Wednesday, September 30, 2009

Haru-biru

Minggu ni mungkin minggu yang agak haru-biru buat saya. Eh, bukan saja minggu ni tapi juga sepanjang bulan ni dan bulan depan sebenarnya. Oh, sangatlah tidak best! Kenapa? Macam-macam jadi, sampai dah nak termuntah menengok pc nih dan berada di sini.. Dan disebabkan jiwa kacau jugak, makin menambah kekusutan yang telah sedia ada.

Semalam sempat juga mencuri masa keluar menemankan Cik Aniey servis keta walaupun dalam sibuk. Memang nak keluar pun dari opis tu. Dan secara tak sengaja Cik Aniey menjadi mangsa bebelan saya pasal keje..., bila keje banyak mulalah nk brenti ye tak, huhuhu... Mujurlah insiden 'GULA' menyebabkan saya ketawa mengekek, kehkehkeh... Heran sungguh saya bila Cik Aniey nak beli GULA kat kedai pc, wakakaka... Gula adalah tidak sama dengan Cooler ye tuan puan... Tengah tak betul, cooler di fahamnya gula, adoi...

Hari ni, sambung lagi keje haru-biru, barulah terasa kekalutan menyelubungi hidup ni. Oh ya, hari ni ada dua appointment sesi ngan students. Bertuah students ni kerana saya sudi mendengar luahan mereka. Saya?

Kadang-kadang jangan terlalu banyak meminta dan berharap kerana sebenarnya kita akan melukakan hati sendiri...

Tuesday, September 29, 2009

Jiwa kacau

Sudah lama saya tak dilanda penyakit ini. Tersangat kacau sehingga saya tak dapat nak tumpukan perhatian. Angin saya juga tidak berapa baik, nasib baik puasa, sekurang-kurangnya saya bersabar dan tak baran sangat.

Teringat pula kata-kata Langit Ilahi, cinta itu biarlah berlandaskan kepada Allah, barulah kita akan redha dengan setiap yang berlaku.

Ada sesiapa yang sudi nak bagi sesi kaunseling kat saya? (T_T)

Monday, September 28, 2009

Saya dilanda kerinduan

Huahuahua… bunyinya mungkin agak meloyakan… Memang saja-saja je saya letak tajuk entri ni seperti di atas..

Benarkah saya dilanda kerinduan? Betul kot…

Atau saya dilanda sakit hati? Agak la..kerana terasa dilupakan (T_T)

Ku akui ku sangat-sangat menginginkan mu
Tapi kini ku sadar ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Ku akui ku sangat-sangat mengharapkan mu
Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa siapa untukmu
Ku cintaimu tak berarti bahwa
Ku harus milikimu slamanya
(Di antara kalian – D’ Masiv)

Inilah lagu yang saya menemani saya pergi balik sepanjang perjalanan hari tu.. Dan tiba-tiba lagu ni masuk ke dalam mimpi saya semalam, adoi...

Lemah

Di saat saya menulis entri pagi ni, sepatutnya saya tengah menyiapkan kerja yang bertimbun ini, huhuhu, rasa tensen pula bila kene siapkan keje setelah bercuti lama-lama. Dan di saat ini juga, mata saya teramat mengantuk, mungkin tak biasa bangun pagi setelah sekian lama bangun lambat, wakakaka…

Puasa? Hari ni puasa, insyaAllah, kalau tak ada sebarang halangan. Elok la puasa time tengah rajin ni, lagi pun malas nak fikir nak breakfast ngan lunch apa hari ni.

Kerja saya agak terbantut hari ni, tiada mood, cam biasalah, susah sungguh nak memotivasikan diri sendiri ni. Tapi kalau cakap kat orang leh pulak, heran2x…

Ok la, nak sambung kerja..(cik pretty tentu tensen bila saya buat-buat bz, kehkehkeh)

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri diucapkan buat semua...
Mohon maaf di atas segala salah dan silap



p/s : Ada tak yang akan rindu dan ingatkan saya sepanjang ketiadaan saya nanti? mr. striker tak nak singgah kelate ker? hukhukhuk... (T_T)

Wednesday, September 16, 2009

Jodohku di mana?

