Tuesday, June 30, 2009

Hearing vs Listening

Hearing ialah mendengar dengan telinga. Listening pula mendengar dengan mata dan jiwa. Sekali imbas mungkin kita akan berpendapat maksudnya lebih kurang sama. Tetapi sebenarnya membawa perbezaan yang amat besar dan mendalam. Mendengar bukan hanya sekadar dengan telinga.

Dalam kehidupan seharian, cuba kita fikirkan, berapa banyak masa yang diluangkan untuk listening? Kebanyakan kita lebih menumpu kepada hearing semata-mata. Konsep mendengar yang baik seharusnya menggabungkan kedua-duanya, hearing dan listening.

Kita tidak hanya menajamkan telinga, tetapi memberi hubungan mata dan percantuman jiwa apabila mendengar. Jangan cepat membalas. Jangan pula segera menyampuk. Cukuplah sekadar dengan mendengar dan terus mendengar. Tapi ingat, gunakan kedua-dua, hearing dan listening.

Mendengar dengan telinga akan melahirkan simpati. Mendengar dengan jiwa akan melahirkan empati. Anda mendengar yang macam mana?

Friday, June 26, 2009

Heartbroken

Petang tadi, tiba-tiba sahaja mata saya berpinar. Pandangan saya kelam. Saya tidak punya hak untuk marah. Terguris? Tipulah jika saya kata tidak, saya bukan kebal. Ingin sekali saya menangis, tetapi air mata ini tak termampu untuk menitis. Saya hanya mampu menjerit dalam hati. Kalaulah ini takdirnya...

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa
Menjauh dari angan tentangnya
(Terlalu Cinta –Rossa)

Menjaga hati

Menjaga Hati (Yuvie and Nuno)

Masih tak tinggal bayanganmu
Yang telah memberkas relung hatiku
Hujan tanpa henti
Seolah petanda
Cinta tak disini lagi
Engkau tak berpaling

Biarkan aku menjaga
Perasaan ini ohhh....
Menjaga segenap cinta
Yang telah engkau beri
Engkau pergi aku takkan pergi
Engkau menjauh aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu
Cerminkan hatimu
Aku takkan bisa
Menghapus diri mu
Meski ku lihat kini
Engkau diseberang sana

Andai akhirnya engkau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati

Sejujurnya diriku
Masih mengharapkan mu

p/s : Rasa sedih bila dengar lagu ni. This is not my favourite song, but lately, the lyrics seem related to me. Tapi sedih la lagu ni… menjaga hati sendiri..uwaa..tak nak…tak sanggup….
Its so hard when ur love one will forget about u when he wake up next morning :(

Earings

Subang saya hilang semalam. Uwaa… nak menangis je rasa. Inilah kali kedua subang kesayangan saya hilang. Kali pertama semasa di Tingkatan 5. Kemudian semalam. Sedih sangat. Sebab ibu saya yang belikan untuk saya menggantikan yang hilang 8 tahun lepas. Boleh anda bayangkan dah berapa lama saya bersama dengan subang tu?

Saya dah pakai subang sejak umur 3 tahun. Rasa janggal pula hari ni. Macam mana boleh hilang? Huhuhu, terjatuh semasa nak pakai baju, cari punya cari tak jumpa-jumpa. Saya dah buat operasi penyelongkaran bilik, tapi masih tak jumpa. Mungkin tiada rezeki saya dengannya.

Tapi sedihnya hati saya. Sedih kerana hilang barang yang amat disayangi. Barang hilang pun saya dah meraung macam ni. Kalau hilang orang yang disayangi, saya tak tahu apa akan jadi pada saya, hmmm (T_T)

Thursday, June 25, 2009

Tanpa

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
(Tanpa -Sixthsense)

Pening

Migrain saya datang lagi. Dah lama sebenarnya saya tak diserang migrain ni, saya cuma akan migrain bila terlalu banyak kerja dan tertekan. Am I tertekan sekarang? Entahla, tapi kepala saya benar-benar sakit, macam nak pecah, dah telan panadol, tak jumpa painkiller, tak tahu campak mana, adoi... Hope that this pain will go away, plz not now k...need strength... (T_T)

Wednesday, June 24, 2009

Apa yang saya buat hari ni?

Pagi tadi, ada talk dengan budak-budak sekolah rendah. Jenuh juga nak melayan budak 12 tahun ni, macam-macam ragam, yang nakal, poyo, semua ada, tak lupa juga budak-budak baik macam saya di zaman sekolah rendah dulu (saya budak baik? hahaha). Yang tak boleh lupa, siap ada beberapa orang budak lelaki yang nak rekemenkan saya kat abang mereka, siap minta no hp saya, ish, budak-budak sekarang, macam-macam...hahaha.

Tengah hari, terasa pening-pening, mungkin tak cukup tidur semalam, tak berapa lena tidur (kenapa?... merisaukan diri, sedangkan orang tu tidur dengan lenanya, huhuhu). Bukan apa, saya teringat kata-kata my dad and my sis, jangan sesekali makan panadol dengan durian. Secara saintifiknya memang saya tak tahu nak explain, tapi janganlah amalkan kalau rasa nak hidup lama ok.

Petang? Tengah menaip entri ni.. dah pening sangat mata ni nak menghadap pc. Di tambah pula dengan meminum air Sprite bergelas-gelas tanpa mengisi perut lagi. Actually, pagi tadi dah breakfast, tu pun masa break ceramah tadi, makan sikit je, rasa kebulur pula sekarang. Tapi malas betul nak beli makanan.

Tengah memeningkan kepala untuk menyiapkan beberapa kerja. Rasa macam tak termampu je nak buat semua. Nampak simple, tapi yang menanggungnya saja yang tahu.
I need strength!

Menangis dalam hati

Hati kecil berbicara
Hati kecil ku berkata
Lupakan semua
Kata mereka

Andai ku jatuh
Bangunlah sendiri
Tegaklah berdiri
Tunjukkan kemampuan diri

Ku kan senyum dalam hati
Ku kan mencinta dalam hati
Biarlah ku menangis dalam hati
Sendiri

Nota : Dah lama tak karang puisi. Zaman tok kaduk dulu-dulu rajin juga karang-mengarang, lately? M.A.L.A.S...

Cinta dalam hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
(Cinta Dalam Hati - UNGU)

Tuesday, June 23, 2009

Bingung

Idea…di manakah dikau. Time ni lah dia tak nak datang. Bila tak nak dia datang pula. Payah-payah. Saya buntu. Hilang arah. Merancang tapi tak menjadi. Eh, belum lagi, sebenarnya belum ada rancangan pun lagi. Tak ada idea lah katakan.

Saya cuba untuk menjadi kreatif. Melakukan di luar kebiasaan. Tapi saya tidak yakin dengan kemampuan sendiri. Boleh ke? Ish, bergerak sendiri, menyulitkan. Tiada bantuan. Kadang-kadang kita tidak boleh terlalu mengharapkan orang. Walau pun orang kata nak membantu, tapi tergamak ke kita nak menyusahkan orang? Dan belum tentu yang nak membantu benar-benar mahu membantu. Cakap senang, buat? Lupakan! Jangan berharap pada orang Big D…

Stop fooling around

I do cherish you
For the rest of my life
You don't have to think twice
I will love you still
From the depths of my soul
It's beyond my control
( I Do Cherish U – 98 Degrees)


Is there someone out there that wanna cheer me up? Ermm... lately, too many things happen. As usual, face it all by my self. I think i’m big enough to decide what I want to do, to know right from wrong. Being independent? Yeah, I’m trying, but sometimes I feel like I just can’t stand with it, still need someone to share with. Arghh…

Stop fooling around Big D…

Monday, June 22, 2009

Yang Terlewatkan

Yang Terlewatkan – SO7
Kemana kau selama ini
Hingga kalian kunanti
Kenapa baru sekarang
Kita dipertemukan

Sesal tak kan ada arti
Karna semua telah terjadi
Ini setelah menjalani
Sisa hidup dengannya

Mungkin salahku… Melewatkanmu…
Tak mencarimu… Sepenuh hati…
Maafkan aku…

Kesalahanku… Melewatkanmu…
Hingga kau kini… Dengan yang lain…
Maafkan aku…

Jika berulang kembali
Kau tak akan terlewati
Segenap hati kucari
Dimana kau berada

Walau ku terlambat
Kau tetap yang terhebat
Melihatmu… Mendengarmu…
Kaulah yang terhebat

Because of you

Because of you – 98 degrees

You're my sunshine after the rain
You're the cure against my fear and my pain
'Cause I'm losing my mind
When you're not around
It's all, it's all
It's all because of you

You're my sunshine
Always

Baby I really know by now
since we met that day
You showed me the way
I felt it then, you gave me love
I can't describe
how much I feel for you

I said baby I
Should have known by now
Should have been right there
Whenever you gave me love
And if only you were here
I'd tell you yes
I'd tell you oh yeah

Honestly could you be with me
Like it was before
Neither less nor more
'Cause when I close my eyes at night
I realize that no one else
Could ever take your place

I still can feel and it's so real
When you're touching me
Kisses endlessly
It's just a place in the sun
Where our love's begun
I miss you yes I miss you

If I knew how to tell you
What's on my mind
Make you understand
Then I'd always be there
Right by your side

Nur Kasih

Mengahwini insan yang tidak dicintai tentunya memeritkan. Benarkah? Mengapa orang dulu-dulu boleh saja bercinta selepas kahwin dan hidup bahagia ke akhir hayat? Sekarang? Masih ada lagi ke perkahwinan yang diatur keluarga?

Saya baru sahaja lepas menonton drama bersiri Nur Kasih (sewaktu entri ini ditulis). Setelah terlepas beberapa episod, inilah kali pertama saya menonton drama ini. Menarik. Isu perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Si lelaki yang terpaksa berkahwin dengan perempuan yang tidak dicintai, pilihan bapanya. Tersepit antara kehendak sendiri dan menunaikan permintaan atau harapan terakhir si ayah, maka diterima tanpa rela hati. Manakala si isteri pula menerima takdir yang tersurat, menerima hakikat dia kini isteri lelaki itu. Dan si lelaki berkahwin semata-mata mahu menggembirakan hati keluarga, tidak mencintai si isteri, malah meminta si isteri berpura-pura bahagia. Hakikatnya, si isteri terluka. Bukankah isteri itu anugerah kepada suami? Walau pun bukan atas dasar cinta. Tak sabar rasanya untuk menonton episod seterusnya. Nanti saya cerita lagi pasal drama ini k.

Berbalik kepada persoalan saya pada awal tadi. Abang saya yang kedua dan kakak saya yang keempat, kedua-duanya melalui perkahwinan di atur keluarga. Manakala abang saya yang pertama dan kakak saya yang ketiga berkahwin atas dasar cinta. Kesemua mereka saya lihat amat bahagia. Tidak timbul isu dasar cinta atau diatur keluarga. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Saya? Adakah saya akan melalui laluan yang sama seperti abang dan kakak saya? Kalau diikutkan giliran dalam keluarga, saya sepatutnya nombor ganjil. Saya sepatutnya berkahwin dengan orang yang saya cinta, hahaha. Tapi andai cinta hati saya pergi?

Sendiri

Minggu lepas, hidup saya agak kelam-kabut. Macam-macam jadi, tapi saya diamkan. Menangguhkan perkara yang perlu saya lakukan terlebih awal, akibatnya saya sendiri yang perlu tanggung. Berkongsi? Dengan? Ego, itulah saya. Nak bercerita tapi kadang-kadang saya risau dengan respons yang akan diberikan. Takut dilabel menyusahkan. Saya banyak menyusahkan semua orang selama ni. Biarlah kali ini saya buat semua sendiri. Walau hakikatnya saya sebenarnya tak mampu. Uwaaa, pagi tadi saya harap hari ini bukanlah hari ni.

Friday, June 19, 2009

Dekat tapi jauh

Lama-kelamaan terasa main jauh, walau hakikat sebenarnya dekat. Dan gerak hati saya tak pernah menipu. Dekat tapi jauh...

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu

Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Kau pergi

Pergi - Aizat
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi..
pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Thursday, June 18, 2009

Kisah dongeng

Teringat pula kisah dongeng zaman dahulu kala. Masa kecil saya sering disogokkan dengan bermacam cerita-cerita dongeng. Kalau kita berbuat baik pada orang, tentu akan mendapat balasan baik. Jika kita berbuat jahat, tentu akan dibalas jahat juga. Begitu juga dengan kisah puteri yang cantik jelita, bersama putera yang kacak bergaya, bertemu dan hidup bahagia selamanya. Happily ever after...

p/s : Entri ini ditulis di kala ditanya soalan yang berjawapan tapi tak mampu untuk dikhabarkan

Wednesday, June 17, 2009

Suka dan tak suka

Semalam, kepala pening. Kenapa? Saya makan kuey tiow (betul ke ejaan ni?)... Tak tahu kenapa, setiap kali makan mesti pening. Ish.... Dan satu lagi makanan yang saya tak boleh makan ialah laksa Sarawak. Kalau makan mesti pening, sebab banyak sangat rempah ratus kot. Saya juga tak suka makan buah rambutan. Pelik kan? Saya pun tak kenapa. Bukanlah demand tapi kurang gemar. Kalau makan buah durian pula saya lebih suka yang isinya pejal dan tak melekat di tangan. Tak suka yang isinya lembik (tapi kalau tak ada pilihan belasah je, huhuhu). Buah tembikai pun saya tak berapa gemar sebab banyak biji. Bukanlah tak makan, cuma saya lebih suka buah tembikai yang tak ada biji. Kalau buah langsat atau duku pula saya lebih suka yang saiznya yang kecil-kecil. Tak sukala yang besar-besar, sebab berbiji.

Saya suka minum teh ais, hari-hari minum pun tak apa. Tak suka sangat kalau yang buat sendiri, suka teh ais yang dibeli di kedai, hehehe. Saya sangat suka tom yam, seperiuk sekali makan pun boleh habis. Sebab saya suka makanan yang bersup, pedas dan masam-masam. Asam pedas pun saya suka. Kalau buah pula, saya suka makan buah tembikai susu, manggis dan buah mata kucing, emm..sedap. Kalau kek pula saya sangat-sangat suka kek keju terutama dari Secret Recipe. Sedapnya, bilalah Secret Recipe nak ada kat sini ek? Saya suka coklat dan ais-krim (macam budak-budak la pulak, hehehe). Kalau coklat saya prefer Van Houten or Cadbury. Cadbury lambang kasih sayang..kononla, ek?

Kenapa saya tulis pasal makanan ni? Sebab saya tengah makan nasi lemak sambil menaip entri ni, live from my office, hehehe...

Tuesday, June 16, 2009

Merepek di kala petang

Tiba-tiba saja rasa boring petang ni. Tension pula menyiapkan slide pp untuk esok. Walau pun sekadar meng'edit' tapi macam banyak pula yang nak diubah. Petang esok saya ada sesi ceramah bersama pelajar-pelajar dari sekolah menengah berdekatan. Ini bukanlah kali pertama saya menyampaikan ceramah, tetapi perasaannya umpama baru pertama kali, ish, menakutkan... saya bukanlah pandai bercakap sangat, merepek terer lah, huhuhu. Nampaknya sehingga hujung bulan ni, banyak pula lawatan yang diterima, itu bermakna banyak kali jugala sesi ceramah akan diadakan, huhuhuhu… (^_^")

Perut pula terasa lapar sekarang ni, pagi tadi hanya makan mihun soto. Al-maklumlah seminggu berada di negeri Cik Siti Wan Kembang, rindu pula nak makan mihun soto Johor, alahai. Nak bagi perut ni makan apa ek petang ni? Nasi? Tak boleh, diet... Ah, apa kata kalau hari ni dikecualikan? So bolehla makan nasi kan..kan?

