Thursday, February 05, 2009

Cinta Pertama


Cinta itu buta. Benarkah? Atau orang yang bercinta itu buta? Saya pernah buta kerana cinta, bukan buta mata tetapi buta hati. Saya cintakan dia, teramat sayangkan dia. Tapi, tidak pernah sedikit pun dia kasihkan saya. Saya keliru, di awal perkenalan, dia meluahkan rasa sayangnya pada saya, tindak tanduknya tidak ubah seperti orang yang kasihkan saya. Hati manusia, benarlah kata orang, hati manusia cepat benar berubah. Saya jadi keliru, antara ucapan dan tindakan. Tapi saya tetap cintakan dia.
Kadang-kadang saya terkilan dengan tindakannya. Tidak pernah dia menjaga hati saya. Bersama dia, saya belajar memujuk hati sendiri. Saya tidak boleh merajuk. Malah, yang paling sedih, saya tidak boleh cinta atau sukakan dia. Salahkah saya sayangkan dia? Saya tidak sanggup kehilangan dia. Walau pun banyak cinta lain datang, tapi saya tetap sayangkan dia. Sampai hati dia buat macam ini pada saya. Tidak ingatkah dia pada pengorbanan yang saya lakukan. Bukan mengungkit, cuma tiadakah perasaan belas untuk saya. Dulu, kata dia, sayalah insan yang sanggup bertahan dengan dia di waktu insan-insan lain meninggalkan dia. Saya keliru. Tidak faham dengan sikap dia. Sekejap sayang sekejap tidak.
Lima tahun saya sayangkan dia. Lima tahun saya pendam perasaan saya. Saya menipu perasaan sendiri demi menjaga hati dia. Saya melihat dia bahagia dengan insan istimewa di hati dia. Bodohkah saya? Saya pernah terkilan, tapi saya tiada hak untuk menghalang dia mencari kebahagiaan. Mungkin dia tidak rasa bahagia dengan saya.
Saya tahu, sayang tak semestinya memiliki. Walau pun terkesan di dalam hati saya, tetapi saya tetap mendoakan kebahagiannya. Saya faham, mungkin dia bukan jodoh saya. Walaupun berkali-kali saya berdoa, mungkin benar dia bukan untuk saya. Cuma saya terfikir, tidak pernahkah terlintas di hati dia tentang kewujudan saya selama ini? Kini saya tidak berharap, malah berhenti berharap. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia.

2 comments: