar memiliki 3 perkara tersebut. Am I?

Thursday, July 23, 2009

Kata pujangga

Hidup umpama ais-krim, nikmatilah sebelum ia cair ~~(^_^")

Wednesday, July 22, 2009

Di antara pilihan II

Cinta tak semestinya dimiliki sekali pun orang itu sudah berada di depan mata. Biar pun perasaan itu sama tetapi ada kalanya tangan tak dapat mencapai kerana adanya pelbagai halangan.

Perlukah kita berfikiran luas dan jauh? Ya atau tidak, terpulang pada diri sendiri. Tanya pada diri sama ada itu kehidupan yang kita mahukan. Jika tidak, kita punya pilihan yang lain.

Tuesday, July 21, 2009

Di antara pilihan

Berada dalam sebuah keadaan yang kurang memberi jaminan masa hadapan tentu membuatkan anda berfikir sekali lagi tentang kehidupan anda. Adakah anda mahu berada dalam zon sekarang atau pun maju selangkah lagi? Pilihan terletak di tangan masing-masing. Baik dalam karier mahu pun kehidupan seharian, sudah tentu kita mahu mengorak langkah melakukan sesuatu yang lebih baik.

Dalam karier, berada di zon selesa tentu membuatkan kita tidak mahu berfikir dua kali. Cukuplah dengan apa yang ada, mungkin. Bagi yang tidak mudah berpuas hati, sudah pasti akan mencari jalan bagai mana mahu memajukan diri, tidak mahu berada di takuk yang sama, tentu sekali mahukan yang terbaik dalam kerjayanya.

Dalam kehidupan juga mungkin boleh jadi terlalu rumit atau mungkin terlalu simple. Tidak terkecuali soal hubungan sesama manusia. Adakah anda mahu berada bersama orang yang boleh memberi anda jaminan kebahagiaan dalam kehidupan atau berada bersama orang yang disayangi tapi tidak pasti di mana destinasi? Hidup bersama orang yang anda sayangi atau bersama orang yang menyayangi anda?

Apa juga keputusan, pilihan di tangan anda.
Yup, pilihan di tangan saya... (eh, kisah saya ke ni? ahaks...)

Monday, July 20, 2009

Sunshine

Tetiba aku rasa nak belasah si Striker ni, huhuhuhu…Tapi thanks God semuanya kembali ke keadaan asal...

Friday, July 17, 2009

Saya tidak kebal

Pernah tak anda berada dalam situasi di mana anda berasa sudah tidak mahu hidup lagi di dunia ini?

Ya? Tidak?

Jawapan saya Ya. Pernah, tujuh tahun yang lepas. Bila diingatkan kembali, terasa kelakar pun ada. Saya menyeksa diri sendiri. Tidak makan, berkurung dalam bilik, menangis sepanjang masa, betapa bodohnya saya ketika itu. Bodohkah? Tidak juga, mungkin saya tidak matang dan terlalu mengikut perasaan. Menyeksa diri sendiri, kadang-kadang saya rasa mahu bunuh diri. Mujurlah masih ada keluarga dan teman-teman rapat memberi sokongan. Kalau tidak, saya pun tidak tahu apa akan jadi pada saya. Cinta punya pasal.

Itu yang berlaku tujuh tahun yang lepas. Masih muda, masih mentah, tapi cukup memberikan pengalaman kepada saya sehingga mengajar saya untuk lebih kuat. Sekarang? Saya tak pernah menyangka kesudahannya akan berakhir begini. Adakah kali ini saya akan kuat? Saya tetap manusia biasa, sekuat mana pun saya bertahan, saya tetap tidak kebal, selama mana saya bisa bertahan?

Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.

Titik

...Hope for the best, PREPARE FOR THE WORST... Saya tak pernah menyangka kesudahannya akan berakhir begini (Titik).

Thursday, July 16, 2009

Striker

Adakah saya akan kehilangan dia? Kata dia...

"Apa maksudnya jika kita tak hormati keputusan orang yang kita sayang yang rasional pada keadaannya…? Bermakna kita dah tak hormati dia dan bila dah tak hormati dia bermakna kita memang dah tak sayangkan dia lagi…"

Kami bergaduh? Rasanya tidak, dia pun kata tidak, tapi kenapa dia diam? Kami berbeza pendapat dan saya tertingi suara (saya ni jenis emosional bila bercakap, huhu). Memang dia sangat cool, tak mudah marah atau melenting, punya tahap kesabaran yang tinggi, tapi dia tetap manusia biasa. Saya tahu dia sedikit terasa walau pun dia tak memberitahu saya. Tapi saya harap tekaan saya kali ini silap, tapi instinct saya jarang menipu, hmm…

Saya tahu saya tak patut bercakap kasar dan meninggi suara. Terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata? Memangla buruk padahnya. Walau pun berkali-kali dia bertegas bahawa dia tak marah dan tak apa-apa, tapi saya tetap tidak berasa tenang hati. Mulut saya ni pun memang tak ada insurans (kadang-kadang). Bila terlampau obses dengan kerja dan mahu mempertahankan hak, saya tidak akan mempedulikan orang lain. Dan bila dah jadi macam ni barulah rasa nak menyesal.

Saya cuba sms tapi tak berbalas, cuba call tapi tak berjawab. Pelik, tak pernah-pernah dia macam ni. Mungkinkah dia sudah mula jauh hati dengan saya? (T_T)

Wednesday, July 15, 2009

Arafah Cinta Kita

Orang sekarang, bercinta bersungguh-sungguh, sanggup berkorban apa saja demi yang tercinta. Lautan api sanggup di redah, sanggup menunggu sehingga 1000 tahun lagi walhal hidup sehingga seratus tahun pun belum tentu. Itulah yang dinamakan cinta (konon). Ayat-ayat cinta yang power ditaburkan. Mulalah terleka dan khayal. Kata orang cinta itu buta. Kata saya orang yang bercinta itu buta. Terpulanglah apa jua nak yang nak dikata.

Cinta sesama manusia hanyalah alat untuk mendapat cinta Allah (matlamat). Jadi untuk menjaga kesucian cinta, jadikanlah cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia. Bercintalah sampai syurga jika benar-benar cintakan pasangan kita. Cinta sampai syurga… jangan melupakan cinta Allah…

Tuesday, July 14, 2009

Rakan telefon

Mulut dan telinga tidak boleh bekerja serentak. Pilih sama ada anda mendengar atau bercakap. Jika anda sedang mendengar, tutup mulut rapat-rapat dan dengari orang yang sedang bercakap dengan anda...

Tapi kadang-kadang saya lupa juga, mulut ni suka sangat nak mencelah, hehehe. Saya sebenarnya seorang yang introvert (ek?...). Yup, saya sebenarnya pendiam, tak banyak cakap, malas nak cakap banyak. Tapi saya boleh menjadi sangat-sangat ekstrovert dengan orang yang saya selesa berbual. Kalau cakap telefon, selalunya paling lama pun 5-10 minit saya boleh bertahan. Kalau sampai 1 jam atau lebih, itu sangat-sangat luar biasa, amat jarang berlaku, hanya dengan orang-orang tertentu sahaja (sape? muahaha...)..

Saya pendengar yang baik? InsyaAllah, setakat ini, rasanya saya memang patut menjadi pendengar yang berjaya. Cuma kadang-kadang bila menjadi pendengar yang baik, saya juga akan menggunakan otak saya untuk berfikir, maksud saya menyediakan ayat-ayat (cinta) yang bersesuaian untuk di balas. Susah juga kan, tapi itulah hakikatnya. Bila bercakap, nak kena guna psikologi, bukan main sedap mulut je, betul tak?

Tapi, siapa nak dengar saya membebel lagi lepas ni. Rakan telefon saya bakal sibuk...huhuhu...

Friday, July 10, 2009

Renungan

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya ALLAH sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya ALLAH yang mengetahui rahsia kehidupannya... Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.

Thursday, July 09, 2009

Perlu kamu

Apa perancangan hidup awak?

Apa respon anda bila ditanyakan soalan sebegini? Bagi yang mempunyai perancangan hidup yang jelas, sudah tentu mempunyai penerangan yang panjang lebar. Saya? Bukannya saya tidak pasti. Tapi apa yang saya mahu agak mustahil untuk dikecapi.

Seawal menjejaki ke alam pekerjaan, saya bercita-cita untuk sambung belajar. Bagi saya pada masa tersebut, pelajaran adalah segala-galanya. Saya rela menghabiskan seluruh kehidupan saya dengan mencari ilmu, mendapatkan kelulusan setinggi yang boleh. Sekarang? Niat itu masih ada, cuma tidak tahu bila. Bukanlah lost atau hilang matlamat hidup, cuma saya ingin mengikut kata hati.

Saya terdiam bila ditanya soalan ini. Adakah saya benar-benar tidak tahu apa yang saya inginkan pada masa hadapan? Tidak. Cuma saya takut jawapan saya akan membuatkan si penanya serba salah. So, biarlah rahsia. Kadang-kadang lebih baik diam dari terlebih cakap, betul tak?

Wednesday, July 08, 2009

Jatuh cinta

Saya tak pernah mengimpikan untuk memiliki dia. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mendapatkannya. Tapi lama-kelamaan saya jatuh cinta pada dia. Yelah, hampir setahun saya bersama dia, setiap hari saya berjumpa dengannya, meluangkan masa bersama dia. Dan akhirnya, timbul juga rasa sayang saya pada dia walau pun pada mulanya tiada rasa kasih.

Saya pernah berasa sedih kerana dia. Minggu lepas saya terpaksa berkejar ke sana sini kerana dia. Saya berhabis duit disebabkan dia. Semuanya kerana dia. Penting sangatkah dia? Dia sebenarnya banyak membantu saya. Tanpa dia, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya.

Awak, saya sayangkan awak. Bersama awak, saya belajar berdikari. Menjadi berani. Walau pun kadang-kadang saya tak berapa nak pandai nak reverse dengan parking dengan awak, tapi saya akan belajar bersungguh-sungguh sampai saya terer. Thanks for always be there for me whenever I need you. I promise to take care of you (walau pun saya jarang nak mandikan awak, hehehe)…

p/s : Korang mesti ingat saya tulis pasal pakwe kan? Hahaha…cuba korang baca betul-betul entri ni pasal apa…

Terminator

Ok la cerita ni, tapi memandangkan tayangan waktu malam, saya hampir-hampir tertidur di awal tayangan. Tapi mungkin kerana sound effect yang melampau-lampau kuatnya, maka mata saya akhirnya terbuka luas. Cerita yang agak bagus, enjoy juga. Plan asal adalah untuk menonton Transformers tapi kerana kami sampai agak lewat maka terpaksala menengok mana-mana cerita yang available pada jam itu, huhuhu.

Pagi ni, saya tak putus-putus menguap, mengantuk sangat-sangat. Siapa suruh balik lewat tul tak? Huhuhu….

Monday, July 06, 2009

Situasi

Apakah perasaan anda jika anda berhadapan dengan situasi begini?

Situasi Satu
Anda diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam sesuatu urusan. Setelah pelbagai usaha dicurahkan, dan anda selesai membuat tindakan, mengambil keputusan, tiba-tiba ada orang mengubah keputusan anda. Apa perasaan anda?

Saya :
Bengang. Nampak macam orang tersebut tidak percaya dengan keputusan saya. Lebih baik jangan libatkan saya secara langsung dari awal. Nampak macam saya ini tidak berguna, tidak penting.

Anda?

Situasi Dua

Anda mengajak seorang teman untuk keluar kerana telah lama tidak meluangkan masa bersama. Tindakan anda mengajak dia adalah sangat berisiko, tetapi anda DARE untuk mengambil tindakan ini setelah menimbang baik buruk. Apakah perasaan anda sekiranya dia seumpama macam tak berapa nak kisah (andaian anda sendiri), malah mengajak orang lain turut serta walaupun ada alasan kukuh dan logik kenapa dia berbuat demikian.

Saya :
Tawar hati... (saya berhak untuk menyatakan apa yang saya rasa kan?...)

Anda?

BTN part II

Baru balik dari Kursus BTN. Well, agak penat dari segi fizikal, huhuhu. Tapi saya berjaya mengharungi semua aktiviti yang dijalankan, congrats to myself, yeahaa…

Hari pertama tiba saya telah berkira-kira untuk balik. Tapi disebabkan wajib menghadiri maka saya paksa juga diri walaupun hati saya meronta-ronta nak balik. Sepanjang hari saya cakap nak balik.. tapi sampai hari kelima baru saya balik, hehehe…

Overall, bagi saya kursus ni sangat bagus. Ini semua tentang negara. Saya cintakan negara saya...bertambah cinta, ahaks ~~~

Wednesday, July 01, 2009

BTN part I

Minggu ni saya kene pergi kursus BTN, uwaaa... bukannya saya tak sukakan kursus tu, cuma saya tak suka tang outdoor tu, ish... lemah betul la bila kena berlari, jungle tracking dan buat perkara yang sewaktu dengannya. Sekarang ni pun saya dah start menunjukkan tanda-tanda selsema, batuk dan sakit kerongkong, hope tak la melarat masa BTN kang, hukhukhuk...
Ok, wish me luck, hope i can face semua ni dengan hati terbuka...ek? I'm gonna miss a lot of things here..uwaa...seminggu tu lama tau... (T_T)