Kisah 1
Suatu masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan kepaknya, indah sekali…. Sayangnya rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan sayapnya yang indah itu... dia menderita kesakitan kerana aku.. akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian...

Kisah 2
Ibu bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan kepada mereka. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau menoleh ke belakang.. Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa..

Kisah 3
Aku punya seekor burung yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh..

Kisah 4
Dahulu, aku dan wanita saling mencintai. Kami hidup bahagia bersama. Namun suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan tulang rusukku. Kata-kata aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak ketemui tulang rusuk masing-masing..malangnya, setelah bertemu semula, dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi..

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kita menangisi kehilangannya

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita...

Tuesday, September 15, 2009

Cinta terlarang

Hari ni saya betul-betul tiada idea untuk mengupdate blog ini. Selalunya pagi-pagi lagi saya mesti akan menulis sesuatu. Hari ni? Kerana sibuk mengejarkan dateline urusan yang saya sendiri tangguhkan (padan muka saya)… jadi saya tak mengarang ye hari ni, sekadar membaca blog orang jek.

Saya kongsikan lirik lagu yang diambil dari blog Pena Mutiara, sangat sedih woo lagu ni…hukhukhuk….cerita Pena Mutiara pun sedih jugak, hukhukhuk… cinta terlarang (T_T)
Mengapa cinta ini terlarang
saat kuyakini kau lah milikku
mengapa cinta ini tak biasa menyatu
saat ku yakin tak ada cinta selain dirimu

Tuhan berikan aku hidup
satu kali lagi
hanya untuk bersama nya
ku mencintai nya
sungguh ku cintainya

Rasa ini sungguh tak wajar
namun ku ingin tetap bersama dia
untuk selamanya…

(Cinta terlarang – The Virgin)

Monday, September 14, 2009

Kad raya pertama


Akhirnya, dapat juga saya kad raya, hehehe... Dengan ini saya persembahkan kepada anda kad raya saya yang pertama untuk raya tahun ni, daripada anak buah ku yang belajar pra-sekolah, Irwan. Beria-ria dia menyerahkan kad ni pada saya. Dan tenkiu to Cik An sebab menjadi photographer pagi ni bagi membolehkan saya post kat entri hari ni, muahahaha...

Friday, September 11, 2009

Susah ker nak membahagiakan hati orang?

Situasi 1
Sekiranya anda mahu ke mana-mana, adakah anda akan maklumkan kepada orang-orang penting atau orang yang anda sayangi sekiranya anda telah memulakan perjalanan dan tiba ke destinasi? Ya atau tidak semuanya bergantung kepada anda, tapi mungkin anda harus sedar, sekiranya anda mengabaikan perkara ini, anda sebenarnya merisaukan hati orang kerana jauh di satu sudut, sebenarnya masih ada orang yang mendoakan keselamatan anda. Sudah tentu anda tak mahu membuatkan orang yang anda sayangi tertanya-tanya atau bimbangkan anda kan?

Situasi 2
Setiap kali anda bercuti atau outstation, adakah anda akan menghubungi teman baik atau orang yang anda sayangi untuk bertanya khabar? Memanglah itu privacy anda, anda berhak mendapatkan kedamaian tanpa gangguan sekiranya bercuti atau sibuk dengan perihal kerja sekiranya outstation, tapi tak salah jika anda meluangkan sedikit masa kan? Mungkin satu sms dah cukup membuat orang yang care tentang anda gembira menerima khabar anda. Anda bukan memerlukan satu jam tapi hanya satu saat.

Situasi 3
Jika anda memancing ikan, setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah anda mengambil terus ikan itu, janganlah sesekali anda lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kail tu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah anda memberi banyak pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangi anda hendaklah anda menjaga hatinya, janganlah sesekali anda terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama anda dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati anda.

p/s : Renungan untuk anda dan juga diri saya sendiri. Kadang-kadang kita terlupa untuk melaksanakan perkara yang sangat kecil lagi ringkas sedangkan ia amat penting dan memberi kesan dalam hidup seseorang.

Thursday, September 10, 2009

Kene tag lagi...

1. Nama timangan saya...
Family – anne, cik su
Rakan, kawan, rakan sekerja – wan, dila, adila

2. Saya seorang yang...

Cerewet bab makan…

3. Lagu favourite saya…
Menjaga hati (sedih, hukhukhuk…)

4. Makanan kegemaran saya...
Tom yam…

5. Soalan dari saya yang telah abaikan oleh 'somebody'....
Tak faham la soklan ni

6. Warna kesukaan saya...
Putih...

7. Benda yg mesti ada dalam beg...
Duit la of course...semua dokumen penting macam IC, lesen memandu, kad atm, barangan make up ku yang tak seberapa tu, pen, kunci rumah dan kunci kereta, tisu muka, HP

8. Kali terakhir saya menangis...
Dua minggu lepas, ceritera sedih, sekarang ceritera gembira je, hehehe...

9. Sikap yg buat saya stress...
Bila saya tak dapat siapkan kerja yang saya patut buat dan saya menangguhkannya sebab tiada mood (tak patot kan?)

10. Tag 5 rakan anda
Hari ni saya baik hati, kesian pula nak menTAG orang lagi, jadi siapa-siapa yang dah terbaca entri ni so automatik anda di TAG, muahahaha...

Munajat cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu. Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu. Agar aku tidak jatuh dalam jurang hawa nafsu

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku pada-Mu. Agar aku tidak berpaling daripadaMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi kepadaMu

Amin…

Wednesday, September 09, 2009

Benarkah itu cinta?

Aku betul-betul sayangkan dia”
“ Lelaki itu pun cintakan aku”
“ Kami berdua saling cinta-mencintai”
“ Kami mahu membina mahligai bersama” Tambahnya lagi

Mabuk. Mimpi yang entah berapa tahun lagi baru menjadi realiti, tetapi terasa seperti esok akan menjadi. Benarkah itu cinta?

“ Kau tahu apa makna sayang?”
“ Menjaga orang yang kita sayangi dari kesengsaraan, membuat dia bahagia”
“ Maka kamu tidak mencintai dia sebenarnya” Saya menjawab perlahan.

Cinta bukan semudah tiga perkataan. Cinta yang sebenar adalah taat kepada TUHAN. Maka cinta kepada manusia, berdiri atas ketaatan. Secara tidak sedar, cinta itu memerlukan sepenuh hati. Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk ILAHI. Dari cinta kepada ILAHI inilah, terbinanya cinta antara insani. Cinta yang asasnya iman dan taqwa, cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan ALLAH.

Cinta itu datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab membahagiakan pasangan kita. Bukan bahagia di dunia semata. Tetapi bahagia hingga ke akhirat sana.

Bagaimana pula dengan cinta saya? (T_T)

Tuesday, September 08, 2009

Siapalah saya (T_T)

Soalan 1 : Apa perasaan anda sekiranya anda mengetahui sesuatu perkara mengenai orang yang anda sayangi daripada orang lain bukan daripada orang yang anda sayangi sedangkan perkara tersebut teramat penting?

A - Terasa diri tidak penting
B - Tidak istimewa
C - Marah
D - Sedih

Soalan 2 : Apa yang anda akan lakukan jika anda berasa kedudukan anda tidak selamat dan tercabar?

A - Bersiap-sedia lebih awal dari segi fizikal, mental dan emosi
B - Melarikan diri ke tempat lain (berpindah?)
C - Membuat transformasi diri yang baru
D - Berhadapan dengan cabaran tersebut


Soalan 3 : Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda perlu memilih antara melukakan hati sendiri atau melukakan hati orang lain?
A - Hati sendiri (jika melukakan hati sendiri hanya satu pihak yang akan terluka kan?)
B - Hati orang lain (anda sangat kejam jika melukakan hati banyak pihak kan?)
C - Melukakan hati sendiri dan hati orang lain (tidak adil kan?)
D - Melarikan diri dari masalah

This song is telling what i feel right now (T_T)

Mian-han-goni mian-haeya hanun-goni
nol saranghage dweborin-gol
nae sarangi nol manhihim-tulge
handanun-gol almyonsodo

ajikdo po-dae-chido mothago-isso
iron-nal i-hyae-handamyon
chogum man-nada on-nago hae-do
na yongso-hae chamshiman do

anirago an-dwendago
nae nunul kalyodo nonun
issot-go ham-gge-haeso apa-hamyo
sarado kugot-manuro haeng-bo-khae-sso

nae dogwerul damaga tut-ji-anhado
onjena nae-ge marul-haet-go
chiwojiji anh-nundamyon
ijen chongmal saranghago-shipo
(Miahn Haeya Haneun Guhnee – OST Sassy Girl Choon Hyang)

Monday, September 07, 2009

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
(Tuhan Berikan Aku Cinta –OST Ketika Cinta Bertasbih)

Kena tag

Tag ni daripada Cik Nurul yang hampes kerana telah men'tag'ku…Dahla panjang tag ni, nasib baiklah diriku kerajinan untuk melayan tag ni, huahuahua… Kita mulakan ye….


1. Bekas kekasih sy adalah :
Used to be my very bestfren…

2. Sy sedang mendengar :
Bunyi aircond yang bising serta bunyi construction kat bangunan depan ni, huhuhu…

3. Mungkin sy patut :
Tidur sekarang, ngantuk..huahuahua, sebab saya duk menyembang ngan Cik Hani sampai tengah malam semalam

4. Sy suka :
Tidur…tidur…dan tidur…yehaaa…

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Ada merata-rata…

6. Saya tak paham :
Kenapalah saya dilanda kemalasan sekarang ni, I wonder la, hehehe…

7. Saya kehilangan :
Erk..tak de pulak hilang pape setakat ni

8. Ramai yang kata :
Saya tak de masalah, ish, mengarut betolla...

9. Makna nama saya :
Cahaya Keadilan...

10. Cinta itu adalah :
Macam chewing gum, u’ll never know the taste until u chew it...

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Merindui saya, kehkehkeh, ada ker?

12. Saya akan cuba :
Menyiapkan semua kerja hari ni, chaiyok2

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Forever...

14. Telefon bimbit saya :
Huhu, yang cikai punya, yang boleh sms dan jawab call je, handphone ku yang tak berapa nak canggih tu telah rosak...uwaaa...

15. Bila saya terjaga dari tidur :
Tengok handphone ler...

16. Saya paling meluat bila :
Teringat perkara yang menyakitkan hati

17. Pesta/Parti :
Uit..itu bukan kehidupan saya

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
Garfield tu kira haiwan la kan?

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Kanak-kanak, disukai dan dimanjai…

20. Hari ini :
Tengah berfikir untuk membuat biskut/menunjuk biskut untuk yang tersayang…

21. Malam ini saya akan :
Menjadi insan solehah

22. Esok saya akan :
Rajin dan lebih rajin daripada biasa

23. Saya betul-betul inginkan :
Ketenangan

24. Ketika saya lihat wajah saya di cermin di hadapan cermin pagi ini :
Cantik juga eyeliner baru beli ni, kehkehkeh, ke mataku yang cantik? hahaha...

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :

Baru lepas shopping coklat kat Giant ngan Cik Hani semalam, tapi lum makan pun lagi, semalam full...

26. Makanan barat atau Jepun :
Barat...tapi prefer masakan Melayu la

27. Bilik yang terang atau gelap :
Tidak kisah, saya tetap boleh tidur walaupun terang atau gelap...

28. Makanan segera adalah :
Makanan yang saya cuba kurangkan makan, diet!

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
Sayang...kehkehkeh...

30. Siapa yang anda mahu TAG? :
Ramai yang nk di tag, tu pun kalo diorang sedar kena tag iaitu Cik Hani, Cik Maz, Cheda, Kak Ida dan sesiapa je yang tengah baca entri ni... muahahaha...

Saturday, September 05, 2009

Sabtu

Lagi beberapa jam nak masuk hari Ahad. Penatnya, baru lepas hantar pelajar sakit, alahan, sangat teruk, malah dia hampir pengsan selepas diberi injection. Mujurlah tak ada apa-apa lepas tu, alhamdulillah. Pagi tadi ada kursus, sampai petang, boleh tahan juga penat, penat mendengar, tapi tak apalah, ilmu. Ok la, masa untuk tidur, nasib baik esok ahad, masih dalam mood cuti, esok plan nak pergi library, nak pinjam buku, hehehe, nak jadi ulat buku, bukan ulat bulu tau.

Friday, September 04, 2009

Gelisah? Marah?

Gelisah itu seksaan Allah SWT pada mereka yang tidak beriman. Mengapa gelisah terjadi? Kerana seseorang tidak redha/berserah/pasrah/rela dengan ketentuan Allah SWT.

"Hati itu milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa gelisah daripada hati kita. Itulah seksaan Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman"

Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya, cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InsyaAllah jiwa akan tenang. Ulangi terus.

p/s : saya tengah marah…sedih pun ada juga, sakit hati pun ye… (T_T)

Tanya pokok dan hati

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Apa sebab goncang
Nanti jawab angin
Langit nak hujan
Tanya sama langit
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satu batu
Bayangpun hilang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Thursday, September 03, 2009

Incomplete

Empty spaces fill me up with holes,
Distant faces with no place left to go,
Without you within me I can’t find no rest,
Where I’m going is anybody’s guess…

I’ve tried to go on like I never knew you,

I’m awake but my world is half asleep,
I pray for this heart to be unbroken,
But without you all I’m going to be is incomplete…
(Incomplete -BSB)

Lagu ni ditujukan buat En.Striker yang ngokngek. Bilalah En.Striker nak nyanyi lagu untuk saya lagi…? huhuhu

Hipotensi

Penyakit darah rendah atau Hipotensi (Hypotension) adalah suatu keadaan di mana tekanan darah seseorang turun dibawah angka normal, iaitu mencapai nilai rendah 90/60 mmHg.

Tanda dan Gejala
~ sering pening
~ sering menguap
~ penglihatan kadang-kadang kurang jelas terutama apabila duduk terlalu lama lalu berjalan
~ keringat dingin
~ merasa cepat lelah tak bertenaga
~ pengsan yang berulang

Rawatan
~ Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi untuk meningkatkan degup jantung sehingga tekanan darah akan meningkat
~ Makanan mengandungi kadar garam lebih dari biasa
~ Berolah raga teratur seperti berjalan pagi selama 30 minit, minimum 3x seminggu dapat membantu mengurangi timbulnya gejala
~ Pada wanita dianjurkan untuk mengenakan stocking yang elastis
~ Pengambilan ubatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktiviti seharian

Wednesday, September 02, 2009

Kelu

Entah kenapa, kebelakangan ni lidah saya kelu sungguh untuk bercakap terus-terang. Banyak benda yang harus difikirkan. Untuk kebaikan semua orang. Tak kan saya nak pentingkan diri sendiri dan fikirkan diri saya sahaja semata-mata kan? Walau pun ada masanya saya agak selfish, dan saya kira kali ini pun saya akan menurut kemahuan sendiri, tapi tetap rasa bersalah. Memang tak patut saya terus-terang apa yang saya rasa. Mungkin diam itu akan menyelamatkan keadaan. Mungkin berada di zon sekarang akan membuatkan semua pihak rasa selesa. Walau pun tidak bagi saya. Sampai bila kesudahannya akan berakhir seperti ni. Sampai 2 tahun lagi? 5 tahun lagi? Saya pun tak tahu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kenapalah saya mesti fikirkan orang lain? Dan sekiranya ditanya mengenai apa-apa, jawapan saya cuma 'entah'... Bukan tak ada jawapan, tapi saya belum ada kekuatan untuk bercakap sejujurnya apa yang saya rasa. Tapi ketahuilah, ia untuk kebaikan semua pihak, dan saya yakin sekiranya saya terlampau come clean, si penanya pasti serba salah dan harus memikirkan tentang saya dan saya akan rasa bersalah.

p/s : Korang tentu pening baca entri ni, hahaha, hanya yang tahu akan faham...

Tuesday, September 01, 2009

Terabai atau diabaikan?

Semenjak dua menjak ni saya terasa seperti diabaikan, huhuhu (baca dalam nada sedih)… Adakah saya je yang berfikir bukan-bukan atau memang tepat perasaan saya ni? Susah juga nak cakap. Tapi terasalah perubahan itu berlaku perlahan-lahan. Kalau sebelum ni ada je orang layankan perangai budak-budak saya ni. Sekarang? Huhuhu… sedih… pilu… agaknya dah tak kuasa kot nak melayan karenah saya ini (T_T)

Bila sedih-sedih camni teringat pula lagu Aisyah – Melukut Di Tepi Gantang…Kata Aisyah "ada tiada tak memberi kesan"... camtu lah saya agaknya... (T_T)

Mengidam

Tetiba je saya rasa nak makan kuih raya hari ni. Adoi...nak buat kuih raya la. Tapi kuih raya apa? Saya nak makan kek coklat, huhuhu... Dah lama tak makan kek coklat nih, kalau dapat makan kek coklat dari Secret Recipe kan best, hukhukhuk... Oh, itu namanya beli, bukan buat...

Cornflakes madu? Macam best juga, tapi kemalasan mengatasi segalanya...

Dan yang paling penting, camne nak masak biskut or kek raya kalau tak de oven kat rumah, betul tak?

Balik kampung..ooooo...

Rasanya macam lama betul saya balik Kelantan walau pun hanya beberapa hari. Seronok? Seronok la juga, dapat berbuka di home sweet home… Eh, silap, bukan rumah sebenar kerana saya banyak menghabiskan masa di rumah tempat operasi penjualan serunding. Penat juga asyik ulang-alik, walaupun jaraknya tak sampai 10 minit, hehehe…puasalah katakan… Mujurlah ada Irfan, buah hati pengarang jantung saya yang terkini.. hehehe.. jangan jeles. Banyak menghabiskan masa bersamanya.

Balik rumah kali ni lebih banyak berada di rumah. Saya cuba mengasah bakat sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Biasalah, menguruskan rumah yang telah lama ditinggalkan kerana kesibukan orang tua di tempat operasi. Jenuhla mengemop, membasuh dan macam-macam yang sewaktu dengannya... dan saya kini lebih berminat menjadi suri rumah pulak, tapi bergaji. Tugas sebagai suri rumah tapi cukup bulan dapat gaji, ada ke hah?

Macam biasa, bila balik ke negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ni (betul ke nih?) selalunya banyak membuat pelaburan di samping menjana ekonomi di sana. Tapi hanya sempat masuk ke satu kedai sahaja, huhuhu...Telah terbeli dua pasang baju kurung untuk sesi berhari raya nanti. Tapi rasanya tak sempat tunggu raya dah excited nak pakai nih, hehehe...

Kerja? Uwaa... tetiba saya rasa sesak nafas...erk...