Tuesday, April 21, 2009
Tersurat dan tersirat
Adakah wujud keadilan dalam arus kehidupan yang serba mencabar ini? Saya teringat perbualan dengan Mr.Striker, katanya, orang cuma akan nampak apa yang tersurat dan bukan tersirat. Tidak ramai yang akan memberi perhatian kepada perkara yang tersirat. Saya faham mesej yang cuba di sampaikan. Saya merungut padanya, kenapa apa yang saya buat selama ini tidak dihargai? Seolah-olah kehadiran saya tidak pernah wujud. Konsepnya mudah, dalam bersaing, kita harus menonjol diri. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi mengelakkan dari terus dilupakan dan disingkirkan. Sekiranya kita tidak bijak mengambil peluang, maka orang lain akan merampasnya. Dan kita hanya berkedip mata, dan terus dilupakan. Kata-katanya masuk akal, dan saya tergumam, berfikir. Itu bukan dunia saya. Tapi itulah hakikat dunia sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment