ia suatu perasaan aneh
pelik
terasa sedih tapi tak mampu menangis
sebak tapi ditahan-tahan
agar air mata tidak jatuh
sudah penat memikirkan nasib
yang melukut di tepi gantang
sukar mahu meluahkan
kerana sudah pasti tidak akan ada yang benar-benar memahami
dipendam-pendam jauh ke dalam
terasa mahu bercakap
tapi mulut umpama dijahit
bimbang jika kata-kata sendiri
boleh mengguris hati sendiri
teringin berkongsi cerita
apa yang di rasa
apa yang di lalui
tapi tetap tidak mampu
kerana tahu tidak akan ada yang benar-benar memahami
menerima nasib diri
kerana sudah tiba masa
akan ditinggalkan
hanya yang membezakan
LAMBAT atau CEPAT sahaja
sudah pasti akan ditinggalkan
Friday, February 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment