Tuesday, March 31, 2009

AMUK !!!

Saya betul-betul sakit hati. Silalah sakitkan hati saya kalau teringin nak lihat saya mengamuk. Jangan sampai saya lancarkan perang psikologi kalau tak nak rasa sebagaimana saya rasa.

Saya betul-betul tengah marah (semasa menulis di entri ini). Marah saya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Malangnya, saya cuma mampu marah dan lepaskan kemarahan saya dalam hati. Geramnya!!! Kenapalah saya tak punya kekuatan untuk mengamuk?

Saya paling tidak suka (teramat pantang) apabila saya buat sesuatu kerja dan orang kata saya tak buat. Manusia memang pandai menilai orang tapi buta menilai diri sendiri. Ayat mudah, pendek akal mungkin.

Saya jenis tidak suka melawan. Mungkin itu kelemahan saya. Tapi itu tak bermakna saya hanya ikut telunjuk. Saya cuma tak suka cari pasal dengan orang dan tak suka orang cari pasal dengan saya.

Saya dah terbiasa tak dihargai. Tapi saya tak kisah, janji saya laksanakan tugas. Saya tak dahagakan pujian. Tapi tolonglah jangan ambil kesempatan apabila saya diamkan diri.

Saya terima semua tanggungjawab, suka atau tidak, itu semua amanah. Tapi kenapa mesti ada suara sumbang berkata-kata? Kenapa tak tampil dan bersemuka? Layakkah menilai hanya berdasarkan cakap-cakap orang?

Mungkin ini ujian buat saya. Saya percaya pada timbal balik. Dunia ini bulat.

[Ya Allah, ampunkan saya, saya benar-benar tak dapat kawal kemarahan saya tika ini]

Monday, March 30, 2009

"Working mode"

Hmm...setelah berada di luar kawasan selama 16 hari..saya kembali ke menuju jalan pulang... hehehe...banyak juga kerja bila dah lama tak masuk pejabat ni..Mujurlah saya mempunyai bos serta kerani yang amat komited dan rajin, dibantu pula oleh dua kaunselor pelatih. Dengan adanya mereka, program-program yang dirancang tetap berjalan dengan sempurna.

Walau pun tak dinafikan agak merindui keadaan semasa di e-village (iye ke??).. tapi kerja mestilah diteruskan.

Gambate !

Tuesday, March 24, 2009

Berakhirnya Debaran (vol.1)

Akhirnya, berjaya juga saya berdiri di hadapan hampir 43 orang untuk sesi pengucapan awam. Seringkali saya ingatkan kepada pelajar-pelajar saya bahawa untuk menyampaikan pengucapan awam yang baik seharusnya ada kontak mata, nada suara yang jelas, intonasi yang menarik, keyakinan, dan pengucapan tidak tersekat-sekat. Alahai, kadang-kadang mengajar lebih senang dari mempraktikkannya. Saya akui, saya amat berdebar-debar, malah tangan saya juga terketar-ketar. Cumanya di sini, kita harus bijak menyembunyikan kelemahan yang kita ada supaya tidak disedari oleh audien.

Lega, mungkin itulah kata-kata yang sesuai saya gunakan di saat ini. Tapi debaran ini tidak berakhir setakat di sini sahaja, masih ada peperiksaan yang harus saya lalui. Mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang, tapi ia amat penting bagi saya.

Monday, March 23, 2009

Pengucapan Awam

Pengucapan awam ialah satu kaedah berkomunikasi secara lisan yang dilakukan dalam situasi terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan. Dan esok adalah hari yang bertuah (bertuah ke?) kerana saya akan menyampaikan pengucapan awam di hadapan hampir 43 orang. Mujurlah ianya dilakukan di dua dewan yang berbeza, kalau tak tentu jumlahnya bertambah ke angka 86 orang.

Pengucapan awam, mungkin nampak simple, mungkin nampak biasa, tapi bukan semua orang mampu melakukannya, termasuklah saya. Dengan kerjaya yang disandang sekarang, seharusnya ia bukan menjadi satu masalah yang besar. Itu kata orang. Tapi kata saya, saya masih belum lagi mencapai tahap mahir berucap. Memberi ceramah tidak sama dengan pengucapan awam. Situasinya berbeza.

Berucap tentang perkara yang saya agak kurang mahir (saya mendapat tajuk yang agak susah, huhuhu) membuatkan saya betul-betul tidak senang. Terasa takut untuk menghadapi hari esok. Walau pun hanya untuk tempoh 5 minit, hati saya tetap tidak tenang. Hingga ke saat ini.

Saya tidak pandai berucap. Masih banyak ilmu yang perlu saya cari. Masih banyak pengalaman yang perlu saya kutip. Ya Allah, permudahkanlah. Amin...

