Monday, August 31, 2009

Merdeka@negeri adat pepatih

Tahun ni saya menyambut merdeka di negeri adat pepatih...hehehe... Tahun lepas saya menyambutnya di Segamat, menjadi wakil perbarisan statik (erk...??)...

Wednesday, August 26, 2009

Ucapan terima kasih

Saya bersyukur dengan segala yang saya perolehi sehingga ke hari ini. Meski pun masih banyak yang saya mahu kan, masih belum perolehi, namun saya tetap juga bersyukur.

Saya bersyukur kerana saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang harmoni. Meski pun mempunyai pangkal nama yang bermacam-macam, namun itu tidak membezakan kami. Rasa seronok kerana sering dimanjakan…

Saya bersyukur kerana mempunyai pekerjaan yang baik, tidak mengganggur dalam kesempitan mencari kerja masa kini. Meski pun mulut saya sering mengomel, namun hati saya bersyukur, sekurang-kurangnya saya masih mampu membalas jasa ibu bapa dan keluarga yang sekian lama membesarkan saya.

Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya dan kehidupan saya.

Saya bersyukur kerana mempunyai support system yang baik. Saya bersyukur kerana mempunyai seorang pendengar yang kebal menahan omelan saya setiap hari, baik perkara penting dan remeh, sentiasa dilayankan. Terima kasih kerana memberikan saya kasih sayang yang tidak pernah putus.

Saya bukanlah jenis yang akan menunjukkan dengan perbuatan, atau mengucapkan dengan perkataan, tapi saya benar-benar bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang saya ada.

Kisah C I N T A

Alkisah di suatu pulau kecil, ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup saling melengkapi. Suatu ketika, datang badai menghempas pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat meninggalkan pulau itu untuk menyelamatkan diri.

CINTA tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia mencuba mencari pertolongan. Tidak lama kemudian, CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

“KEKAYAAN, tolong aku!” Teriak CINTA.

“Maaf, CINTA!” kata KEKAYAAN. “Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.

Aku tak dapat membawamu, nanti perahu ini tenggelam.” Lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

“KEGEMBIRAAN! Tolong aku!” Teriak CINTA. Namun KEGEMBIRAAN tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lalu pula KECANTIKAN.

“KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!” Teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN?

“Wah, CINTA! Kamu basah dan kotor. Nanti kamu mengotori perahuku ini.” Sahut KECANTIKAN.

CINTA mulai menangis teresak-esak. Mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu, lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,

“Oh KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu,” kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN?

“Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin bersendirian saja….”

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Lalu ia berdoa kepada Tuhan, “Oh Tuhan… Tolonglah aku, apa jadinya dunia ini tanpa aku, tanpa CINTA?” Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,

“CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.

Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkannya. CINTA sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

“Oh, dia adalah WAKTU,” kata orang itu. Lalu CINTA bertanya lagi.

“Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku.” Tanya CINTA hairan.

“Sebab,” kata orang itu, “hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu….”

Tuesday, August 25, 2009

Cemburukah saya?

Benci sungguh saya dengan perkataan cemburu ini. Ia bukanlah menggambarkan diri saya yang sebenar. Tetapi tidak pula saya menafikan. Cemburu ini bukan sekadar cinta, tapi semua. Cemburu itu bukankah tanda sayang?

Saya cemburukan seorang kawan saya. Saya lihat perjalanan hidupnya mudah (pada pandangan saya). Habis belajar, sambung Master, kahwin, melahirkan anak, dan bakal mendapat pekerjaan yang selama ini saya idam-idamkan. Saya? Ah, saya sudah jauh terpesong dengan impian saya, sepatutnya saya berlari bersama dia, tapi tidak. Perjalanan hidup kami tak sama, tapi tak bermakna saya tidak mampu berdiri sama tinggi dengannya bukan?