Rasa macam banyak sangat perkara nak buat hari ni, tapi macam tak terbuat juga. Tak tahu nak mula yang mana satu, tak sangka busy juga saya rupanya, ingatkan macam tak banyak kerja, huhuhu. Selalunya saya akan buat-buat rileks je, yela, tak payahla nak tunjuk yang kita ni banyak kerja (betul tak), sebab kalau stress sangat nanti boleh jadi mereng pula nanti, ish, tak nak la, so buat-buat cool je la ek (walau pun semua nak kena siap dalam jangka masa terdekat ni, uwaaa...) Kenapalah banyak kerja minggu ni? Nak cuti...uwaaa....

Cik Pretty ni cuti lagi ke? Sedihnya, dah lama sangat tak mesej-mesej ngan dia. Rasa macam jauh sangat. Sihat ke dia? To Cik Pretty – u kat ne? Kalo u baca entri ni, kontek la i, i mesej u, tp u macam bz jek, huhuhu (T_T)

Mr. Striker? Merajuk!!..

I Think I Love U


I think I Love u - Byul

Geureolri eobsdago anilkkeorago miteossjyo~ um
Naega geudae saranghandan imaldo andoejyo~ um
Gwaenchan jiltuilkkeorago naega oeroungabodago
Jashineul sokyeobwassjiman ije deoneun nan gamchulsuga eobsneungeolyo

I think i love you
Geureongabwayo
Cause i miss you
Geudaeman eobseumyeon

Nan amugeosdo moshago
Jakku saeng-gaknago
Ireongeol bomyeo amuraedo

I'm falling for you
Nan molrassjiman now i need you
Eoneusaenga nae mam gipeungose
Aju keuge jarijapeun geudaeui moseupeul ijen boayo

Urin aneoulrindago chingu geuge ttak johdago um
Hanabuteo yeolgae dodaeche mwo hangaerado majneunge eobsneunde
Eotteohgesagwil suissnyago maldoandwaeneun yaegirago
Malhamyeo dulreo daessjiman ijedeoneun nan geureogigashirheungeolyo

Wae molrassjyo geudaeraneungeol woo
Wae mosbwassjyo baro apinde hoo ye
Geu dongan ireohge baro naegyeote isseossneunde
Wae ijeseoya sarangi boineungeoji hoo

Pulang

Seronok bercuti? Boleh la, dah lama tak balik rumah. Tapi penat la sikit, berjalan je kerjanya. Sangat tak best sebab tak dapat tidur lama-lama, tak tahu kenapa, mata ni macam tahu-tahu je tak kerja, jadi selalu bangun awal, tapi bila time kerja tahu pula tak nak bangun, nak tidur memanjang, ish, musykil betul la.

Cuti kali ni terlajak pula sehari, terpaksa amik cuti kecemasan sebab ada hal. Anak buah saya yang sulung kena tahan kat hospital. Harap-harap anak buah saya tu dah ok sekarang, kesian dia, dahla nak ambil peperiksaan PMR tahun ni...Macam-macam jadi.

Bila balik rumah ni habis hancur diet saya. Dah tak ada istilah diet lagi, semua nak makan. Mak saya pula asyik menggalakkan suruh makan, katanya tak apa, balik Segamat karang diet balik, huhu. Kata-kata mak kena patuhi betul tak?

Sepanjang balik hari tu tak sempat pun nak jengah bandar KB, sekadar lalu je, nak jumpa Far pun tak sempat, cik kak tu sibuk kerja...kerja...kerja...huhuhu, time dia free saya pula tak free, huhuhu, payah juga kawan dengan cik tutor bz nih.

Shopping? Huhuhu, sakan, tu pun tak sempat nak explore semua tempat, dah kena bebel dengan mak. Semua tempat yang dikunjungi tak pernah balik dengan tangan kosong. Banyak terbeli daripada membeli yang nak dibeli, ish...parah betul la, parah duit.

Penat? Rasa mengantuk pula sekarang, masuk office banyak pula kerjanya. Uwaaa...nak cuti lagi..hmm, bila la boleh cuti lagi? Ermmm…

Friday, June 05, 2009

Home sweet home

Saya akan bercuti untuk tempoh masa yang panjang. Mula-mula ke Terengganu untuk Kursus JPK Kolej di UiTM Chendering, kemudian terus pulang ke tanah tumpah darahku, hehehe. Blog ini mungkin tidak akan di update sementara waktu, huhuhu, sehingga saya kembali.

Apa yang saya nak buat bila balik nanti?

1- Menjana ekonomi negeri Kelantan a.k.a shopping...~melampau sungguh, hehehe
2- Tidur sepuasnya dan bangun lambat
3- Makan masakan my mum, nasi kerabu Kak We dan teh ais kedai kopi Lie
4- Pergi rumah Danish dan Bunya - rindu....
5- Makan seafood kat Pantai Sri Tujoh
6- Dating dengan Far...naik viva baru, hehehe
7- Beli kain, jahit baju kurung banyak-banyak
8- Checking homestay ~ dah siap ke belum...
9- Cuba drive sang kancil manual my mum ~ boleh ke? erkk..
10- Settle kan pasal roadtax, saman dan renew lesen kereta ~ ish, tak suka betulla bab ni, huhuhu...

Doakan saya selamat pulang dan selamat kembali.

Thursday, June 04, 2009

Lagu kita II

Semua Untukmu – Anuar Zain

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarlah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

p/s : Kelemahan yang ada pada setiap kami adalah ketentuan Allah. Nasihat Luqman Al-Hakim mengatakan terimalah kelemahan pasangan dengan sabar kerana ia adalah yang ditentukan oleh Allah. Setiap ketentuan Allah, pasti merupakan yang terbaik untuk kita.

Lagu kita

Perlu Kamu – Ajai & Kris Dayanti

Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…

Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Aku perlu
Aku rindu

Wednesday, June 03, 2009

Night At The Museum II

Dah lama tak tengok wayang sebenarnya. Saya ni bukanlah kaki wayang, lebih suka tengok VCD di rumah compare di panggung. Tapi hari tu, saya pecah tradisi, hehe, bukan selalu dapat peluang macam ni.

Cerita ni memang best. Puas hati sangat. Sangat suka Amy Adams yang pegang watak sebagai Amelia Earhart dalam cerita ni. Cerita Night At The Museum I pun saya dah tengok, pun sangat best walau pun tak tengok ending nya (saya dah tertidur masa 30 minit terakhir, ala, tengok kat tv la). Keseluruhannya, memang sangat best la, harap-harap ada la yang ke-3 pula lepas ni.

Tapi kan, rasanya cerita pape pun akan jadi best asalkan kita tengok dengan yang tersayang, ahaks, hehehe :)

Tuesday, June 02, 2009

Kata hati

Ikut kata hati mati. Kadang-kadang dalam kehidupan ini kita tidak boleh terlalu mengikut kata hati. Adalah lebih baik menimbal baik buruk setiap tindakan yang mahu dilakukan. Tidak wajar sekiranya hanya mementingkan kepentingan diri sendiri. Tapi adilkah pada diri andai tidak mampu menggapai sinar bahagia sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan semua pihak? Dilema? Ah, diluah mati emak, ditelan mati bapak. Luka di hati siapa yang tahu. Melepaskan kehendak sendiri untuk menjaga hati orang lain. Mungkin itu lebih mulia daripada mementingkan diri sendiri.

Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?

Monday, June 01, 2009

Pilihan

Situasi 1

A : Kenapa sedih?
B : Kerana hati sebak
A : Kenapa hati sebak?
B : Kerana hati dilukai
A : Siapa yang melukai?
B : Orang yang paling disayangi
A : Siapa orang yang paling di sayangi?
B : Orang yang selalu buat kita gembira…

Situasi 2

Dalam hidup, kita akan sentiasa berhadapan dengan dua perkara, perkara yang perlu kita lakukan dan perkara yang kita suka lakukan. Dan kedua-dua perkara itu akan saling bertentangan antara satu sama lain. Hakikatnya, perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang kita tak suka lakukan. Manakala perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak dapat kita lakukan. Kadang-kadang kita perlu melakukan perkara yang perlu kita buat walau pun kita tidak suka. Perit dan tiada pilihan. Tetapi, seandainya diberi pilihan, yang mana satu akan dipilih? Satu - perkara yang perlu kita lakukan atau dua - perkara yang kita suka lakukan?