Kali pertama saya mendengar nama ini ialah semasa menonton drama bersiri Bella. Watak Rayyan atau Dr.Rayyan dilakonkan oleh Ako Mustapha. Saya tertarik dengan nama ini, nama mat salih barangkali, fikir saya. Beberapa lama selepas itu, semasa mencari nama untuk anak buah saya dalam buku nama-nama Islam, saya terjumpa lagi nama Rayyan, rupa-rupanya nama yang turut terdapat buku tersebut.
Nama Rayyan saya lupakan untuk seketika. Namun, baru-baru ini, nama tersebut muncul lagi dalam hidup saya. Itu pun setelah hampir setahun baru saya tahu namanya Rayyan. Kerana nama itu juga air mata saya gugur. Kenapa saya tak dilahirkan sebagai Rayyan? Bertuahnya Rayyan. Cemburunya saya pada Rayyan. Sekurang-kurangnya Rayyan menjadi orang yang sangat penting. Sangat penting bagi orang yang penting. Teringin untuk melihatnya, tapi saya tahu saya tidak layak, apatah lagi menyebut nama itu. Menjadi sebahagian daripada hidup Rayyan? Teramat MUSTAHIL...
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara...
ish naik sakit jiwa i bkk blog u ni la..u punye game asik bunyi je..huhuhu.. rayyan? hmm...
ReplyDeletei dibuang dr hidup seseorang
ReplyDelete