Cemburu sayang? Ceh...tiba-tiba rasa nak tergelak dan tergolek. Orang bulan April sememangnya mempunyai rasa cemburu yang sangat tinggi. Kebelakangan ni saya sering merasakan saya ini tidak istimewa. Kenapa? Entah, malas nak fikir, tapi saya betul-betul rasa tidak istimewa. Cerita yang diceritakan kepada saya juga dikongsikan bersama kawan-kawan lain. Jadinya, semua sama, tiada beza bukan? Jadi betullah tidak istimewa bukan? (T_T)

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu...

Angan dan mimpi

Kadang-kadang saya rasa saya ni banyak berangan. Sehinggakan saya lupa saya berpijak di bumi yang nyata. Saya risau saya akan hanyut di buai mimpi-mimpi indah. Hakikatnya sudah pasti realiti itu tidak seindah mimpi. Penat sudah saya mengingatkan diri ini. Salahkah saya nak mengecapi sedikit kebahagiaan itu bersandarkan mimpi-mimpi indah. Bukankah tanpa keberanian mimpi tak kan jadi kenyataan? Tapi sampai bila saya mahu lena diulit mimpi?

Monday, August 24, 2009

Mengapa saya tidak dapat apa yang saya idamkan?

Kita bertanya, “Mengapa aku tak mendapat apa yang aku idam-idamkan?”

Al-Quran menjawab “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Friday, August 21, 2009

Thursday, August 20, 2009

MC

Saya diberikan MC, disuruh duduk beristirehat di rumah sehingga sihat :(

Tuesday, August 18, 2009

Homesick

Sejak semalam, kerongkong saya pedih. Mungkin cuaca sekarang agak berjerebu dan panas, maka saya juga turut merasai kepanasannya. Semalam, demam. Saya telan panadol dan ubat selsema, kemudian tidur. Konon-konon mahu study untuk presentation KIK hari ini. Sudahnya, saya tertidur hinggalah ke pagi. Nasib baik terkejut dek bunyi sms yang masuk.

Hari ni? Hari ni ada presentation KIK. Dah lama rasanya tak buat kerja-kerja presentation ni, gemuruh pula. Masa nak bagi talk tak adalah setakut ni. Mungkin kerana saya takut sebab saya sendiri tak berapa nak faham projek yang saya nak persembahkan ni. Tapi alhamdulillah, dalam kekangan masa dan tuntutan komitmen yang pelbagai, kumpulan saya akhirnya dapat juga buat tugasan ni walau pun separuh siap.

Petang? Ingat nak keluar jap pergi klinik. Risau, demam saya kejap kebah kejap tak. Risau juga sebab sekarang musim H1N1 bermaharajalela. Minta dijauhkan dari segala penyakit.

Nak balik rumah..uwaaa... saya mesti homesick kalau demam. Selalu mak saya yang jaga saya. Sekarang? (T_T)

Monday, August 17, 2009

Bersedia untuk tidak dihargai

Hakikatnya ramai manusia yang tidak pandai berterima kasih. Kita akan jadi orang sakit jiwa jika mengharapkan terima kasih daripada orang, walaupun dikalangan orang tersayang. Bagaimana pun, teruskan berkorban, walaupun tidak dihargai. Sesungguhnya Allah lebih menilai. Pengorbanan tanpa mengharapkan balasan, itulah ikhlas…

Friday, August 14, 2009

Ubat hati

Ubat hati ada lima perkaranya:

Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima zikir malam perbanyaklah

Moga-moga hati saya terubat di hujung minggu ni

Nota hati saya

Gembira tapi sedih...

Tiap kali anda berkata-kata, adakah anda akan ingat kembali apa yang anda perkatakan?

Tiap kali anda bercakap, tahukah setiap butiran yang dikatakan itu membawa maksud yang bermacam? Terpulang kepada pentafsir...

Tiap kali anda bersuara, adakah anda benar-benar maksudkan apa yang disuarakan?

Gembira tapi takut...

Thursday, August 13, 2009

Wajah kesayangan saya

‘Renung dan tataplah wajah orang-orang yang kita sayang. Wajah-wajah ini memberikan getaran perasaan yang dapat menelusi jiwa kita. Seolah-olah mereka memberikan mesej terpendam mereka kepada kita yang selama ini mereka diamkan demi untuk menjaga hati kita...’
Bagaimana rasanya jika kita tidak dapat lagi melihat wajah-wajah orang yang kita sayang di hari yang mendatang?
Maha Suci Allah, moga-moga saya senantiasa berpeluang menatap wajah-wajah yang tersayang yang menjadi kesayangan saya...

Wednesday, August 12, 2009

Mimpi ngeri?

Pernah berpikir ‘tuk pergi
Dan terlintas tinggalkan kau sendiri
Sempat ingin sudahi sampai di sini
Cuba lari dari kenyataan
Tapi ku tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu

Dan tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu
(Tak Bisa –Slank)

Tuesday, August 11, 2009

nAdila has been taken

Saja buat tajuk gempaq… Fikirlah sendiri ek…

Kalau saya dah suka kat seseorang, saya tentu akan cakap kat orang tu. Kenapalah saya begitu berani? Sebab saya tak nak menyesal. Tak kisahla orang tu akan suka ke tak pada saya, apa yang penting ialah saya cakap pada dia. Tak pedulilah bertepuk sebelah tangan ke, satu jari ke, dua jari ke, yang penting COME CLEAN. Rasa lega bila kita dapat berterus-terang dari berterusan simpan perasaan.

Tapi saya pantang betullah kalau kene gosip dengan orang yang saya tak pernah terlintas pun nak suka. Rasa semacam jek, lebih-lebih lagi bila orang yang digosipkan dengan kita tu tengok kita lain macam. Ish... nampak kita pula lebih-lebih walhal kita tak tahu apa-apa. Yang baik pun boleh jadi tak baik disebabkan gosip-gosip yang tak berasas ni, huhuhu...

Kesimpulannya...Hargailah apa yang ada. Laksanakanlah tanggungjawab dengan kasih sayang walau pun ketika terasa TAK DISAYANGI...MEMBERI BUKAN UNTUK MENERIMA SEKALI PUN KASIH SAYANG...ITULAH KEIKHLASAN...

p/s : Kesimpulan ni ada kaitan ke dengan ayat-ayat di atas? Hahaha...tak tahu nak tulis apa, tersurat mudah nampak, tersirat? Gunakanlah mata hati (^_^")

Kalau hati baik, wajah sentiasa cantik

Kata Pahrol, 'Belajar daripada ikan. Ikan di dalam laut tak masin walau pun air laut disekelilingnya masin. Tapi apabila ikan yang sama dinaikkan ke darat, disiang dan dibersihkan, secubit garam pun sudah memasinkannya. Ikan di laut masih hidup. Ikan di darat telah mati. Begitulah kita kalau hati kita hidup, kita tak akan dipengaruhi. Tapi bila hati kita mati, kita mudah dipengaruhi.'

Kata saya , 'Hati yang baik tentu memancarkan wajah yang sentiasa cantik'...

Monday, August 10, 2009

Salahkah kalau saya ni orang Kelantan?

Salahkah saya kerana dilahirkan sebagai Kelantanese? Saya pernah direject hanya kerana saya 'orang' Kelantan, sedih... (T_T)

Saya bersyukur to be a Kelantanese. Tinggal dan dibesarkan di Kelantan, bagi saya itu satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Bukanlah saya ingin mengagungkan negeri ini, tidak sama sekali. Saya rasa semua orang pun bersyukur walau di mana negeri dia dilahirkan bukan? Saya boleh bercakap loghat Kelantan, dan juga bahasa Malaysia dengan baik (xde bau budu la sangat, hahaha). Belajar pula di merata-rata, sekolah rendah di Kelantan, sekolah menengah di Terengganu, matrikulasi di Terengganu, masuk U kat Sarawak, kemudian bekerja di Johor. Variasi.

