Hari ni tiba-tiba saja teringat pada kawan-kawan lama semasa belajar kat Unimas dulu. Ada yang masih berhubung, ada juga yang tak dapat dikesan. Ke manalah kalian agaknya. Tempoh 4 tahun cukup untuk kami mengenali antara satu sama lain.Melalui suka duka, pahit manis bersama. Sepanjang belajar di Unimas, saya tinggal di kolej, tidak pernah menyewa di luar. Tahun 1 di Kolej Sri Muara, Tahun 2 di Kolej Samarahan, Tahun 3 di Kolej Alamanda dan Tahun 4 di Kolej Sakura. Belajar di negeri orang, jauh dari keluarga, banyak memberikan pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Malah saya berbangga dengan diri sendiri kerana boleh hidup berdikari, jauh dari keluarga semenjak di Tingkatan 4 lagi. Semasa belajar di Sarawak, tidak pula saya rasa homesick, tapi bila bekerja ni, saya sering teringat pada kampung halaman, huhuhu...
Kepada semua kawan-kawan saya, thank you for being such lovely friends to me...
No comments:
Post a Comment