Saturday, November 28, 2009

Sibuk berkebun di hari raya

Aku kini dah ada job baru. Petani moden. Seronok juga bercucuk tanam ni rupanya. Setakat ni aku tanam strawberi, sayur sket, dan bela kambing, lembu ngan biri-biri. Eh lupa plak, arnab ada seekor. Tu pun orang kasi. Kira ok la kan, sebagai permulaan, aku tanam ngan bela sket-sket dulu, bila dah ada banyak modal nanti aku ingat nak besarkan sket ladang aku tuh. Korang doakan la aku berjaya ye!

Lupa plak nak bagitau ladang aku kat mana. Kat facebook, farmville, hehehe. Kalo korang ada fb tu jangan la lupa jenguk ladang aku tu. Bawakla hadiah sekali, sian aku, ladang aku baru nak bertapak jadi tak banyak yang ada, hehehe.

Ok la, aku nak sambung berkebun jap. Rasa-rasanya strawberi yang aku tanam pagi tadi dah boleh tuai. Bye-bye...

No comments:

Post a Comment