Thursday, June 06, 2013

terima cabaran

Pagi tadi baru saja menyuarakan keinginan untuk mengubah angina. Alih-alih dapat offer untuk satu task yang mencabar. Mencabar bagi saya kerana mana mungkin saya mampu untuk selesaikan tugas berkenaan. Perlu ada keberanian dan ilmu penuh didada. Hmm...
 
Hmm lagi. Berfikir berpuluh kali, amik ke tak nak. Kalau terima, ia satu cabaran dan pengalaman baru. Sampai bila saya mahu buat kerja sama sahaja, berurusan dengan golongan sama je. Ia bagus untuk saya pertingkatkan diri dan kepakaran, ia benar-benar mencabar menghadapi golongan senior. Tolak? Ya, saya kurang berkeyakinan, takut dikata cakap tak serupa bikin. Saya juga juga manusia biasa, tapi kita melihat dari sudut dan perspektif berbeza. Yang penting amalan, amalkan atau dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aishh...
 
Risau? Sudah tentu, bila saya tanya pandangan rakan seangkatan, semuanya memberikan respon negatif. Katanya "Jika tidak tahu, jangan buat". Ya, benar, ilmu saya masih belum sampai tahap 'dewa', usia saya terlalu 'muda' untuk bercakap perihal itu, saya masih setahun jagung. Tapi, sampai bila kita mahu jadi macam ni saja? So-so?
 
Tanya pula pada rakan baik, "Terima, inilah peluang untuk improve diri, tingkatkan expertise". Ya, mereka bukan di bidang saya, tapi galakan mereka positif. Masih ada masa untuk saya buat homework pasal ni.
 
Saya perlukan cabaran, saya dah bosan buat perkara sama.

No comments:

Post a Comment