Tuesday, January 13, 2009

Penatnya tunggu bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,"Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yang lain." Awak pun biarkan bas itu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain.


Kemudian, datang pula bas yang kedua.
Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, "Eee… bas ini buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ini akan rosak di tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, "Emmm…. tak ada 'air-cond'… cuaca pula panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.


Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak nak. Walaupun yang datang itu adalah bas yang ber'air- cond', adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak?


Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah, mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?


Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas itu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!


Hahahaha…. Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!


Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas itu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! "

2 comments:

  1. salam kenal nadila...

    hmm..menarik la entry nadila nih...hehehe...

    betol2..kdg2 kite rase tak sesuai .... jd jgn rapat atau mmberi harapan....

    ReplyDelete
  2. huhu, 'wan je'...kalau tak dapat naik bas, kita naik 'flight' je la..tak pun keretapi ke, hehehe

    ReplyDelete