Monday, August 10, 2009

Salahkah kalau saya ni orang Kelantan?

Salahkah saya kerana dilahirkan sebagai Kelantanese? Saya pernah direject hanya kerana saya 'orang' Kelantan, sedih... (T_T)

Saya bersyukur to be a Kelantanese. Tinggal dan dibesarkan di Kelantan, bagi saya itu satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Bukanlah saya ingin mengagungkan negeri ini, tidak sama sekali. Saya rasa semua orang pun bersyukur walau di mana negeri dia dilahirkan bukan? Saya boleh bercakap loghat Kelantan, dan juga bahasa Malaysia dengan baik (xde bau budu la sangat, hahaha). Belajar pula di merata-rata, sekolah rendah di Kelantan, sekolah menengah di Terengganu, matrikulasi di Terengganu, masuk U kat Sarawak, kemudian bekerja di Johor. Variasi.

Orang kata kalau orang Kelantan mesti kena kahwin dengan orang Kelantan juga. Yup, sebagai contoh ibu saya, dia mahukan bakal menantunya nanti orang Kelantan. Opps… setakat ni saya tak jumpa lagi orang Kelantan, mesti ke kena orang Kelantan juga ke? Adoi… Kenapa ibu saya menetapkan syarat macam tu? Supaya senang anak dia selalu balik kampung, dekat dengan keluarga. Kedua-dua abang saya dan kakak kedua saya berkahwin dengan orang Kelantan, bekerja di Kelantan, cuma kakak sulung saya bekerja dan berkahwin dengan orang Negeri Sembilan. Saya? Belum tahu lagi…Payah-payah…

Tapi, selalunya ramai orang tak suka orang Kelantan. Bukan semua, tapi segelintir. Selalunya, kawan-kawan rapat saya adalah orang yang pada awalnya tak suka orang Kelantan. Kata mereka, semangat kenegerian orang Kelantan terlalu tinggi, kalau dah jumpa geng, semua ditolak tepi. Betul ke? Mungkin ada kebenarannya, tapi tak semestinya. Kawan baik saya bukan setakat orang Kelantan tapi juga orang Sabah dan Pahang. Malah ex saya dulu juga orang Johor, bukan orang Kelantan tau...

Saya tak nafikan orang Kelantan selalunya semangat kenegeriaannya tinggi. Yang bukan saudara pun leh mengaku saudara bila dah tahu satu negeri, berkongsi pula loghat yang sama. Pergi mana-mana pun ’bersepah’ orang Kelantan. Realiti.

Apa-apa pun, saya bukan nak membicarakan isu kenegerian kat sini, walhal saya adalah rakyat Malaysia. Tak kiralah awak orang negeri Kedah ke, Negeri Sembilan ke, Sabah ke, Sarawak ke, anda berada di bawah satu rumpun yang sama, 1Malaysia.

4 comments:

  1. uikss....sy sendiri pernah berhadapan dgn isu ini...di mana ade yg mengutuk org kelantan di depan sy hanya kerana mereka menganggap sy bukan berasal dr kelantan...mungkin kerana sy berckp sudah tiada loghat kelate...

    mungkin kerana sy sendirik sejak dr form 1 sudah tidak bersekolah di kelantan...mungkin kerana sy sendirik tidak betah duduk di kelantan...

    ye...ade ibubapa yg suke kalau anaknya berkahwin dgn org kelantan...my parents sendirik tidak kisah walaupun pernah sy cuba dijodohkan dgn org kelantan...

    cuma..di sini....tiada istilah berpuak2..melebih2 kan rakan senegeri atau ape...ape yg penting....kite ikhlas menerima sesiapa saje....bestfrens sy sendirik dr pelbagai negeri...perak...kl..penang...

    ntah la...terpulang pada individu tersebut menafsir.....

    ReplyDelete
  2. huhuhu...depend pada individu tu cmne nak bawak diri, tul x?

    ReplyDelete
  3. betul ke orang kelantan ni kene kawen ngan org kelantan je??dorg ni mmg xley kawen ngan org luar ea??

    ReplyDelete