Esok cuti umum, cuti untuk orang-orang yang dah penat bekerja. Tapi macam biasa, cuti mungkin tak bawa apa-apa makna kepada saya (alangkah bagus kalau cuti ini boleh di forward ke hari lain). Rasa cemburu melihat orang lain sibuk nak balik kampung. Saya? Bukan tak rindukan kampung halaman, cuma belum sampai masanya untuk bercuti. Sebabnya, saya tak suka cuti pendek, sekiranya mahu bercuti, mestilah cuti panjang, lama selama lamanya. Biar puas bercuti. Bila saya akan ambil cuti? Tak lama lagi, bila semua urusan dah selesai. Sakit kepala memikirkan kerja dan beberapa perkara yang masih pending. Saya mahu semua tanggungjawab saya di sini selesai barulah saya boleh bercuti dengan senang hati. Yela, mahu sakit hati kalau tengah syok cuti tiba-tiba dapat panggilan pasal kerja, betul tak?
Apa yang saya nak buat esok? Hmm, masih memikirkan aktiviti yang sesuai. Tidur? Makan-makan? Jalan-jalan? Boleh je, tapi dengan siapa? Huhuhu…Harap-harap kakak saya sudi menjenguk adik dia yang manja ini,sekurang-kurangnya tak lah saya rasa boring 3 hari ni..adoila…huhuhuhu…
Dan untuk petang ini, saya dah merasa aura cuti tersebut. Pejabat sunyi sepi. Lengang! Cuma tinggal saya, mengadap skrin komputer, argh!!!
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment