Thursday, April 30, 2009

End of April

Esok cuti umum, cuti untuk orang-orang yang dah penat bekerja. Tapi macam biasa, cuti mungkin tak bawa apa-apa makna kepada saya (alangkah bagus kalau cuti ini boleh di forward ke hari lain). Rasa cemburu melihat orang lain sibuk nak balik kampung. Saya? Bukan tak rindukan kampung halaman, cuma belum sampai masanya untuk bercuti. Sebabnya, saya tak suka cuti pendek, sekiranya mahu bercuti, mestilah cuti panjang, lama selama lamanya. Biar puas bercuti. Bila saya akan ambil cuti? Tak lama lagi, bila semua urusan dah selesai. Sakit kepala memikirkan kerja dan beberapa perkara yang masih pending. Saya mahu semua tanggungjawab saya di sini selesai barulah saya boleh bercuti dengan senang hati. Yela, mahu sakit hati kalau tengah syok cuti tiba-tiba dapat panggilan pasal kerja, betul tak?

Apa yang saya nak buat esok? Hmm, masih memikirkan aktiviti yang sesuai. Tidur? Makan-makan? Jalan-jalan? Boleh je, tapi dengan siapa? Huhuhu…Harap-harap kakak saya sudi menjenguk adik dia yang manja ini,sekurang-kurangnya tak lah saya rasa boring 3 hari ni..adoila…huhuhuhu…

Dan untuk petang ini, saya dah merasa aura cuti tersebut. Pejabat sunyi sepi. Lengang! Cuma tinggal saya, mengadap skrin komputer, argh!!!

Lost

Sedar tak sedar, rupa-rupanya dah sampai ke penghujung April. Rasa tak sabar sangat nak habiskan seluruh April ni. Dan macam-macam juga perkara berlaku sepanjang April. Mostly semua yang sedih-sedih, huhuhu...
Mungkin inilah yang dinamakan kehidupan. Setiap kegembiraan datang bersama masalah. Setiap masalah datang bersama pengalaman. Yup, that's true! Life is a learning process...You will never know until you face it.
Saya betul-betul lost. Hilang matlamat, arah tujuan, atau lebih tepat - hilang arah! Saya menjadi pemalas (lebih malas daripada biasa), menjadi pemarah (lebih baran daripada biasa) dan sensitif (cepat terasa daripada biasa). Kenapa? Sudah tentu ada sebabnya, but i just can't tell you why, argh!!!
Rasa jealous dengan Cik Pretty sebab she knows what she wants, and she knows what to do, and the most important thing is she is so rajin, i hope i can be like her. And the truth is, i feel like i lost her :(

Wednesday, April 29, 2009

Dia yang bernama Rayyan

Kali pertama saya mendengar nama ini ialah semasa menonton drama bersiri Bella. Watak Rayyan atau Dr.Rayyan dilakonkan oleh Ako Mustapha. Saya tertarik dengan nama ini, nama mat salih barangkali, fikir saya. Beberapa lama selepas itu, semasa mencari nama untuk anak buah saya dalam buku nama-nama Islam, saya terjumpa lagi nama Rayyan, rupa-rupanya nama yang turut terdapat buku tersebut.
Nama Rayyan saya lupakan untuk seketika. Namun, baru-baru ini, nama tersebut muncul lagi dalam hidup saya. Itu pun setelah hampir setahun baru saya tahu namanya Rayyan. Kerana nama itu juga air mata saya gugur. Kenapa saya tak dilahirkan sebagai Rayyan? Bertuahnya Rayyan. Cemburunya saya pada Rayyan. Sekurang-kurangnya Rayyan menjadi orang yang sangat penting. Sangat penting bagi orang yang penting. Teringin untuk melihatnya, tapi saya tahu saya tidak layak, apatah lagi menyebut nama itu. Menjadi sebahagian daripada hidup Rayyan? Teramat MUSTAHIL...
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara...

Tuesday, April 28, 2009

Manis

Saya suka minuman manis (mungkin juga kerana faktor berasal dari negeri pantai timur). Begitu juga ayah saya (ayah saya sangat suka minum dan makan makanan manis, saya sendiri pun tak dapat nak ikut cara dia). Tapi ibu saya tak suka makanan atau minuman manis. Sekiranya ibu saya yang membuat minuman, sememangnya rasa minuman tersebut hanya manis-manis buah (manisnya hanya sekadar cukup syarat), dan semestinya minuman untuk ayah saya dibuat khusus hanya untuk beliau (extra gula). Kalau banyak minum atau makan benda-benda manis, maka diabetis suka datang. Ya, amat tepat sekali, tapi mungkin kerana faktor ayah saya bekerja di ladang, maka makanan atau minuman yang diambil setimpal dengan keringat yang dicurahkan, maka dia bebas diabetis.

Saya teringat kenangan semasa belajar di Unimas, saya dan dua rakan iaitu Kak Ida (Selangor)dan Syimah (Terengganu) berkunjung ke rumah sewa seorang lagi rakan kami yang berasal dari Sarawak, Ginie. Ginie menyediakan minuman Milo di dalam 3 gelas berlainan, untuk 2 lagi rakan saya, dibancuh milo 3 in 1 dengan air. Dan untuk saya, bancuhan tersebut ditambah sedikit gula. Ginie memang tahu citarasa saya, kerana sekiranya Ginie tak berbuat sedemikian, maka saya sendiri akan bertanya di manakah tempat gula, hehehe..
Mak saya memang marah bila saya suka minum manis. Tapi bukan makanan manis tau.. Saya sendiri tak dapat tahan tahap manis kuih muih yang ada di Kelantan. Setiap hari, sekiranya berada di rumah di Kelantan, saya akan minum teh ais yang dibeli di kedai kopi belakang rumah. Bukan tak boleh buat sendiri kat rumah, tapi rasanya tak sama dengan buatan kedai kopi. Kalaulah 30 hari saya berada di rumah, 30 hari lah saya akan minum teh ais setiap hari. Mujurlah di Segamat ni saya tak jumpa teh ais yang sedap, kalau tak, memang saya akan minum tiap-tiap hari.

p/s : Entri ini ditulis kerana tiba-tiba saya rasa homesick..uwaaa (i_i)

Monday, April 27, 2009

25

Thank You...
Gracias...
Arigatou gozaimashita...
Shukran...
Xie xie ni...
Khawp khun khrap...
Dank..

Apa pun jua bahasanya, ia tetap membawa maksud yang sama iaitu Terima Kasih...
Thank You kepada mereka yang masih mengingati...
To my beloved family - thanks for the wish, to my best buddies, Farhah and Che Dah- 'timo kasih', to Cik Pretty - uwaa..Cik Pretty tak ingat pun walau pun dah bagi present awal, huhuhu, to Mr.Striker - thanks for your supporting, to Kak Alizah - thanks akak, to my dear Deng - miss and love you so much, to my students, Maziah dan Hanafiah - tak sangka anda berdua masih ingat, to Bennu - weh, jangan lupa hadiah aku tau, to Kak Maz and Dillah- hope all the wish come true, hehehe...and to Saiful and Irwan- terima kasih awak...

and to others, thanks for still remembering \(^_^)/

Friday, April 24, 2009

Cik Pretty and Mr.Striker

Untuk hari ni, saya akan menulis mengenai dua sahabat saya. Kenapa saya menulis mengenai mereka berdua kali ini? Sempena hari bertuah saya ini, saya ingin mendedikasikan ucapan terima kasih kepada ‘cik pretty’ dan ‘mr.striker’ kerana menjadi sahabat saya.

Saya punya dua tulang belakang atau kata lain, sistem sokongan iaitu ‘cik pretty’ dan ‘mr.striker’. Selain daripada keluarga, mereka inilah yang sentiasa berada disisi saya. Tempoh perkenalan saya dengan mereka bukanlah lama. Namun saya rasa tempoh bukanlah kayu ukur menilai keutuhan sesebuah persahabatan. Kalau diimbas semula perkenalan kami, memang saya tidak pernah menyangka bahawa kami akan menjadi rapat. Merekalah yang berada di saat saya gembira dan sedih.

Cik Pretty - Saya berkenalan dengan ‘cik pretty’ semasa menghadiri kursus yang sama. Dia merupakan kawan kepada kawan saya. ‘Cik pretty’ merupakan seorang yang ceria pada luaran, sedikit misteri, berterus terang, defender saya. Kalau memerlukan seseorang untuk menjadi tukang cakap, ‘cik pretty’ lah yang akan saya cari. Dia bukanlah lazer, cuma berani menyatakan kebenaran, berbanding saya yang suka memendam. Tapi sekarang ‘cik pretty’ dah tak seceria dulu, saya tahu sebabnya, harap-harap ‘cik pretty’ akan kembali seperti sedia kala. Saya dan ‘cik pretty’ lahir dari bidang yang sama, tapi saya rasa ‘cik pretty’ lebih pandai bercakap dari saya. Tetapi dia selalu merendahkan diri, mungkin tak nak menonjol (ek??..)..Opss..baru-baru ni ‘cik pretty’ dah jadi artis secara tak sengaja, muka dia jadi cover VCD, hehehe.

