Minggu ni terasa minggu yang amat sibuk dan padat. Dengan komitmen kerja dan tugas di luar kerja hakiki, maka ia memadatkan lagi.Ye, semua orang sibuk, aku tahu, bukan aku je yang sibuk, okey.
Baru balik dari berkursus. Konon mahu retreat dan fresh minda. Tapi, ia menyesakkan lagi. Keliru dengan tugasan yang pelbagai. Multitasking. Yup, kami buat semua, dari kuli sampai jadi bos, kata multitasking. Suruh fotostat, angkut kertas 14 berim-rim, laminate, shred paper? Beres, jadi penceramah dan bagi arahan pun boleh. Kata multitasking, campak saja semua, bias di beresi.
Waduh. Pening den, bila disuruh expose berlebihan. Katanya, "walaupun program kecil, tapi biar promosi lebih, buat besar-besaran biar satu dunia tahu", ok aku telah menokok tambah ayat satu dunia tu, tapi pointnya adalah biasa semua tahu kita buat program. Fine, aku dahla jenis mulut diam, tak suka expose. Tapi kene suruh plak macam tu, ianya bukan aku. Dilema.
Satu lagi, baru pas belajar dalam The Apprentice, " It is ok to talk, sometimes, and not just doing". Jadi, aku tak boleh terus buat kerja je, diam dan kerja, tapi kene lebihkan cakap. Nampak gaya kena tukar personalitilah lepas ni, cakap harus gempaq, buat kerja jatuh no.2.
Dunia-dunia.
Thursday, June 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment