Wednesday, December 23, 2009

Cuti-cuti@ New City

Walau pun sekejap, tapi masa aku betul-betul terisi ngan aktiviti. Aktiviti apa lagi kalo bukan shopping. Cuma kali ni aku tak sempat nak tawaf semua tempat pelusuk dunia shopping di Kelantan, mungkin sebab jam disertakan jumlah manusia yang sangat ramai plus harga barang amat mahal dari biasa. Masa ni la peniaga nak amik kesempatan untuk mencekik... Tapi masalah harga bukan alasan utama kerana aku ditemani pakar menawar iaitu bondaku  yang mana akan menawar habis-habisan, huahuahua... Tapi disebabkan faktor cuaca, hujan, hujan dan hujan. Korang bayangkanla, tengah duk nak menawar tiba-tiba air datang kat kaki, air sungai Golok nu hah, dah melimpah, oh ye, masa tu aku tengah sibuk membeli tudung bawal kat Rantau Panjang k...

Cuti kali ni aku tak sempat nak makan tom yam, tapi teh ais tetap menjadi minuman wajib k. Aku tak sempat nak dating ngan sape2 kali ni. Sibuk...

Balik kali ni juga bondaku sibuk memberi tazkirah pendek kat aku. Menanya itu dan ini... (aku rasa korang boleh teka kot isu apa yang aku tengah cakap ni....) Ish, bab ni aku paling tak suka.. Bukan apa, aku malas nak jawab pape, so diam itu mungkin lebih baik. Rileks la bondaku, aku mahu kumpul harta.... yeah..banglo ku di Seremban tengah memanggil-manggil...




No comments:

Post a Comment