Friday, January 30, 2009

My Friends











Hari ni tiba-tiba saja teringat pada kawan-kawan lama semasa belajar kat Unimas dulu. Ada yang masih berhubung, ada juga yang tak dapat dikesan. Ke manalah kalian agaknya. Tempoh 4 tahun cukup untuk kami mengenali antara satu sama lain.Melalui suka duka, pahit manis bersama. Sepanjang belajar di Unimas, saya tinggal di kolej, tidak pernah menyewa di luar. Tahun 1 di Kolej Sri Muara, Tahun 2 di Kolej Samarahan, Tahun 3 di Kolej Alamanda dan Tahun 4 di Kolej Sakura. Belajar di negeri orang, jauh dari keluarga, banyak memberikan pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Malah saya berbangga dengan diri sendiri kerana boleh hidup berdikari, jauh dari keluarga semenjak di Tingkatan 4 lagi. Semasa belajar di Sarawak, tidak pula saya rasa homesick, tapi bila bekerja ni, saya sering teringat pada kampung halaman, huhuhu...

Kepada semua kawan-kawan saya, thank you for being such lovely friends to me...

Wednesday, January 28, 2009

Masih dalam 'mode' bercuti (T_T)

Saya ke pejabat, terasa malas nak bangun pagi tadi tetapi terpaksa juga melangkah kaki ke pejabat. Saya masih dalam mode cuti. Saya tak ambil cuti panjang kali, cukup setakat cuti 2 hari yang diberikan sempena Tahun Baru Cina. Saya balik ke Kelantan pada hari Jumaat malam, bersama pelajar-pelajar Kelab PERMAS (Pengurusan Masjid As-Syakirin), menjadi pegawai pengiring untuk program Kem Eksplorasi di Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Hari pertama tiba, saya ke Pengkalan Kubor, menjana ekonomi negeri Kelantan. Saya sempat menyambar beberapa helai tudung kristal dan manjalara serta blaus, tak sangka dalam tiada masa saya masih sempat bershopping, hehehe. Agaknya kalau saya punya banyak masa, sudah tentu saya dah beli seluruh barang yang ada di setiap kedai, hehehe. Hari Isnin petang, saya bertolak pulang ke Segamat bersama pelajar kelab. Tiba di Segamat jam 5.00 pagi, terasa sangat sunyi dan gelap je UiTM tanpa pelajar.

Saya menghabiskan sisa cuti yang ada dengan membasuh kereta. Dah lama saya tak belek kereta ni, kalaula kereta ni boleh bercakap, sudah tentu dah lama ia merajuk dengan saya kerana sering diabaikan. Kemudian, meneruskan kerja-kerja sebagai suri rumah yang berjaya- membasuh baju, kemas rumah dan memasak. Malam, menseterika baju untuk dipakai ke tempat kerja esok (macam malas je)... Hmm, kemudian tengok cerita kantonis kat TV3 dan tidur.

Pagi ni, macam tak ada semangat nak buat kerja, kebanyakan staf lain masih bercuti. Terasa sunyi sepi pejabat. Tak tahu nak buat apa, bukan tak ada kerja, cuma semangat tak ada, masih ingat pada kampung halaman, teringat nasi kerabu Kak We (jiran sebelah rumah), teh beng kedai kopi Lie (teh ais), teringat masakan ma, teringat Rantau Panjang (kali ni tak sempat nak menjana ekonomi kat sana, cuma sempat singgah Pengkalan Kubor je)...huhu..Untuk cuti akan datang, saya akan bercuti sehingga puas..Indahnya balik kampung, kalau la ada UiTM dalam kampung saya alangkah bagusnya..ermm..alahai...

Thursday, January 22, 2009

Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku, ku layu
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Situasi- Bunkface

Wednesday, January 21, 2009

Merajuk


Hari ini merupakan hari Malas sedunia kot. Kenapa? Saya betul-betul tiada 'mood' untuk melakukan sebarang tugasan, apa yang saya lakukan hari ni serba tak kena. Puncanya? Saya merajuk dengan seorang teman, huhuhu. Saya sememangnya seorang yang kuat merajuk. Saya kecil hati dengan seorang teman baik dari semalam. Sebabnya hanyalah kecil, tapi kesannya benar-benar mewujudkan rasa terkilan dalam hati saya. Saya benar-benar jauh hati. Benarlah kata orang, kalau kita baik dengan orang, jangan terlalu rapat sangat kerana lama-kelamaan hati kita yang akan terluka. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Cuma saya tak faham, susah sangat ke nak menjaga hati kawan?

Pujuk? Saya cuba pujuk hati saya dengan ais-krim Cornetto dan air Horlick ais, sekurang-kurangnya dapatlah menyejukkan hati saya yang sedang membara ini. Tapi selama mana boleh bertahan? 'Easy to forgive, but hard to forget...'

Monday, January 19, 2009

Rahsia gerak mata


Rahsia ini saya dapat semasa mendengar ceramah bersama-sama pelajar diploma pada tahun lepas. Agak menarik ceramah tu kerana turut menyelitkan unsur-unsur untuk mengenali individu lain dengan lebih mendalam. Antara yang saya belajar ialah dengan melalui gerak mata. Sebenarnya bukanlah susah untuk 'detect' sama ada seseorang itu tengah fikir apa semasa bercakap dengan kita. Cubalah...

atas kanan - mengingati imej
atas kiri - mencipta imej
sisi kanan - mengingat bunyi
sisi kiri - mencipta bunyi
bawah kanan - mengingat
bawah kiri - bercakap dengan diri sendiri

April

Perwatakan mengikut bulan kelahiran. Hmm, saya dilahirkan dalam bulan April, berbintang Taurus. Jika mengikut kalendar Islam, saya dilahirkan pada bulan Rejab. Saya tidak pasti sama ada penjelasan ini benar-benar tepat dengan diri saya atau sebaliknya. Mungkin ada yang sama, mungkin ada juga yang samar-samar, wallahualam. Kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui penerangan untuk bulan-bulan yang lain, sila beritahu saya, untuk entri ini, saya hanya akan 'post' untuk bulan April (tentulah bulan kelahiran saya kan). Teruskan membaca (^_^)

(Saya ter'delete' 'post' bulan April sebelum ini, huhuhu...sori 'wan je', dengan komen-komen awak sekali terpadam..)

APRIL

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk) berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka 'adventure', pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba mengawal perasaan (emosi), kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu

Komen : Hampir kesemua penerangan di atas menepati ciri-ciri personaliti saya. Saya paling tidak suka untuk membuat keputusan, saya lebih suka merujuk kepada orang lain. Cuma 'part' sopan santun tu saya tak berapa pasti betul ke tidak (hehehehe).

Wednesday, January 14, 2009

Dunia ini bulat

Pernah tak anda mendengar ungkapan dunia ini bulat? Mustahil tidak kan. Tapi pernah tak anda terfikir maksud yang tersirat? Pensyarah saya sering menyebut tentang dunia ini bulat. Sekali dengar, mungkin anda akan membayangkan tentang bentuk bumi ini. Tetapi, sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik kata-kata itu.

Yelah, pensyarah saya bukannya mengajar subjek Geografi, sebaliknya subjek Etika Kaunseling, sudah pasti apa yang dimaksudkan tentang dunia ini lebih simbolik. Pensyarah saya sering berkata, setiap apa yang kita buat pada orang, orang akan buat balik pada kita. Anda faham tak maksud saya? Maknanya, kalau kita buat baik dengan orang, insyAllah orang pun akan berbuat baik dengan kita, tetapi sekiranya kita berbuat jahat dengan orang, orang pun pasti akan buat jahat juga pada kita.

Dunia ini adil sebenarnya. Kalau kita nak orang layan kita dengan baik, maka kita kenalah layan orang dengan baik juga. Sekiranya kita layan orang secara tidak baik atau jahat, jahat jugalah orang layan kita. Kalau kita nak disayangi, dicintai oleh orang sepenuh hati, sejujur mungkin, maka kita kenalah bersikap seperti itu juga. Ini tidak, selalu menyalahkan orang lain sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini. Walhal, semua itu mungkin ada kaitan dan berpunca daripada diri sendiri.


Perasan tak, kalau anda pernah mengutuk seseorang, kemudian benda yang anda kutuk itu terjadi pula kepada anda? Kita mungkin sedar dan nampak kelemahan serta keburukan orang lain, tapi kita buta dengan keburukan diri sendiri. Sesedap rasa mengata orang tapi tidak sedar diri. Jadi, percayalah, dunia ini bulat, jadi berhati-hatilah dengan setiap apa yang kita buat, mungkin tak terjadi pada kita sekarang, tapi mungkin terjadi pada masa-masa akan datang atau mungkin tak terjadi pada kita sekarang, tapi mungkin terjadi pada anak cucu kita atau pun pada orang-orang yang kita sayang.

Mohon dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak elok. Wallahualam...