Wednesday, July 28, 2010

Kerja di bidang yang anda suka

Pernah tak orang datang kepada anda dan bertanya, adakah anda bekerja dalam bidang yang anda suka?

Kadang-kadang, kita minat lain, belajar lain, kerja lain.

Pelajar-pelajar selalu tanya soalan ni,:
"Saya apply course lain, dapat course lain, camne tu miss?"

Kawan-kawan selalu cakap, :
"Aku tak seronok dengan kerja aku sekarang, tak de hati buat kerja, xde passion..."

Kita akan lebih gembira kalo buat perkara yang kita suka. Yup, betul. Ia mempengaruhi kecintaan anda dalam bekerja. Kadang-kadang bila stress bekerja, kita akan rasa nak berhenti, cepat putus asa. Ia makin buat anda stress bila anda melakukan perkara yang anda tak suka, atau lebih tepat, tak suka keja tu, tapi dapat keja tu. Kita tak boleh nafikan, ia mungkin dah tertulis sebagai sumber pendapatan kan?

Alangkah seronok kalo dapat buat atau bekerja tentang yang kita suka. Contoh, kita minat melukis, kita pun bekerja sebagai pelukis. Jadikan hobi sebagai satu pekerjaan. Tapi tak semestinya juga, jika ia kurang memberikan pendapatan yang memuaskan, kita akan stress juga tak mendatangkan hasil.

Susah nak cakap kan?

Ramai bertanya, aku suka tak ngan kerja sekarang?
Oh...

Adakah anda berada di track yang betul?

Monday, July 26, 2010

Kuasa Minda Sedar dan Separa Sedar

Tahukah korang yang kita ni hanya guna 10% je minda sedar, yang lagi 90% tu kita guna minda separa sedar?

Minda sedar ni disimpan sebagai ingatan jangka pendek (short-term memory)

Minda sedar berfungsi pada tahap gelombang otak beta. Minda separa sedar pulak berada pada tahap gelombang otak alpha dan teta.

Contoh :
Beta
Keadaan : berjaga, siap sedia
Aktiviti : menyelesai masalah, berfikir, fokus, menganalisis, bercakap, memberi pendapat

Alpha
Keadaan : beristirehat
Aktiviti : bertafakur, bermeditasi

Teta
Keadaan : penuh istirehat
Aktiviti : saat hampir tidur, meditasi yoga

Delta
Keadaan : tidur nyenyak
Aktiviti : tidur lena dan tidak sedar

Friday, July 23, 2010

Getaran negatif berputar

Ada beza antara penggunaan KAU dan KITA. Kata nama KAU dan KITA tiba-tiba membina jurang antara kita. Aku kira ia agenda kita, maka aku beria-ia. Ataupun mungkin termasuk dalam sebahagian agenda kita. Tapi kata-kata ko itu membuktikan banyak benda. Ia bukan agenda kita tapi aku. Maaf kerana aku memasukkan KITA dalam agenda itu. Tapi serius, aku terluka...

Nota : aku masih belum dapat mempraktikkan LOA, banyak vibration negatif menyelubungi aku sekarang :(

Thursday, July 22, 2010

Law of Attraction

Hukum Tarikan atau Law of Atrraction (LOA) kata dalam kehidupan kita, apa-apa yang kita beri tumpuan, tenaga dan fokus akan datang dalam kehidupan diri kita sama ada positif atau negatif.

Kata skema "LOA memberi tindak balas pada segala perkara yang kita pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak sama ada positif atau negatif. Dengan kata lain, ketika kita sedang memikirkan sesuatu, hukum itu mengatakan 'kita sedang menarik sesuatu ke arah kita' ".

Vibration negatif - marah, keliru, kecewa, stress, sakit ati
Vibration positif - sayang, cinta, gembira, selesa, bangga, yakin, teruja

Contoh :
Student : Subjek ni susah la
- bila kita cakap susah, kita akan memikirkan kesusahan subjek ni, so dah mengeluarkan vibration negatif ke alam (universe), dan alam yang mematuhi LOA akan hantar semula vibration susah ni ke dalam diri kita, dan kita akan berasa bertambah-tambah susah terhadap subjek tersebut (walaupun hakikatnya subjek tu tak de la susah mana pun)

Jadi, kita patut /amalkan cakap positif masa supaya lebih banyak vibration/getaran positif yang keluar dan masuk semula dalam diri kita.

Contoh , "Saya sayang awak..."
Aku : wah, kalo kita cakap camtu, means semua orang akan sayang kita, atau kita cakap sayang kat orang sekali, orang akan cakap banyak2 kali ek? bestnye... :)

Wednesday, July 14, 2010

Gula hati

Aku rasa sedih ngan gula hati aku. Mungkin memang patut aku merasa sedih dan berduka. Aku jugak salah, tapi aku jugak geram.

Mungkin aku ni tak berapa baik. Aku bukan rajin sangat, tapi dah buat terbaik lah...

Aku geram sebab ditinggal bodo, tanpa sepatah kata yang aku kira melalui ayat yang boleh aku faham, bukannya bahasa isyarat atau mana-mana signal yang aku leh tangkap. Aku kira kalo kita bersungguh dengan apa yang kita cakap, kita akan berusaha sedaya yang boleh untuk cakap, mungkin melalui telefon atau sms. Atau mungkin dengan pelawaan yang lebih berulang.

Patutkah kita merasa agak bengang dengan situasi ditinggal bodo? Bagi aku yang mempunyai tahap kesabaran yang minimum serta tahap baran yang optimum, aku rasa aku berhak untuk berasa agak bengang. Justeru aku akan mengambil tindakan yang drastik tanpa berfikir panjang tanpa mengambil kira perasaan mana-mana pihak walaupun pihak tersebut banyak menjaga hati aku. Sori, aku memang emo ok!

Then, kerana sikap anda yang sangat drastik telah membuat pihak lain berasa kecewa ngan anda. Yup, orang memang patut rasa kecewa ngan aku. Cumanya, aku ingin tahu, adakah kerana itu ia telah menutupi segala perbuatan kebaikan yang pernah aku lakukan sebelum ini? Mungkin aku telah membuat orang jauh hati ngan aku.

Tika ini, aku tak tahu nak cakap apa. Diam diri lebih baik sebab aku memang tak patut disayangi sebab aku bukan baik dan suka tolong orang.

Take care!


Monday, July 05, 2010

3 idiots


Cite ni dah lama dah kuar, tahun 2009, tapi baru-baru ni jak kamek sempat nanggar cite tok... Best juak, tq la pada sidak yang rekemen kat kamek cite tok, ngekek kamek bantai gelak...

Thursday, July 01, 2010

Status

Realiti - Status tetap memainkan peranan dalam kehidupan masa kini. Miskin atau kaya, tetap mempunyai jurang yang amat tinggi. Pangkat apatah lagi.

Teringat semasa mendaftar menjadi pelajar tahun pertama di universiti. Saya mendaftar nama untuk persatuan program. Semasa sesi pengenalan Majlis Tertinggi persatuan, saya berangan-angan dalam hati untuk menjadi Setiausaha Agong persatuan tersebut. Walaupun saya tahu kebarangkalian untuk terpilih sangat rendah (Nota : saya tidak glemer, tidak cun, banyak yang tidak...).. angan-angan... Semasa di tahun ketiga, saya terpilih. Bukan susah rupanya untuk menjawat jawatan tersebut. Yang penting pernah ada keinginan. Tak sangka pula saya mendapat undian tertinggi (untuk jawatan itu k, bukan YDP).

Sekarang? Oh, cita-cita saya tinggi. Mungkin kerana terasa tidak penting dan tidak wujud, maka saya punya misi tersendiri. Supaya mereka yang di atas sedar diri.