Friday, June 26, 2009

Earings

Subang saya hilang semalam. Uwaa… nak menangis je rasa. Inilah kali kedua subang kesayangan saya hilang. Kali pertama semasa di Tingkatan 5. Kemudian semalam. Sedih sangat. Sebab ibu saya yang belikan untuk saya menggantikan yang hilang 8 tahun lepas. Boleh anda bayangkan dah berapa lama saya bersama dengan subang tu?

Saya dah pakai subang sejak umur 3 tahun. Rasa janggal pula hari ni. Macam mana boleh hilang? Huhuhu, terjatuh semasa nak pakai baju, cari punya cari tak jumpa-jumpa. Saya dah buat operasi penyelongkaran bilik, tapi masih tak jumpa. Mungkin tiada rezeki saya dengannya.

Tapi sedihnya hati saya. Sedih kerana hilang barang yang amat disayangi. Barang hilang pun saya dah meraung macam ni. Kalau hilang orang yang disayangi, saya tak tahu apa akan jadi pada saya, hmmm (T_T)

No comments:

Post a Comment