Wednesday, February 20, 2013

kekalahan

aku jenis yang tak boleh terima kekalahan
maksud aku, dari segi peribadi
kalau kalah pertandingan 5S
atau pun kualiti
tak de masalah
sebab memang aku tak minat sangat

tapi dari segi belajar, kerjaya dan peribadi
bila aku aim pada sesuatu
dan tidak dapat
ia membuatkan aku kecewa
kecewa kerana kelemahan diri
kecewa kerana aku tidak cukup berusaha
kecewa kerana aku tidak bersungguh2
adakalanya memang sudah tertulis bukan rezeki kita
tapi ia ambil masa
untuk menerima
kekalahan ini

No comments:

Post a Comment