Saya seorang pemaaf, amat senang menghulurkan kemaafan, tetapi susah melupakan. Tak tahu kenapa. Hati saya juga cepat sensitif, terguris, tetapi cepat pula sembuh sendiri. Saya belajar untuk pujuk hati sendiri dari dulu sampai sekarang. Teringat pula semasa belajar di matrikulasi, saya merajuk dengan seorang teman (jiran sebelah bilik), saya buat-buat terlebih merajuk, dalam masa yang sama saya memberitahu rakan sebilik sekiranya teman saya itu mahu pujuk, belikan saya KFC 'snackplate'. Lalu teman saya itu memujuk saya dengan KFC, hehehe. Saya sebenarnya amat senang dipujuk. Dengan KFC, McD, pizza atau 'cheese cake' dari Secret Recipe, itulah modal yang paling mudah untuk memujuk saya. Tetapi sekiranya hati saya benar-benar terasa, saya akan menjauhkan diri, sehingga hati saya benar-benar pulih. Saya seorang yang panas baran, pemarah. Saya akan terus menunjukkan rasa tidak puas hati saya secara automatik, tanpa dikontrol [selalunya menerusi riak wajah]. Saya tidak suka hak saya diperkotak-katikkan. Saya juga amat pantang apabila seseorang itu tidak mempunyai rasa hormat. Saya tidak suka membuat perkara-perkara yang membuang masa dan mengambil masa saya. Saya tidak suka di arah dengan cara yang kasar kerana saya tidak suka mengarah orang. Ahh, terlalu banyak perkara yang saya tidak suka, sebenarnya saya fleksibel, walaupun ada perkara yang saya tidak suka, saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kerana dunia ini bukan saya yang punya. Saya hanya menumpang.
Berbalik kepada tajuk utama, 'Easy to forgive but hard to forget'. Ayat ini saya ambil dari kata-kata seorang pensyarah saya. Amat terkesan dalam hati saya. Mungkin kerana bersangkut-paut dengan kehidupan saya. Dalam kehidupan ada banyak kategori manusia, ada yang senang memafkan, ada yang sukar, ada yang senang melupakan, ada juga yang sukar melupakan. Saya cuba melupakan, tetapi amat sukar, kerana telah dilalui. Saya bukan pendendam, tapi untuk hati saya pulih, mungkin memakan masa, mungkin bertahun, mungkin berdekad, mungkin berabad. Segalanya mungkin.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment