hati pecah...
Ada sesetengah perkara, kalau diungkit, ia akan meninggalkan menghidupkan bekas yang telah lama berparut. Cuba bayangkan jika kamu telah melupakan sesuatu perkara, kemudian ada pihak cuba mengingatkan kamu tentang ia, adakah kamu tidak akan rasa apa-apa? Betul, jika kita benar-benar telah melupakan kenangan pahit, jika diungkit sekali pun, kita tetap biasa, steady, tiada unfinished business. Tapi sekiranya masih tersimpan sedikit rasa tidak puas hati, ataupun sedikit unfinished business, kita akan berasa tidak selesa, mudah marah, dan cuba menyalahkan pihak yang mula mengungkitkan perkara tersebut.
Saya bukanlah jenis yang cepat lupa, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan tentang anda, kehidupan anda. Bagaimana sebelum ini hidup anda dieksploitasi, berbuat baik tapi tetap diambil kesempatan di atas kebaikan yang diberikan. Hidup sekarang membuatkan saya lebih berhati-hati, dalam segenap segi, kerana saya tidak mahu melalui perkara sama untuk kali kedua.
Jika kamu merasakan saya berkira, ye memang. Walaupun jauh disudut hati saya saya bukanlah jenis yang macam tu, malah saya akan berasa bersalah kerana kenangan pahit saya telah membuatkan saya berkira dengan anda. Malah saya menyalahkan diri saya kerana tentang perkara tersebut, membuatkan saya menjadi perengus, pemarah, baran dan semua sifat tidak baik terbit dalam diri saya.
Saya mohon maaf kerana kerana melibatkan anda dalam perkara ini. Maaf juga kerana tidak berjaya membuat anda faham. Jika anda mempunyai persepsi tidak baik tentang saya, saya tidak menyalahkan anda, kerana saya tahu saya tidak sesempurna mana.
No comments:
Post a Comment