Orang kata kalau orang Kelantan mesti kena kahwin dengan orang Kelantan juga. Yup, sebagai contoh ibu saya, dia mahukan bakal menantunya nanti orang Kelantan. Opps… setakat ni saya tak jumpa lagi orang Kelantan, mesti ke kena orang Kelantan juga ke? Adoi… Kenapa ibu saya menetapkan syarat macam tu? Supaya senang anak dia selalu balik kampung, dekat dengan keluarga. Kedua-dua abang saya dan kakak kedua saya berkahwin dengan orang Kelantan, bekerja di Kelantan, cuma kakak sulung saya bekerja dan berkahwin dengan orang Negeri Sembilan. Saya? Belum tahu lagi…Payah-payah…

Tapi, selalunya ramai orang tak suka orang Kelantan. Bukan semua, tapi segelintir. Selalunya, kawan-kawan rapat saya adalah orang yang pada awalnya tak suka orang Kelantan. Kata mereka, semangat kenegerian orang Kelantan terlalu tinggi, kalau dah jumpa geng, semua ditolak tepi. Betul ke? Mungkin ada kebenarannya, tapi tak semestinya. Kawan baik saya bukan setakat orang Kelantan tapi juga orang Sabah dan Pahang. Malah ex saya dulu juga orang Johor, bukan orang Kelantan tau...

Saya tak nafikan orang Kelantan selalunya semangat kenegeriaannya tinggi. Yang bukan saudara pun leh mengaku saudara bila dah tahu satu negeri, berkongsi pula loghat yang sama. Pergi mana-mana pun ’bersepah’ orang Kelantan. Realiti.

Apa-apa pun, saya bukan nak membicarakan isu kenegerian kat sini, walhal saya adalah rakyat Malaysia. Tak kiralah awak orang negeri Kedah ke, Negeri Sembilan ke, Sabah ke, Sarawak ke, anda berada di bawah satu rumpun yang sama, 1Malaysia.

Nur kasih lagi


Tidak boleh kah lelaki belajar menyayangi?


Soalan ini pasti mengundang kontroversi. Saya tahu setiap individu mempunyai pelbagai pendapat. Kenapa saya bertanya soalan ini? Anda pernah tonton cerita Nur Kasih di TV3? Bagi saya, itu adalah salah satu drama yang menarik untuk ditonton. Berkisar kisah cinta dan keluarga. Nur kasih : Nilai Cinta dan Pengorbanan.

Friday, August 07, 2009

Nota hati seorang lelaki


Buku ketiga.... belum khatam sepenuhnya...akan menghabiskannya di hujung minggu yang serba indah ini..hukhuk (T_T)

Thursday, August 06, 2009

Bercinta sampai ke syurga


Wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah takwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata?

Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita Bercinta Sampai ke Syurga...


p/s : Buku kedua yang dibaca, hukhukhuk... (^_^")

Wednesday, August 05, 2009

Aku terima nikahnya


Usah bercinta jika tak mahu berkomitmen atau berkahwin selepas itu, dan bercintalah bila dah dekat-dekat nak kahwin... Macam-macam boleh berlaku jika bercinta tapi lambat lagi merancang untuk hidup bersama...

Lebih kurang camtulah petikan buku ni berdasarkan pemahaman saya... Amat menarik, bagi mereka yang bakal mendirikan rumahtangga atau masih solo, dicadangkan untuk membacanya... Buku ni pun kawan saya yang beria-ia menyuruh saya baca...hukhuk...

Tuesday, August 04, 2009

Cinta terakhir

Jom layan lagu ni…lagu nasyid, best…best….

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....

(Cinta Terakhir – Aiman)

Monday, August 03, 2009

Siapa teman setia?

Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sesama kita walau badai tiba....


Di saat anda dalam kesusahan, siapakah insan yang selalu bersama anda?

Ada di saat anda memerlukan...
Ada di saat anda dalam kesedihan...
Ada untuk berkongsi kegembiraan?