Thursday, June 06, 2013

Khamis

Minggu ni minggu orientasi pelajar, walaupun aku tak terlibat secara langsung, aku masih terlibat menjadi AJK. Yup, nama saja AJK, tapi ianya bukanlah sehebat mana. Ya, aku merasakan kerjaya aku makin merudum,  malah suam-suam kuku sahaja.

Bukan aku tak bersyukur, tapi rasanya aku perlukan suasana baru, tempat baru, aku berkira-kira mahu memohon pindah, tapi banyak faktor pula yang muncul, masalah, den poning.

Aku sendiri tak tahu apa yang aku mahukan, pencapaian bagaimana yang aku mahu atau anjakan macam mana. Tapi aku tahu keseronokan itu makin lama makin pudar tak seperti awal-awal dulu.

Ya, aku tak pandai berkomunikasi, malah tak pandai ambil hati, malah tak pandai expose kan diri. Aku tak suka cakap banyak, kerja tarak, aku lebih suka buat kerja, diam-diam. Ya, itu kelemahan aku, tidak pandai glemerkan diri. Apatah lagi bermanis mulut, puji-pujian dan seangkatan dengannya. Mulut ini berat untuk mengukir senyum atau mengangguk dan mengganggap semua betul, yes, dan yes. Malah ekspresi muka bengang, tak puas hati, menyampah lebih terserlah tatkala aku tak suka tanpa perlu disorok-sorok. Ish, susahnya menjadi plastik. Sopan-santun dalam senyuman manis sukar muncul di wajah aku.

Menonton The Apprentice Asia bersama Encik Tony, masih-masih terngiang-ngiang ayat beliau, "dalam bisnes akan ada 'kekejaman', kita akan buat apa saja untuk menang". Itu dalam bisnes. Realitinya, ia ada di mana-mana.

No comments:

Post a Comment