Mr.Striker - Kali pertama saya lihat ‘mr.striker’, mukanya macam orang-orang skema. Nampak macam garang dan pendiam (kalau tak kenal dia), tapi sebenarnya dia sangatlah peramah dan happy go lucky. Kalau nak marah pun tak jadi nak marah bila tengok dia, sebab tu saya pernah cakap pada ‘mr.striker’ yang dia punya pakej ‘muka kesian’, hehe, jangan marah ek, bukan kesian tapi menenangkan hati. Saya amat mengagumi dia. Kadang-kadang saya mengharapkan saya mempunyai sedikit kelebihan yang ada padanya, bijak berkata-kata, pandai berdiplomasi, dan macam-macam lagi. Setiap apa yang diluahkan, sangat bernas dan sentiasa membuatkan saya banyak berfikir. Saya suka meminta pendapat daripadanya, setiap penjelasan yang diberikan kadang-kadang di luar jangkaan saya.

Saya tak tahu apa akan jadi pada saya jika mereka tiada, huhuhu.. . Dan untuk hujung minggu ni, hari bertuah saya tanpa mereka berdua :(
.... dan tanpa sesiapa pun…

p/s : Entri ini ditulis ketika mereka berdua bertugas di luar kawasan, saya hilang talian hayat ‘rakan ym’ buat sementara waktu, huhuhu, bila lah ‘korang’ nak balik ni?

Wednesday, April 22, 2009

Hati kecewa

Setiap keputusan yang dipilih, kita harus bertanggungjawab ke atasnya, kita berhak memilih jalan terbaik untuk diri sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa melukakan hati banyak pihak demi merealisasikan sesebuah impian. Kadang-kadang kita bersikap mementingkan diri sendiri untuk mencapai sesuatu tujuan. Berbaloikah apa yang dilakukan andai segelintir hati terluka. Luka di badan mungkin nampak parutnya, luka dihati siapa yang tahu, sembuhnya mengambil masa, parutnya mungkin hilang tapi pedihnya mungkin terasa sehingga berabad lamanya. Moga ini yang terbaik untuk semua.

Aku pulang…

Tanpa dendam..

Ku terima kekalahanku…

Tuesday, April 21, 2009

Tersurat dan tersirat

Adakah wujud keadilan dalam arus kehidupan yang serba mencabar ini? Saya teringat perbualan dengan Mr.Striker, katanya, orang cuma akan nampak apa yang tersurat dan bukan tersirat. Tidak ramai yang akan memberi perhatian kepada perkara yang tersirat. Saya faham mesej yang cuba di sampaikan. Saya merungut padanya, kenapa apa yang saya buat selama ini tidak dihargai? Seolah-olah kehadiran saya tidak pernah wujud. Konsepnya mudah, dalam bersaing, kita harus menonjol diri. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi mengelakkan dari terus dilupakan dan disingkirkan. Sekiranya kita tidak bijak mengambil peluang, maka orang lain akan merampasnya. Dan kita hanya berkedip mata, dan terus dilupakan. Kata-katanya masuk akal, dan saya tergumam, berfikir. Itu bukan dunia saya. Tapi itulah hakikat dunia sekarang.

Friday, April 17, 2009

Anna Sui

Cantik tak??? Kali ni, saya menerima hadiah birthday terlebih awal dari sahabat saya yang bernama 'jiwa kacau' a.k.a cik preety , hehehehe... Thanks to you, akhirnya saya ada juga purse. Setelah insiden di pick pocket atas train akhir tahun lepas, saya agak fobia dan malas-malas untuk menggunakan dompet sebab itulah saya tak beli sendiri (saya tunggu orang membelikan, hehehehe).


Dan untuk pengetahuan semua, untuk bulan ini juga saya menerima sebuah lagi dompet warna merah daripada puan ustazah, so kini saya ada dua dompet, si putih dan si merah (macam cerita bawang putih bawang merah pulak). Jadi saya nasihatkan, kepada mereka di luar sana yang bercadang untuk memberi saya hadiah (wah, perasan!, hahaha), anda bolehlah merancang hadiah lain selain dompet, hehehehe (ada ke orang nak bagi, huhuhu)...

Wednesday, April 15, 2009

E-kaunseling


Akhirnya, sistem e-counseling telah pun dilancarkan. Dua hari berbengkel di Shah Alam, rasanya tak puas. Masih banyak yang perlu dipelajari. Nampak senang, tapi sejauh manakah sistem ini akan sentiasa dipraktikkan. Harap-harap saya akan sentiasa aktif dengan sistem ini.

Sistem ini mungkin sudah lama dipraktikkan di institusi lain dan mungkin agak baru di sini. Biasalah, dalam mewujudkan sesuatu perubahan pasti ada halangan. Saya petik kata-kata seseorang yang amat saya hormati, "Ada individu yang cuma ada banyak idea, tapi jika tidak dapat direncanakannya untuk dilaksanakannya, idea cuma tinggal idea. Sometimes it is easy to say than done..... sebab ada waktunya apa yang nak dibuat itu "TAK DONE" @ kata orang Kelantan "TOK DE" @ kata orang Terengganu "TAK DANG". Mungkin sebab terlalu bergelut dengan idea yang banyak." Tak kisahlah, janji kini ia telah dilaksanakan.

Harapnya dengan kemudahan yang ada ini dapat membantu pelajar-pelajar yang memerlukan khidmat kaunseling dengan lebih mudah. Dengan sistem ini, saya boleh berhubung dengan pelajar menerusi chatting, email dan mesej. Harap-harap mutu perkhidmatan kaunseling semakin baguslah lepas ni...

Tuesday, April 14, 2009

Aura warna dalam berpakaian

Dah lama rasanya tak bercakap pasal bidang sendiri, asyik melayan blues je kebelakangan ni. Untuk hari saya akan kongsikan sedikit info tentang aura warna dalam berpakaian. Untuk pengetahuan semua, ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna primer : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia otomotif, busana, permainan dan sebagainya. Jadi, warna turut memainkan peranan dalam kehidupan kita, mempengaruhi emosi dan juga boleh menimbulkan aura, contohnya (dari Isnin-Ahad) bolehlah menggunakan warna-warna ini :

• ISNIN warna PUTIH - untuk pituitari- bagus untuk tambah ilmu
• SELASA warna PINK - utk hypotalamus(pengatur fungsi dan keadaan tubuh)
• RABU warna BIRU - untuk merangsang tiroid- bagus untuk melakukan perbincangan
• KHAMIS - KUNING/OREN - bagus pembiakan
• JUMAAT warna HIJAU - paru/jantung- baik untuk melakukan kerja secara berjamaah/berkumpulan
• SABTU warna MERAH - hari yang aktif untuk melakukan pelbagai aktiviti
• AHAD warna HITAM - untuk merehatkan diri

Wallahualam. Sesungguhnya DIA yang menentukan segalanya. Apapun yang penting kita perlu mengamalkan empat sifat dalam melakukan apa jua pekara iaitu: sabar, ikhlas, tenang dan redha...

Monday, April 13, 2009

Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

p/s : kadang-kadang lagu boleh metafsirkan apa yang kita rasa..huhuhu..layan blues la pulak hari nih :)

Monday, April 06, 2009

Tak mungkin kerana sayang


Setiba di persimpangan,

Langkah kita tak lagi sehaluan

Bermula di saat itu

Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini

Tiada yang abadi

Yang patah tumbuh

Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku

Tiada ruang di hati buatmu

Namun harusku akui

Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada

Ada rindu yang datang tiba-tiba

Tak mungkin kerana sayang

Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini

Tiada yang abadi

Yang patah tumbuh

Yang hilang berganti

Thursday, April 02, 2009

Kanak-kanak ribena kah ?







~~~(^_^)~~~ Gambar ini di ambil semasa kursus baru-baru ini, minggu lepas (siap pakai kad matrik lagi tu). Dah lama rasanya tak ambil gambar macam ni (terasa dah dewasa la pulak,hehehe), kali terakhir semasa di zaman universiti. Bila ada kesempatan berkursus, masing-masing lupa sekejap pada kesibukan kerja. Teringat kata teman kepada teman saya, Cik Faz (yang di dalam gambar)...

S : U letak gambar mana kat display ym u?
D : Gambar yang kita ambil kat e-village tu la
S : Samala
D : U nak tau tak, member chatting i kata, gambar tu gambar dua kanak-kanak ribena tengah buat bentuk love
S : Hukhukhuk.. Tak dek insurans betul la mulut kawan u tu

Kanak-kanak ribena kah kami? Muahaha (^_^)v

p/s : gambar ni terhasil akibat pengaruh cerita korea 'Sassy Girl Chun Hyang'...