Saya pernah ke Sarawak, malah tinggal di sana selama 4 tahun kerana melanjutkan pelajaran di Unimas. Tetapi saya tidak pernah ke Sabah. Terasa rugi kerana tidak pernah ke Sabah kerana hanya bersebelahan dengan Sarawak. Tapi sebenarnya dari Sarawak atau lebih tepat lagi Kota Samarahan (tempat saya belajar) memang amat jauh untuk ke Sabah. Menurut kawan saya perlu melalui Brunei untuk lebih dekat sampai ke Sabah dengan menaiki bas (1 hari semalam kalo tak salah saya)..huhuhu, jauhnya.. Saya pernah terfikir untuk ke Sabah dengan menaiki kapal terbang, tapi apabila difikirkan balik, harga tambang pulang ke Semenanjung jauh lebih murah berbanding ke Sabah. Hendak dijadikan cerita, saya tidak pernah ke Sabah walaupun berada di Sarawak selama 4 tahun.
Saya mempunyai ramai kawan yang berasal dari negeri di Bawah Bayu itu. Ada yang berbangsa Murut, Kadazan, dan lain-lain lagi. Malah beberapa orang teman baik saya berasal dari sana. Saya senang berkawan dengan mereka, walaupun berlainan agama.
Saya suka makan 'amplang' (saya tak tahu ejaan sebenar), sejenis makanan atau keropok ikan, bentuknya bulat-bulat berwarna krim kekuningan. Saya juga amat suka rantai tangan kristal dan kerongsang dari Sabah, hehehe.
Saya akan ke Sabah tak lama lagi, bukan bercuti tetapi atas urusan kerja. Tapi saya akan manfaatkan peluang ke Sabah (bukan selalu dapat 'fly' jauh-jauh)...Bagaimana agaknya Sabah ye? Saya hanya mendengar keseronokan di sana melalui kawan dan juga ibu saya. Harap saya dapat bekerja sambil bercuti, hehehe. Setelah saya maklumkan kepada ibu bapa saya bahawa saya akan sana, saya terus menerima mesej dari kakak dan abang saya (cepat je berita tersebar kat mereka). Saya menerima pelbagai tempahan, ada yang tempah kerongsang, loket, udang kering dan lain-lain. Nampaknya kenalah saya membawa bekalan duit yang mencukupi untuk membeli ole-ole untuk ahli keluarga (harap-harap saya ada masa untuk membeli-belah).
Sabah, i'm coming, yeahaaa...
Wednesday, January 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment