Tuesday, April 28, 2009

Manis

Saya suka minuman manis (mungkin juga kerana faktor berasal dari negeri pantai timur). Begitu juga ayah saya (ayah saya sangat suka minum dan makan makanan manis, saya sendiri pun tak dapat nak ikut cara dia). Tapi ibu saya tak suka makanan atau minuman manis. Sekiranya ibu saya yang membuat minuman, sememangnya rasa minuman tersebut hanya manis-manis buah (manisnya hanya sekadar cukup syarat), dan semestinya minuman untuk ayah saya dibuat khusus hanya untuk beliau (extra gula). Kalau banyak minum atau makan benda-benda manis, maka diabetis suka datang. Ya, amat tepat sekali, tapi mungkin kerana faktor ayah saya bekerja di ladang, maka makanan atau minuman yang diambil setimpal dengan keringat yang dicurahkan, maka dia bebas diabetis.

Saya teringat kenangan semasa belajar di Unimas, saya dan dua rakan iaitu Kak Ida (Selangor)dan Syimah (Terengganu) berkunjung ke rumah sewa seorang lagi rakan kami yang berasal dari Sarawak, Ginie. Ginie menyediakan minuman Milo di dalam 3 gelas berlainan, untuk 2 lagi rakan saya, dibancuh milo 3 in 1 dengan air. Dan untuk saya, bancuhan tersebut ditambah sedikit gula. Ginie memang tahu citarasa saya, kerana sekiranya Ginie tak berbuat sedemikian, maka saya sendiri akan bertanya di manakah tempat gula, hehehe..
Mak saya memang marah bila saya suka minum manis. Tapi bukan makanan manis tau.. Saya sendiri tak dapat tahan tahap manis kuih muih yang ada di Kelantan. Setiap hari, sekiranya berada di rumah di Kelantan, saya akan minum teh ais yang dibeli di kedai kopi belakang rumah. Bukan tak boleh buat sendiri kat rumah, tapi rasanya tak sama dengan buatan kedai kopi. Kalaulah 30 hari saya berada di rumah, 30 hari lah saya akan minum teh ais setiap hari. Mujurlah di Segamat ni saya tak jumpa teh ais yang sedap, kalau tak, memang saya akan minum tiap-tiap hari.

p/s : Entri ini ditulis kerana tiba-tiba saya rasa homesick..uwaaa (i_i)

3 comments:

  1. Asalam Nadila..

    Kalau kita minum... minuman yang kureng manisnya.. rasa macam tak sempurna aje..

    Jom kita sama-sama cari, kat kedai mana di Segamat ni. Ada teh ais yang sedap.. selain dari "kedai hailam".. di bandar tu...

    ReplyDelete
  2. Kurangkan gula dlm masakan...tambahkan manis dlm senyuman...hehe...

    ReplyDelete
  3. Asalam Nadila..

    zmsegamat jadi ur followers ke 4,

    dan untuk menerima berita-berita terbaharu dari blog ni, izinkan zmsegamat link kan blog Nadila kat my blog list di zmsegamat

    terima kasih & wasalam

    ReplyDelete