Aku rasa sedih ngan gula hati aku. Mungkin memang patut aku merasa sedih dan berduka. Aku jugak salah, tapi aku jugak geram.
Mungkin aku ni tak berapa baik. Aku bukan rajin sangat, tapi dah buat terbaik lah...
Aku geram sebab ditinggal bodo, tanpa sepatah kata yang aku kira melalui ayat yang boleh aku faham, bukannya bahasa isyarat atau mana-mana signal yang aku leh tangkap. Aku kira kalo kita bersungguh dengan apa yang kita cakap, kita akan berusaha sedaya yang boleh untuk cakap, mungkin melalui telefon atau sms. Atau mungkin dengan pelawaan yang lebih berulang.
Patutkah kita merasa agak bengang dengan situasi ditinggal bodo? Bagi aku yang mempunyai tahap kesabaran yang minimum serta tahap baran yang optimum, aku rasa aku berhak untuk berasa agak bengang. Justeru aku akan mengambil tindakan yang drastik tanpa berfikir panjang tanpa mengambil kira perasaan mana-mana pihak walaupun pihak tersebut banyak menjaga hati aku. Sori, aku memang emo ok!
Then, kerana sikap anda yang sangat drastik telah membuat pihak lain berasa kecewa ngan anda. Yup, orang memang patut rasa kecewa ngan aku. Cumanya, aku ingin tahu, adakah kerana itu ia telah menutupi segala perbuatan kebaikan yang pernah aku lakukan sebelum ini? Mungkin aku telah membuat orang jauh hati ngan aku.
Tika ini, aku tak tahu nak cakap apa. Diam diri lebih baik sebab aku memang tak patut disayangi sebab aku bukan baik dan suka tolong orang.
Take care!
No comments:
Post a Comment