Sunday, March 22, 2009

Demam

Setelah hampir 10 hari di sini, akhirnya...saya diserang oleh demam dan juga selsema. Sungguh tidak selesa, huhuhu... Mujurlah saya ada membawa ubat dari rumah. Sebelum ni, teman serumah ada juga berpesan supaya membawa yang sepatutnya, mujurlah juga saya ambil kisah pesanannya itu. Kalau diikutkan hati, mahu saja saya bawa first aid, tapi memandangkan muatan yang saya bawa dah melebihi tahap sepatutnya (2 beg pakaian..mujur tak bawa satu almari), maka saya hanya membawa ubat yang penting sahaja.

Sebenarnya, dah lama saya tak diserang demam dan selsema. Mungkin kerana sering berada dalam bilik berhawa dingin, keadaan cuaca yang tak menentu, sekejap panas sekejap hujan, maka antibodi saya menjadi lemah, huhuhuhu...

Bila demam macam ni, teringat kat emak di kampung. Masa inilah perhatian yang lebih akan diberikan, dimanjai. Tapi bila duduk berjauhan macam ni, terpaksalah berdikari (uwaa..nak balik rumah (i_i)

Dah lama sebenarnya saya tak balik kampung, dah dekat 2 bulan lebih...ada je halangan setiap kali plan nak balik. Harap-harap bulan April ni tak ada halanganlah mudah-mudahan.
Hope for the best this becoming April..can't wait (^-^)

Friday, March 20, 2009

e-village (siri 2)

6 more days to go... Hari ini, saya bertungkus-lumus menyiapkan tugasan individu. Alhamdulillah, tugasan kumpulan telah disiapkan setelah menyiapkannya sehingga jam 12.30 malam bersama-sama ahli yang lain. Sekarang, saya memfokus untuk ulangkaji (wah, rasa macam student la pulak,hehehe). Teringat kembali zaman di U dulu, tapi kali ini, bab yang dipelajari teramatlah berbeza. Dan, saya tidak tahu dari mana saya harus memulakan revision kali ini. Saya amat suka menghafal, mungkin itu kelebihan saya, tetapi kali ini amat susah, mudah-mudahan dipermudahkanlah terutama bahagian Kewangan, Perolehan dan Perintah Am.

Di sini, saya membina networking, mencari kenalan baru. Senang, kalau turun kat mana-mana kampus cawangan dah tahu siapa yang boleh di cari, hehehe. Di sini juga, ada juga kawan saya yang seorang ini berkuch-kuch hota hai, hehehe. Mungkin bakal bertemu jodoh di sini. Ermm, alahai, saya? (^o^")~~~

Apa yang penting, saya harus menyiapkan tugasan individu saya hari ni juga. Tapi, huhuhu, blackout la pula. Yang tak best nya, hanya floor saya sahaja. Mungkin ada yang plug terkejut kat mana-mana. Saya tak tahu bateri laptop ini mahu bertahan selama mana. Betul-betul menguji kesabaran saya.

Hidup mesti terus !

Tuesday, March 17, 2009

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Ayat ini saya ambil daripada pak cik saya. Dalam keluarga sebelah ibu, dialah yang paling saya kagumi, berjawatan utama di sektor awam, dialah satu-satunya adik ibu saya yang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi atau lebih tepat, luar negara. Malah melaluinya, banyak yang saya pelajari. Dialah sumber rujukan saya dan keluarga, setiap kali berhubung soal akademik. Semasa mendapat tawaran MRSM, dialah yang ibu hubungi. Begitu juga semasa mendapat tawaran ke Unimas. Yang paling terkini ialah semasa mendapat tawaran pekerjaan sekarang. Hati saya berbelah bahagi, dialah yang banyak menasihati.

Baru-baru ini dia menghantar pesanan ringkas (sms) kepada saya, bertanya khabar saya, serta alamat emel saya. Rupa-rupanya dia mahu menjemput atau invite saya untuk turut serta dalam Geni Tree. Dia ingin mengumpulkan seluruh ahli keluarga kami. Mahu buat reunion agaknya. Di akhir mesejnya, dia bertanya khabar tentang pekerjaan saya dan dia menasihati saya, dalam bekerja, perlu "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul". Agak mendalam, tapi saya faham maksudnya, menusuk ke kalbu. Saya tahu dia ikhlas menuturkannya. Namun, berapa ramai yang masih mengamalkannya?

Friday, March 13, 2009

e-village (siri 1)

Saya berada di Kg.Gajah, untuk tempoh 16 hari, menjalani kursus induksi... Ada keseronokan juga keperitan. Saya baru selesai menduduki peperiksaan induksi khusus.. Hampir setahun meninggalkan dunia belajar, terasa kekok apabila harus kembali belajar dan menjawab peperiksaan, dan menyiapkan tugasan..huhuhuhu..rasa kembali menjadi pelajar...seronok, tapi terasa otak dah mula berkarat sedikit..harap dapat melalui tempoh ini dengan jayanya. Doakan saya :)

Thursday, March 05, 2009

Tiada idea, tiada entri...

Saya agak sibuk kebelakangan ini, jadual bulan Mac sehingga awal bulan April ternyata amat padat, ada keseronokan dalam kesibukan.