Untuk hari ni, saya akan menulis mengenai dua sahabat saya. Kenapa saya menulis mengenai mereka berdua kali ini? Sempena hari bertuah saya ini, saya ingin mendedikasikan ucapan terima kasih kepada ‘cik pretty’ dan ‘mr.striker’ kerana menjadi sahabat saya.
Saya punya dua tulang belakang atau kata lain, sistem sokongan iaitu ‘cik pretty’ dan ‘mr.striker’. Selain daripada keluarga, mereka inilah yang sentiasa berada disisi saya. Tempoh perkenalan saya dengan mereka bukanlah lama. Namun saya rasa tempoh bukanlah kayu ukur menilai keutuhan sesebuah persahabatan. Kalau diimbas semula perkenalan kami, memang saya tidak pernah menyangka bahawa kami akan menjadi rapat. Merekalah yang berada di saat saya gembira dan sedih.
Cik Pretty - Saya berkenalan dengan ‘cik pretty’ semasa menghadiri kursus yang sama. Dia merupakan kawan kepada kawan saya. ‘Cik pretty’ merupakan seorang yang ceria pada luaran, sedikit misteri, berterus terang, defender saya. Kalau memerlukan seseorang untuk menjadi tukang cakap, ‘cik pretty’ lah yang akan saya cari. Dia bukanlah lazer, cuma berani menyatakan kebenaran, berbanding saya yang suka memendam. Tapi sekarang ‘cik pretty’ dah tak seceria dulu, saya tahu sebabnya, harap-harap ‘cik pretty’ akan kembali seperti sedia kala. Saya dan ‘cik pretty’ lahir dari bidang yang sama, tapi saya rasa ‘cik pretty’ lebih pandai bercakap dari saya. Tetapi dia selalu merendahkan diri, mungkin tak nak menonjol (ek??..)..Opss..baru-baru ni ‘cik pretty’ dah jadi artis secara tak sengaja, muka dia jadi cover VCD, hehehe.
Mr.Striker - Kali pertama saya lihat ‘mr.striker’, mukanya macam orang-orang skema. Nampak macam garang dan pendiam (kalau tak kenal dia), tapi sebenarnya dia sangatlah peramah dan happy go lucky. Kalau nak marah pun tak jadi nak marah bila tengok dia, sebab tu saya pernah cakap pada ‘mr.striker’ yang dia punya pakej ‘muka kesian’, hehe, jangan marah ek, bukan kesian tapi menenangkan hati. Saya amat mengagumi dia. Kadang-kadang saya mengharapkan saya mempunyai sedikit kelebihan yang ada padanya, bijak berkata-kata, pandai berdiplomasi, dan macam-macam lagi. Setiap apa yang diluahkan, sangat bernas dan sentiasa membuatkan saya banyak berfikir. Saya suka meminta pendapat daripadanya, setiap penjelasan yang diberikan kadang-kadang di luar jangkaan saya.
Saya tak tahu apa akan jadi pada saya jika mereka tiada, huhuhu.. . Dan untuk hujung minggu ni, hari bertuah saya tanpa mereka berdua :(
.... dan tanpa sesiapa pun…
p/s : Entri ini ditulis ketika mereka berdua bertugas di luar kawasan, saya hilang talian hayat ‘rakan ym’ buat sementara waktu, huhuhu, bila lah ‘korang’ nak balik ni?
p/s : Entri ini ditulis ketika mereka berdua bertugas di luar kawasan, saya hilang talian hayat ‘rakan ym’ buat sementara waktu, huhuhu, bila lah ‘korang’ nak balik ni?
kih3...cik tukang nasihat...wah i selalu merendah diri ke...heheh..xtau pulak..i rendah, taula..hehehe
ReplyDeletehehehe...i tinggi dari u ek?
ReplyDelete