Mengahwini insan yang tidak dicintai tentunya memeritkan. Benarkah? Mengapa orang dulu-dulu boleh saja bercinta selepas kahwin dan hidup bahagia ke akhir hayat? Sekarang? Masih ada lagi ke perkahwinan yang diatur keluarga?
Saya baru sahaja lepas menonton drama bersiri Nur Kasih (sewaktu entri ini ditulis). Setelah terlepas beberapa episod, inilah kali pertama saya menonton drama ini. Menarik. Isu perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Si lelaki yang terpaksa berkahwin dengan perempuan yang tidak dicintai, pilihan bapanya. Tersepit antara kehendak sendiri dan menunaikan permintaan atau harapan terakhir si ayah, maka diterima tanpa rela hati. Manakala si isteri pula menerima takdir yang tersurat, menerima hakikat dia kini isteri lelaki itu. Dan si lelaki berkahwin semata-mata mahu menggembirakan hati keluarga, tidak mencintai si isteri, malah meminta si isteri berpura-pura bahagia. Hakikatnya, si isteri terluka. Bukankah isteri itu anugerah kepada suami? Walau pun bukan atas dasar cinta. Tak sabar rasanya untuk menonton episod seterusnya. Nanti saya cerita lagi pasal drama ini k.
Berbalik kepada persoalan saya pada awal tadi. Abang saya yang kedua dan kakak saya yang keempat, kedua-duanya melalui perkahwinan di atur keluarga. Manakala abang saya yang pertama dan kakak saya yang ketiga berkahwin atas dasar cinta. Kesemua mereka saya lihat amat bahagia. Tidak timbul isu dasar cinta atau diatur keluarga. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Saya? Adakah saya akan melalui laluan yang sama seperti abang dan kakak saya? Kalau diikutkan giliran dalam keluarga, saya sepatutnya nombor ganjil. Saya sepatutnya berkahwin dengan orang yang saya cinta, hahaha. Tapi andai cinta hati saya pergi?

No comments:
Post a Comment