Pengucapan awam ialah satu kaedah berkomunikasi secara lisan yang dilakukan dalam situasi terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan. Dan esok adalah hari yang bertuah (bertuah ke?) kerana saya akan menyampaikan pengucapan awam di hadapan hampir 43 orang. Mujurlah ianya dilakukan di dua dewan yang berbeza, kalau tak tentu jumlahnya bertambah ke angka 86 orang.
Pengucapan awam, mungkin nampak simple, mungkin nampak biasa, tapi bukan semua orang mampu melakukannya, termasuklah saya. Dengan kerjaya yang disandang sekarang, seharusnya ia bukan menjadi satu masalah yang besar. Itu kata orang. Tapi kata saya, saya masih belum lagi mencapai tahap mahir berucap. Memberi ceramah tidak sama dengan pengucapan awam. Situasinya berbeza.
Berucap tentang perkara yang saya agak kurang mahir (saya mendapat tajuk yang agak susah, huhuhu) membuatkan saya betul-betul tidak senang. Terasa takut untuk menghadapi hari esok. Walau pun hanya untuk tempoh 5 minit, hati saya tetap tidak tenang. Hingga ke saat ini.
Saya tidak pandai berucap. Masih banyak ilmu yang perlu saya cari. Masih banyak pengalaman yang perlu saya kutip. Ya Allah, permudahkanlah. Amin...
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment