Wednesday, April 15, 2009

E-kaunseling


Akhirnya, sistem e-counseling telah pun dilancarkan. Dua hari berbengkel di Shah Alam, rasanya tak puas. Masih banyak yang perlu dipelajari. Nampak senang, tapi sejauh manakah sistem ini akan sentiasa dipraktikkan. Harap-harap saya akan sentiasa aktif dengan sistem ini.

Sistem ini mungkin sudah lama dipraktikkan di institusi lain dan mungkin agak baru di sini. Biasalah, dalam mewujudkan sesuatu perubahan pasti ada halangan. Saya petik kata-kata seseorang yang amat saya hormati, "Ada individu yang cuma ada banyak idea, tapi jika tidak dapat direncanakannya untuk dilaksanakannya, idea cuma tinggal idea. Sometimes it is easy to say than done..... sebab ada waktunya apa yang nak dibuat itu "TAK DONE" @ kata orang Kelantan "TOK DE" @ kata orang Terengganu "TAK DANG". Mungkin sebab terlalu bergelut dengan idea yang banyak." Tak kisahlah, janji kini ia telah dilaksanakan.

Harapnya dengan kemudahan yang ada ini dapat membantu pelajar-pelajar yang memerlukan khidmat kaunseling dengan lebih mudah. Dengan sistem ini, saya boleh berhubung dengan pelajar menerusi chatting, email dan mesej. Harap-harap mutu perkhidmatan kaunseling semakin baguslah lepas ni...

2 comments:

  1. lps ni blhla sy bt sesi melalui e kaunseling dgn cik tukang nasinat ye...e kaunseling ni pree je kan... cik tukang nasihat tlg la e kaunselingkan jiwa sy ni...

    ReplyDelete
  2. ceh..cik preety ni, sebelum wujud e-kaunseling pun khidmat kaunseling untuk cik 24 jam kan, siang malam, di mana-mana jua, huhuhuhu

    ReplyDelete