Setiap kali kita berbuat kebaikan dan menyatakan ia sebagai perbuatan ikhlas, tapi jauh di sudut hati kecil masih berharap agar kebaikan itu terbalas.
Pabila kita tidak berpuas hati pada orang, kita akan cepat melupakan segala kebaikan yang orang pernah lakukan kepada kita. Malah, lebih mengingati kesilapan yang dilakukan walau pun kecil. Keburukan menutupi kebaikan.
Pabila kita tidak gembira, kita merasakan tiada siapa yang peduli tentang kita. Tapi cuba tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar kisah pada orang sepenuhnya? Pernahkah kita fikir yang orang lain punya masalah sendiri, yang tidak mahu dikongsi. Put yourself into someone's shoe supaya kita lebih berempati (kalau mampu).
Pabila orang cuba berbuat baik, kita mula mencipta jurang makin dalam. Kita selalu beranggapan kitalah yang terbaik, orang lain paling teruk. Kita takkan mengakui kesilapan sendiri, tapi meletakkan kesalahan pada orang lain.
Banyakkah budi yang ditabur , mahupun kebaikan yang telah dilakukan, andai kita mengharap balasan setimpal?Kita tak pernah bersyukur dan berpuas hati pada layanan orang.
Bak kata En.Aizat, jangan terlampau berharap apa orang buat pada kita sama macam yang kita buat baik pada orang. Hubungan tanpa syarat ialah hubungan yang tidak mengharap balasan.
No comments:
Post a Comment