Minggu sibuk lagi. Kali ni dengan mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat. Aku bukanlah orang yang suka masuk meeting. Sebab aku tak suka menokok tambah, mengeluarkan idea, dan bercakap seperti seorang yang bijak pandai. Diam adalah yang terbaik. Sebab diam pun, kita buat bahagian kita, kita bukan pandai cakap jer...Dulu masa ada boss, selalu kene wakilkan dia masuk meeting, kadang-kadang rasa macam tak puas hati juga kenapalah kene masuk meeting, aku bukan reti nak cakap apa. Tapi, lama-kelamaan baru tahu niat dia sebenar. Dia nak pindah, so dia banyak suruh aku sebab nak aku belajar dari awal, jadi tak dela aku culture shock nanti. Sekarang? Tetap rasa tak best juga, tapi kene buat. Tapi memang suka diam, sebab rasa macam kalau lontarkan idea pun bukan ada orang kisah dan amik tahu. Lagipun, kata-kata generasi Y tidak sehebat X. Tiada bombastic. Ia straight to the point, ayat budak tak matang. But then, diam jelah. Lagipun aku bukan pandai bercakap, puji-memuji, haish. Kita nak buat macam-macam, but bila suarakan, ia disekat. Hello, tadi tanya, lainkali jangan tanya lah weh. So, itu juga boleh mematahkan semangat yang berkobar-kobar. Pengalaman dihalang, sekat, dipangkah, diattack, akan menyebabkan pelaku memilih untuk berdiam diri walaupun ada idea bernas sekalipun. Biarlah mereka yang bijak pandai menguruskannya. Ya, itu tanda kekecewaan, walaupun mulut seakan mahu memberi pandangan, ia terkunci di situ sahaja. Simpan. Diam.
Thursday, July 04, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment