Realiti - Status tetap memainkan peranan dalam kehidupan masa kini. Miskin atau kaya, tetap mempunyai jurang yang amat tinggi. Pangkat apatah lagi.
Teringat semasa mendaftar menjadi pelajar tahun pertama di universiti. Saya mendaftar nama untuk persatuan program. Semasa sesi pengenalan Majlis Tertinggi persatuan, saya berangan-angan dalam hati untuk menjadi Setiausaha Agong persatuan tersebut. Walaupun saya tahu kebarangkalian untuk terpilih sangat rendah (Nota : saya tidak glemer, tidak cun, banyak yang tidak...).. angan-angan... Semasa di tahun ketiga, saya terpilih. Bukan susah rupanya untuk menjawat jawatan tersebut. Yang penting pernah ada keinginan. Tak sangka pula saya mendapat undian tertinggi (untuk jawatan itu k, bukan YDP).
Sekarang? Oh, cita-cita saya tinggi. Mungkin kerana terasa tidak penting dan tidak wujud, maka saya punya misi tersendiri. Supaya mereka yang di atas sedar diri.
No comments:
Post a Comment