Monday, November 30, 2009

Kisah hari raya

Lonely I'm Miss Lonely
I have nobody
For my owwnn
I'm so lonely, I'm Miss Lonely
I have nobody,
For my owwnn
I'm so lonely...

Tiba-tiba aku rasa sangat lonely (uish, emo la plak pepagi ni..hukhuk). Mahu tak emo, hari ni aku dah start keje balik, sepatutnya aku tengah bercuti sakan sekarang ni tau tak. Kurang-kurang seminggu aku cuti raya, tapi kali ni tak..sob..sob...

Sedih woo beraya tanpa orang tersayang ni tau tak... Memangla aku beraya ngan kakak aku, tapi tak sama tau aura dia kalau mamaku tiada. Korang bayangkanla, raya pertama, aku makan nasi goreng aidiladha jek.. sabor jela kakak kesayangan aku tuh, pastu mak aku siap call dan bagitau apa menu diorang kat umah kat kampung, hampes tul, saja jek nak bagi aku ngan kakak aku jeles lah tu... Pastu dahla tak de sedara mara kat sini, huhuhu. Kalau kat kampung tentu riuh umah aku time pagi raya tu... Petang lak aku pegi berkebun, yelah, dah tak tahu nak buat apa...

Raya kedua lak, aku sibuk berkebun lagi. Tengah duk tanam strawberi tu kakak aku yang 2nd call bagitau yang diorang tengah berkumpul kat umah, tengah makan-makan, ada sup tulang, dan semua makanan berkaitan ngan daging lembu ngan tulang lembu pun ada, huhuhu. Pastu siap bagitau semua orang ada, kecuali aku ngan family kakak aku, uwaa... Masa raya pose hari tu tak dek pun nak kumpul-kumpul camni. Patutlah orang kata raya haji kat Kelantan meriah ek?

Disebabkan kesedihan teramat (kunun...) aku pun sambung berkebun. Yela, dari aku buat benda tak berfaedah baik aku tanam strawberi ye tak?  Raya ketiga lak aku still duk umah juga, tak g mana-mana pun, berkebun lagi baik, leh kuar peluh (hahaha...peluh la sangat..)..

Ok la, aku rasa setakat tu jela kisah hari raya aku yang tak berapa nak best. Sedih woo bila orang kata pagi raya diorang makan nasi himpit, rendang, lemang, sate, nasi minyak... aku? Korang pun tahu aku makan apa kan? Uwaa..nak makan sate jugak!

K la, aku nak update website unit jap, yela, aku pun nak menang macam Nurul Farihah jugak. Kalau tak menang pun aku tak nak kasi KJ menang. Chaiyok2...


Sunday, November 29, 2009

H E A R T

The course of true love never did run smooth...

There is nothing either good or bad, but thinking makes it so...

To be, or not to be, that is the question...

But love is blind and lovers cannot see...

Say as you think and speak it from your soul ~~~^_^

If tomorrow never comes
Will he know how much I loved him
Did I try in every way
To show him every day
That he's my only one


And if my time on earth were through
And he must face this world without me
Is the love I gave him in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes


'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them
Never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much he means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance
To tell him how I feel


So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes
(If tomorrow never comes by Ronan Keating)

Saturday, November 28, 2009

Sibuk berkebun di hari raya

Aku kini dah ada job baru. Petani moden. Seronok juga bercucuk tanam ni rupanya. Setakat ni aku tanam strawberi, sayur sket, dan bela kambing, lembu ngan biri-biri. Eh lupa plak, arnab ada seekor. Tu pun orang kasi. Kira ok la kan, sebagai permulaan, aku tanam ngan bela sket-sket dulu, bila dah ada banyak modal nanti aku ingat nak besarkan sket ladang aku tuh. Korang doakan la aku berjaya ye!

Lupa plak nak bagitau ladang aku kat mana. Kat facebook, farmville, hehehe. Kalo korang ada fb tu jangan la lupa jenguk ladang aku tu. Bawakla hadiah sekali, sian aku, ladang aku baru nak bertapak jadi tak banyak yang ada, hehehe.

Ok la, aku nak sambung berkebun jap. Rasa-rasanya strawberi yang aku tanam pagi tadi dah boleh tuai. Bye-bye...

Friday, November 27, 2009

Lagu untuk mr.striker

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
(Sempurna by Gita Gutawa)

p/s : dedicated this song to mr.striker and thanks for everything (^_^)

Thursday, November 26, 2009

Outcast

Kadang-kadang aku rasa diri ni macam outcast...
Tetiba je rasa nak menangis pagi ni...
Emo la plak...
Susahnya nak pujuk hati sendiri kali ni (T_T)

Wednesday, November 25, 2009

Jangan menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Tuesday, November 24, 2009

Banjir

Baru lepas cakap tepon ngan my bro... Rumah aku kat kampung dilanda banjir lagi sekali. Tiga minggu lepas dah banjir jugak, ni banjir kali kedua lak... Sian mak ngan wan aku kat umah, tentu penat nak pindah barang kat kilang ngan umah, huhuhu...

Ni lum ada keputusan nak balik raya ke tak.. My bro kate p cari tiket train or bus, hukhuk... Jangan balik sorang katanya. Aku kate tengokla dulu... aura beraya dah semakin tak de...

Moga aku diberikan petunjuk pasni...

Monday, November 23, 2009

Tak dapat balik raya

Uwaa..mula-mula aku nak nangis dulu. Raya haji tahun ni mungkin aku tak balik. Sedihnya!

Kenapa? Banjir...nak lalu mana? Nak naik flight? Mungkin jugak, entahla...

Habis semua plan aku ngan Aniey hancus...lokasi tempat bengkel berubah, faktor alam lagi, faktor Aniey tak perlu g bengkel lagi, hukhukhuk...

Bukannya aku tak biasa tak balik raya, masa duk Sarawak dulu pun dalam 4 tahun tu, raya pose cuma sekali aku balik semenanjung, raya haji plak tak pernah balik...tapi masa tu okey jek..sekarang? Homesick wooo...walaupun raya dalam banjir, aku tetap nak balik jugak, korang apa tau perasaan aku, hukhukhuk...

Kalo ikut ati nak je aku drive sorang balik, tapi kalo kandas tengah banjir camne? Aku mana reti kalo sensorang ni? Uwaa.. .Nak tumpang akak aku, dia pun tak sure balik ke tak. Dah tu camne? Raya di Segamat? Tak mboh!

Kemungkinan

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
(Hampir ke Situ - Mendua)

Saturday, November 21, 2009

Cahaya

Kata Nur, "Saya cuma mahukan kebahagiaan, tetapi kenapa kebahagiaan itu semakin lama semakin jauh dari saya?"

Friday, November 20, 2009

Thursday, November 19, 2009

Speechless


Saya merenung kelemahan diri, betapa rapuhnya hati ini, dijentik sekali terus pecah hancur berkecai. Baru saya sedar agaknya, betapa goyahnya iman ini, betapa lemahnya kesabaran ini. Betapa diri ini masih belum redha dengan ketetapan dan ketentuan qada' dan qadar.

Wednesday, November 18, 2009

Happy at work

Saya tengah baca buku ni – Happy at Work. Teringin menulis artikel motivasi berkenaan kerja ni, harap dapatlah menghasilkan tulisan berilmu kali ni. Sebelum ni dah menyumbang idea untuk sebuah buku kaunseling (hehe, bersama cik pretty, koya2), dah selamat dicetak dah pun. Ok, chaiyok2…semoga angan-angan menjadi kenyataan.

Menatap matamu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
(Menatap matamu - Aril)

Saturday, November 14, 2009

Weekend@ofis--hati lara+paranoid

Panjang tajuk entri ni, hahaha. Mungkin sebab banyak kot yang aku nak cite hari ni.

WEEKEND
Dah lama aku tak datang ofis time weekend, dulu selalu juga. Oh ya, ada keje yang aku perlu setelkan. Keje yang benar-benar menyesakkan kepala aku. Perut aku plak lapa, pagi tadi breakfast ngan roti je. Jap lagi nak kuar cari makan, sorang. Terpaksa, malas nak menyusahkan sesiapa.

HATI LARA
Aku dah menjadi hantu novel. Semalam je aku dah habiskan dua buah novel yang aku pinjam dari library petang semalam. Sambil lepak-lepak menunggu dua librarian yang sebok tu untuk keluar dinner (hehehe), sempat juga aku pinjam tiga novel. Tinggal sebiji lagi belum aku habiskan, tak pe, malam ni.

Teringat novel Soalnya Hati yang aku baca semalam. Sangat best sampai aku ketawa mengekek sorang-sorang sampai housemate aku kata aku gila gelak sensorang, hahaha...

Aku teringat kata Shazana dalam novel tu kat Zulaikha :
"Sayang lain, cinta lain. Kau boleh sayang kat buku-buku kau tu, tapi kau tak boleh cintakan buku. Ia amat berbeza. Tanya hati kau, apa ertinya dia pada kau, sayang atau cinta? Ask yourself, you love him or you like him?"

PARANOID
Apa yang terjadi dulu mungkin telah membuatkan aku lebih berhati-hati...
Apa yang terjadi dulu mungkin mengajar aku supaya sabar dan tabah
Apa yang tejadi dulu tak sanggup aku lalui lagi untuk kesekian kali...

Titik

Friday, November 13, 2009

Tidak bagus

Semua tidak berjalan lancar... Masalah datang bertimpa-timpa!

Untuk kesekian kali, aku dah betul-betul give up. Sorila, angin aku sangat tidak baik hari ni. Sangat sensitif.

Healing myself--alone

Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan…

Thursday, November 12, 2009

Muhasabah diri

Antara satu sikap yang sukar diamalkan oleh manusia adalah berlapang dada, bertolak ansur. Hal ini kerana, yang susah untuk manusia adalah berkorban. Berlapang dada, bertolak ansur adalah satu pengorbanan, mengutamakan orang lain dan membelakangkan diri sendiri.

Sukar, kerana manusia tidak mempersiapkan hati mereka untuk menerima. Menerima lontaran pendapat orang lain. Segera ingin bangkit membalas semula, atau terburu-buru hendak orang lain mendengar pendapat kita sahaja. Sukar untuk berlapang dada, bertolak ansur, duduk sebentar,mendengar terlebih dahulu.

Kerana hati tidak dipersiapkan untuk menerima.

Wednesday, November 11, 2009

Edisi keEMOan

Semua benda yang kita buat perlukan sebab ke?

I juz wonder... :(

Kita perlukan sebab ke untuk sayang orang?
Kita perlukan sebab ke untuk spend masa ngan orang kita sayang?
Kita perlukan sebab ke kalau kita cuba nak buat hati kita gembira?

I juz don't understand...

Do i need thousands of reason to request for something?

................................................................................................................................

I need strength... Benar-benar memerlukan kekuatan untuk meneruskan semua ni. Sedihnya bila semua benda diuruskan sendiri. Kadang-kadang saya merasakan semua ni tak adil, atau saya yang terlalu mudah mengatakan Ya or tidak pandai menolak or hanya tahu diam dan melaluinya sendiri? Nak nangis, tak larat sangat dah, otak saya tak mampu install semua benda!

Tuesday, November 10, 2009

Edisi kehampehan

Aku tak tahu ni kali ke berapa aku buat keje last minute camni. Last minute ngan aku bukanlah rakan baik, tapi kadang-kadang aku rasa macam dah jadi trademark plak. Entah!

Bukan aku minta sume jadi camni (ek?), bukan aku tak tau pe nak buat. Tapi tul la orang kate, support system tu amatlah penting. Ni entah kali ke berapa aku pun tak tahu aku kate nak brenti keje, huhuhuhu... Mungkin aku patut balik umah dan tolong mak aku jual serunding lagi baik kot..hukhuk (ni la kate-kate orang putus asa, alahai...)

Give up la ngan diri sendiri sekarang, sume serba tak kena. Orang lain cam nampak aku okey jek, uwaaa... tidak, itu sume adalah faking face yang datang dari aku sendiri.

Tapi serius la, projek last ni memang buat dan menampakkan aku agak hampeh. Hasil daripada kebodohan aku sendiri aku kire. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi camni. Masalah jiwa? Dah pulih dah rasanya....masalah kewangan? Dah stabil balik dah... masalah apa lagi hah? Adoila...

Aku berdoa moga-moga aku dapat melalui semua ni ngan jaya. Jayakah aku pasni? Huhu, jadi ikan mungkin lebih baik kot...

Monday, November 09, 2009

Seronok jadi ikan

Kadang-kadang aku rasa lebih seronok jadi ikan. Ada orang ambil berat, bagi makan. Ada orang cucikan kolam ikan. Ikan cuma berenang kemudian makan, makan, makan...

Kadang-kadang aku jeles ngan ikan. Pagi-pagi lagi dah ada orang bagi makan. Aku? Hah, pandai-pandaila cari makan sendiri.

Oh, apa aku merepek ni? Ngan ikan pun nak jeles, hahahaha. Ada aku tuba kolam ikan malam ni, ish..ish..ish..jahatnya aku. Okla, kene start bekerja dengan jaya hari ni. Chaiyok...

Nota : aku bersyukur jadi manusia. Ikan ni perumpamaan jek okey!

Friday, November 06, 2009

Eternal flame

Close your eyes
Give me your hand
Do you feel my heart beating
Do you understand
Do you feel the same
Or am i only dreaming
Is this burning, an eternal flame

Hampir seminggu blog ni tak di update… Menulis tanpa ketenangan mungkin salah satu sebab mengapa aku menjadi pasif di alam maya ni.

Am I sensitive? Kadang-kadang… selalu pun ye juga. Senang je nak perasan aku ni, selalunya aku akan diam. Kalau aku diam lama sangat means aku benar-benar terasa. Kadang-kadang orang tak tahu pun aku terasa. Kalau aku menjauhkan diri tu means mungkin aku tengah terasa dan dalam proses untuk healing diri sendiri.

Apa yang berlaku di sekeliling menentukan mood kita. Yup, amat betul bagi aku. Moody lately, tak yah la tau kenapa, biarlah rahsia. Macam aku pernah cakap la, kadang-kadang orang tak sedar pun apa yang aku rasa.

Hidup ni jangan banyak sangat permintaan, macam prinsip aku la, bukan senang kita nak puaskan hati orang, dan bukan senang juga orang nak puaskan hati kita. Tapi bagi aku juga, apa salahnya kita berusaha sedaya upaya memuaskan hati orang kan?

K la, harap aku akan ingat balik macam mana nak senyum pas ni.